Nampaknya
pertelagahan antara Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar
Musa tidak tamat dengan penajaan MARA dan Universiti Kuala Lumpur
(UniKL) untuk bolasepak Kelantan semata-mataa.
Pertelagahan itu
kini merebak kepada isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
bagi kemasukan ke UniKL.
Kelmarin, Annuar
sebagai Pengerusi MARA menyatakan UniKL mengiktiraf sijil UEC sebagai
syarat kemasukan untuk belajar di universiti itu.
Ismail Sabri semalam pula mengatakan sebaliknya di mana setakat ini, universiti
itu tidak berhasrat untuk meniktiraf
UEC.
"Mengenai
kenyataan Annuar, itu mungkin pandangan peribadinya kerana melihat kepada surat
daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang membenarkan pelajar yang memiliki
sijil UEC diterima di UniKL.
"Jumlah
enrolmen terkini penuntut UniKL adalah seramai 26,000 orang. UniKL menawarkan
program yang mendapat pengiktifaran dan akreditasi dari badan-badan akreditasi
dan profesional.
"Jadi, syarat
kemasukan adalah tertakluk oleh keperluan badan-badan tersebut dan sehingga
kini, sijil UEC tidak pernah menjadi sebahagian syarat kemasukan ke
UniKL," kata beliau.
UniKL adalah institusi pengajiaan tinggi swasta. |
Sijil UEC adalah
peperiksaan yang dikendalikan oleh badan persendirian menerusi Gabungan
Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina
dan Kesatuan Alumni Cina.
Pengiktirafan ke
atas sijil ini sering menjadi tuntutan utama Gabungan Persekutuan Pertubuhan
Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dan ahli jawatankuasanya
(Dong Zong).
Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini memaklumkan pengiktirafan sijil itu hanya
terpakai sebagai syarat kemasukan ke universiti swasta dan bukan universiti
awam kerana kurikulumnya tidak memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Terdapat tiga
tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior
(UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi kurikulum dan
peperiksaan UEC-V dan UEC-JML, manakala bahasa itu juta atau bahasa Inggeris
adalah bahasa pengantar bagi subjek Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan
Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.
Keengganan UniKL
mengiktiraf sijil berkenaan kerana ia tidak selaras dengan falsafah pendidikan
negara yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menyambung
pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Walaupun UniKL sebuah institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS) namun ia milik penuh MARA yang sehingga kini
masih mematuhi falsafah pendidikan negara.
"Biarpun Kementerian Pengajian Tinggi telah
memberikan kebenaran IPTS mengambil pelajar berdasarkan sijil UEC pada 2004, tetapi
itu bukan bermakna kita (MARA) mesti ikut, kita ada pilihan yang mana sehingga
kini tidak akan membuka pengambilan pelajar berdasarkan sijil tersebut,"
katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Jalinan Rakyat (JR)
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bera semalam.
Kelmarin
(Sabtu), Annuar dipetik oleh Bernama sebagai berkata, UniKL mengiktiraf
UEC sebagai syarat kemasukan ke
universiti tersebut.
Beliau berkata walaupun
di bawah kendalian MARA, UniKL adalah institusi pengajian tinggi swasta yang
telah mendapat kelulusan daripada KPT untuk
menerima permohonan pemegang sijil tersebut.
"Ramai yang
terlepas pandang dan menyangka UniKL sebuah univesiti awam kerana ia di bawah MARA
tetapi sebenarnya ia IPTS.
Muzammil...tidak faham apa yang berlaku dengan MARA. |
Saya sudah
periksa polisi UniKL dan sememangnya kita dibenarkan mengambil lulusan UEC dan
pensijilan antarabangsa lain seperti O-Level," kata Annuar selepas melawat
Pusat Pembelajaran Permai di Ampang
Justeru, Annuar
menggalakkan lepasan UEC untuk memohon pelbagai jurusan yang ditawarkan oleh
UniKL termasuk Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) yang menjadi
fokus utama universiti itu.
"Semua
lepasan UEC ini merupakan pelajar yang berkualiti dan kita harap penjelasan ini
akan membuka mata mereka untuk melanjutkan pelajaran di UniKL.
Daripada pergi
ke Taiwan dan negara lain, ambil peluang belajar di sini kerana kita ingin
lihat kepelbagaian latar belakang," katanya.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata pelajar bukan
Bumiputera dan dari negara luar boleh memohon masuk ke UniKL berdasarkan
kelayakan sijil yang diiktiraf kerajaan bagi syarat kemasukan ke IPTA seperti
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk peringkat diploma dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) bagi ijazah atau setaraf dengannya seperti A
Level.
"UniKL sebuah IPTS yang ditubuh pada tahun 2002 dan
dimiliki sepenuhnya oleh MARA ... tawar program yang mendapat pengiktirafan
daripada badan-badan akreditasi dan profesional.
Syarat kemasukan tertakluk oleh keperluan badan-badan
tersebut dan sijil UEC tidak menjadi sebahagian syarat kemasukan ke
UniKL," kata menteri berkenaan.
Tindakan
Pengerusi Mara itu turut dibantah dan dianggap bukan cara terbaik mempromosi
universiti milik `MARA itu, kata Yang Dipertua Persatuan Alumni UniKL, Muzammil
Arif Kamaruddin.
“Saya tidak
faham apa yang berlaku dengan MARA pada hari ini walhal agensi ini sepatutnya
mempunyai pengerusi yang mampu membawa agenda Bumiputera secara berterusan dan
relevan dengan perubahan persekitaran.
“Saya tahu
bahawa UniKL memerlukan pelajar, tetapi ini bukanlah cara yang terbaik
mempromosikan UniKL dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar lulusan
UEC,” katanya menerusi kenyataan disiar dalam laman Facebook alumni itu, semalam.
Muzammil
berkata, MARA sepatutnya berperanan di atas landasan yang betul selaku
‘socioeconomic engineering agency’ dan sentiasa relevan di atas fungsi utamanya,
supaya agensi ini masih lagi relevan dan menepati kehendak komuniti Bumiputera.
“Saya merasakan
kefahaman Pengerusi MARA tentang Konsep Universiti Teknikal MARA ini telah lari
pada objektif asas penubuhan universiti ini.
“Jika Pengerusi
MARA membuka ruang kepada pelajar lulusan UEC, ini akan mampu menutup ruang
sebahagian besar anak-anak Bumiputera di peringkat pertengahan teknikal bagi
meningkatkan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi pendidikan Mara iaitu di
UniKL.
“Semua orang
tahu bahawa UniKL merupakan apex pendidikan TVET yang menyediakan pengajian
anak-anak Bumiputera sehingga ke peringkat PhD bagi melengkapkan generasi
baharu Bumiputera menghadapi cabaran akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment