Monday, July 18, 2016

Ramai Pemimpin UMNO Sabah Jenis 'Sontoloyo Gatel Pak Loso'


Pemimpin UMNO Sabah ramai jenis 'Sontoloyo Gatel Pak Loso'. Apa jenis pemimpin itu?

Mereka adalah kumpulan pemimpin yang ‘bebal dan pak turut’. Malah ada pemimin UMNO Sabah digelar sebagai ‘ketua burung keruak’.

Siapa yang bagi gelaran itu? Namanya Joseph P Andau, iaitu Ahli Jawatankuasa UMNO Kota Belut.

Kata Joseph, ramai pemimpin UMNO Sabah sekarang layak digelar sedemikian kerana mereka hanya pandai membodek mengampu dan ‘angkat kaki si Najib’.

Itu sahaja kebolehan mereka yang ada.

Menurutnya Ketua Menteri Sabah, Tan Sri  Musa Aman, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah serta Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan (Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) jelas menunjukkan keangkuhan apabila bercakap.

Katanya, pemimpin UMNO Sabah kini ‘susah nak tidur malam kerana asyik memikirkan kedudukan UMNO di Sabah yang bakal lenyap.

Joseph membuat perbandingan pemimpin berkenaan dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yang menurutnya mempunyai kewibawaan.

Beliau menyifatkan Shafie Apdal mewarisi karisma Allahyarham Ketua Menteri Sabah ketiga (1967 - 1975), Tun Datu Mustapha Datu Harun dan sukar ditandingi.

Menurut Joseph, kesan tindakan Shafie keluar UMNO sangat besar kerana Sebanyak 13 Bahagian UMNO Sabah akan membuat keputusan pada masa terdekat untuk meninggalkan parti itu selama-lamanya.

Joseph dalam pendedahannya itu berkata, UMNO Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.
Musa Aman...KM Sabah

"Selebihnya (12 Bahagian UMNO Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi UMNO Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak," ujarnya dalam satu kenyataan kelmarin.
  
Pada 8 Julai lalu, Shafie meminta pemimpin UMNO supaya tidak menghina beliau susulan keputusannya untuk keluar daripada parti .

"Ada yang menyatakan tidak ada kesannya saya keluar dari parti, kita tunggulah ada kesan atau tidak, kita tunggu Allah SWT. Tapi saya dulu antara pengasas Umno di Sabah, sumbangan itu adalah sedikit dalam membesarkan dan mengukuhkan parti di negeri ini.
  
"Dan saya tahu saya pun ada penyokong bukan tidak ada  tapi jangan hina saya. Saya datang dari Sabah nak memperjuangkan (hak rakyat) dan membantu negara kita," katanya.

Ditanya sama ada terdapat ramai lagi ahli Umno Sabah yang akan meninggalkan parti itu, Shafie tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku kerana memahami citarasa masyarakat luar bandar.

Salleh...Pak Turut?
"Kita tunggu sahaja macam mana keadaan itu. Saya tahu suara di peringkat akar umbi kerana sudah lapan tahun jadi menteri luar bandar...saya sedar apa citarasa dan apa yang terpendam dalam hati mereka, " katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin mempelawa Mohd Shafie untuk menyertai parti itu.

Sebelum itu, pada  28 Mac lalu,  ketika itu masih dalam UMNO, Shafie pernah mengatakan beliau tidak bimbang akan dipecat daripada parti.

"Risau pasal apa? Saya tidak risau dan jangan bimbang sangatlah," kata Shafie tetapi beliau memberi amaran, apa  yang menjadi kebimbangan bekas menteri Kemajuan Luar Bandar itu ialah UMNO semakin hilang kuasanya.

“Saya tidak takut hilang jawatan kerana sudah biasa tetapi yang saya bimbang adalah apabila kuasa hilang, jauh lebih berat. Kita hilang jawatan tak mengapa kita yang terasa tapi kalau hilang kuasa semua merasa," kata Shafie.

Shafie pada satu program santai dan sesi penerangan di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, Mac lalu.
Beliau memberi contoh bagaimana pada pilihan raya umum pada 2013, beliau bertungkus lumus berkempen di Selangor namun UMNO-BN gagal meraih sokongan pengundi di negeri termaju itu.

Malah, Shafie berkata perkara sama pernah berlaku di Sabah hingga menyebabkan empat kerajaan berubah di negeri di bawah bayu itu. “Empat kerajaan berubah di Sabah dan ia bukan senang.

Dah ada kuasa jaga kuasa dengan baik kerana kuasa datangnya bukan dari atas tapi dari bawah, dari akar umbi. Jadi dengar suara dan rintihan rakyat jangan tak dengar. Itu yang penting," kata Shafie.

Menurut Joseph kelmarin, bukan sahaja UMNO, tetapi ada kalangan dari  Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS juga dijangka meninggalkan BN kerana dikatakan akan menyertai DAP, PKR dan AMANAH pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang bagi membantu menumbangkan UMNO-BN di Sabah.

"Sementara suku-suku bangsa Bajau-Suluk-Cina Kadazan-Dusun dan Murut akan bangkit menolak UMNO-BN daripada terus menjadi kerajaan yang bersifat kuku besi dan diktator," tambahnya lagi.

Joseph mengakui kewibawaan pemimpin seperti Shafie di Sabah masih ramai tetapi yang dalam UMNO mereka hanya pak turut.

"Jika adapun, pemimpin-pemimpin UMNO di Sabah hanya layak digelar pemimpin 'sontoloyo gatel pak loso' (bebal dan pak turut). Mereka hanya pandai membodek mengampu dan angkat kaki si Najib itu saja kebolehan mereka yang ada.

"Diharap Musa Aman, Salleh Said Keruak (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah), Abdul Rahman Dahalan (Pengarah Komunikasi Strategik BN) jangan cakap takbur nanti jadi kufur.

Sekarang mereka susah nak tidur malam kerana asyik memikirkan kedudukan UMNO di Sabah yang bakal lenyap" bidasnya.

No comments: