Himpunan Baju Merah akan menentang Baju Kuning di Kuala
Lumpur?
Ia terpaksa melakukan demi menentang Dajjal sambil
menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos semalam
menyamakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pengerusi
BERSIH Maria Chin Abdullah serta bekas
pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai DAJJAL.
Faham sendirilah apa maknanya ‘Dajjal’.
Ia satu lagi gelaran sebagai hadiah kepada Dr Mahathir
selepas Mahazalim dan Maha Firaun pada akhir 1990-an.
Jika pada ketika itu kumpulan Reformasi yang memberikan
gelaran untuknya, kini anugerah gelaran Dajjal dianugerahkan oleh penyokong
UMNO.
Tidak perlu diulas sama ada ia wajar atau tidak kerana
perkataan atau gelaran itu sudahpun dibuat oleh Jamal.
Jamal....Dr M, Maria dan Ambiga adalah Dajjal |
Dia bukan sembarangan. Jamal ialah ketua UMNO Bahagian
dan pergerakannya mendapat restu pemimpin UMNO Selangor dan UMNO Pusat.
Dr Mahathir dan penyokongnya tidak perlu bersedih atau
menggaru kepala dengan anugerah gelaran itu kerana suasana politik kini sudah
dipengaruhi oleh sentimen mempertahankan Perdana Menteri dalam keadaan dan cara
mana sekali pun.
Tidak perlu tanya kenapa tetapi ‘kesetiaan’ yang
ditunjukkan penyokong UMNO membuktikan bahawa Dr Mahathir kini bukan sahaja
ditolak oleh rakyat tetapi parti yang pernah dipimpinnya sendiri.
Mungkin itulah nasib bekas Presiden UMNO seperti yang
berlaku kepada Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sebelum ini.
Demi berdepan dengan Dajjal, Himpunan Baju Merah bersedia
untuk turun ke gelanggang bagi menentang kemungkinan perhimpunan Bersih 5 yang
diuar-uarkan akan diadakan tidak lama lagi.
Semalam pun
sekumpulan kecil penyokong berbaju merah berhimpun di depan pasaraya
Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira sejam sebelum bersurai.
Kumpulan yang mendakwa ‘mempertahankan demokrasi
berperlembagaan itu’ diketuai oleh Jamal sendiri yang sebelum ini mengepalai
Perhimpunan Baju Merah pada September lalu.
Jamal mendakwa perhimpunan semalam bagi membantah
tindakan bekas Perdana Menteri serta Ambiga Sreenevasan yang menyarankan supaya
rakyat negara ini mengadakan perhimpunan jalanan bagi mendesak Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, ia lebih tenang
dan pesertanya bersama orang ramai yang biasanya memenuhi kawasan berkenaan
pada setiap hujung minggu. Tiada anggota
polis kelihatan di sekitar kawasan pasaraya itu ketika perhimpunan itu
berlangsung.
Jamal mencabar tokoh terbabit mengadakan perhimpunan
berkenaan untuk membuktikan mereka memiliki sokongan orang ramai. Bagi Jamal,
keputusan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar (pada bulan lalu)
membuktikan Dr Mahathir tidak memiliki sokongan seperti yang didakwanya.
Bagi Jamal, orang
ramai perlu bangkit menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti rakyat Turki
mempertahankan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berdepan cubaan rampasan
kuasa minggu lalu.
“Kita akan menjadikan jalanan merah lagi dengan Himpunan
Baju Merah 2.0 jika mereka meneruskan himpunan anti Najib,” katanya pada sidang
media di Dataran Sogo semalam.
Jamal juga berkata
pendekatan yang diambil itu tidak menunjukkan negara demokrasi.
“Jika mereka hendak singkirkan perdana menteri, buat
menerusi PRU yang tidak lama lagi. Tidak faham bagaimana seseorang yang menjadi
perdana menteri selama lebih 20 tahun kini menjadi orang yang mengetuai
pemberontakan terhadap demokrasi perlembagaan kita.”
Tiga hari lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menggesa demonstrasi awam untuk menyingkirkan Najib selepas jabatan
kehakiman AS memfailkan tuntutan saman untuk menyita aset yang dikatakan dibeli
menggunakan duit daripada 1MDB.
Bekas pengerusi BERSIH Ambiga juga ada
menyebut mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan aman atas alasan sama.
Kelmarin, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyatakan
kumpulan itu sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan perhimpunan massa
Maria...pertimbang cadangan |
Kata pemimpin badan reformasi pilihan raya itu sekarang
adalah masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan, namun mengakui ia masih di
peringkat perbincangan.
Setakat ini sudah empat siri himpunan BERSIH diadakan di
Kuala Lumpur.
Jamal turut menegaskan, dia percaya Dr Mahathir adalah
orang yang ada di belakang saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke
atas 1Malaysia Development Bergad (1MDB).
Jamal sudah menegaskan, jika BERSIH 5 diadakan, Himpunan Baju
Merah versi kedua kan turun gelanggang untuk berdepan dengan mereka. Beliau
berjanji, jika ia berlaku dianggarkan lebih 300,000 orang akan turun dan
"memerahkan Kuala Lumpur" pada hari berkenaan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada tarikh dan waktu sama
dengan program BERSIH.
No comments:
Post a Comment