Peguam Shahredzan Johan semalam mempersoalkan tindakan polis menangkap seorang penulis berusia 76 tahun yang didakwa menghina perdana
menteri melalui perbualan dalam kumpulan WhatsApp.
Beliau berkata tidak mungkin Datuk Seri Najib Razak
dihina kerana perdana menteri itu bukan sebahagian daripada ahli kumpulan
sembang WhatsApp berkenaan.
"Mesti ada pertalian antara menghina dan orang yang
menjadi subjek penghinaan. Bagaimana pertalian boleh wujud jika PM tidak berada
dalam kumpulan itu?" katanya dalam laman sosial semalam.
"Jika saya dalam kumpulan WhatsApp dengan @pedoqpop
(Pengguna Twitter) dan saya menghantar sesuatu yang menghina mengenai beliau.
Kemudian ya, pasti dia boleh laporkan saya di bawah Seksyen 233," katanya
sebagai contoh.
"Hati pemimpin kita ini mesti dibuat daripada kertas
tisu," kata Shahredzan dalam tweetnya.
Laporan pada Sabtu (2 Julai 2016) menyebut, seorang penulis
buku berusia 76 tahun ditahan polis pada hari berkenaan setelah didapati menghantar mesej bergambar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat
jelik bertujuan menghina.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam
kenyataan di Johor Bahru berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung
Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira 12.15 tengah hari tadi setelah satu
laporan polis diterima di negeri itu, kelmarin.
Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit
berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah
Majistret di Johor Bahru keesokan harinya, bagi melengkapkan siasatan.
“Suspek didapati memuat naik
penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama ‘Pa Ya’ dalam kumpulan WhatApps
‘Bicara Politik Melayu’ yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan
menyakitkan hati rakyat Malaysia.
Siasatan dijalankan di bawah
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit
kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum
setahun atau kedua-duanya.
Seksyen 233 berhubung penggunaan tidak wajar rangkaian
komunikasi untuk perkara lucah, sumbang, komen palsu, mengancam atau jelik
dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang
lain.
Penulis veteran berkenaan kini direman selama tiga hari
bermula semalam, bagi membantu siasatan berkenaan.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru,
Norhidayah Abd Manaf membenarkan penulis direman sehingga Selasa selepas
mengambilkira faktor kesihatan tertuduh yang menghidap kencing manis dan darah
tinggi.
Mengikut faktas kes, pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.00
pagi pengadu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan gambar
tidak senonoh Najib yang dihantar penulis.
Pengadu mendapati gambar berkenaan telah diedit dan
menjatuhkan moral pemimpin pertama negara, lapor Sinar Harian.
Penulis itu pada mulanya ditahan polis di
kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu mengikut Seksyen 117 Kanun
Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini hingga 6 Julai.
Dia yang memakai baju lokap bewarna unggu dibawa ke
mahkamah kira-kira jam 10 pagi semalam.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen
turut menyelar pihak berkuasa kerana menyalahgunakan akta untuk melindungi
perasaan seorang pemimpin.
"Kemudian gelar dirinya seorang demokrat. Cuba
tengok," katanya tanpa menamakan pemimpin itu.
Najib menyifatkan dirinya sebagai seorang demokrat
berikutan referendum United Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
Dalam tulisan di Twitter, Najib berkata:
"Pengundi di UK telah bersuara. Sebagai demokrat, kita harus menghormati
keputusan tersebut.
No comments:
Post a Comment