Apakah
usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berunding dengan PAS kelmarin (1
Februari 2017), hanya sebagai pertemuan membuang masa/
Apakah ia peluang PAS mempermain atau memperlekehkan PPBM dan
pemimpinnya?
Hasrat PPBM ialah mencari kesepakatan satu lawan satu menentang
Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, namun
kesannya jelas sekali sebaliknya.
Sudah nyata kebimbangan banyak pihak bahawa usaha PPBM itu tidak
lebih membuang masa memandangkan sikap PAS yang mahu menjadi "king
maker" dalam politik negara, kini terang lagi bersuluh.
Bahkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan PAS tidak akan
bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan
DAP.
Presiden PAS itu semalam menegaskan, ‘Rundingan Bangsar’ itu belum membawa ke arah kerjasama
antara kedua-dua parti.
Sebaik-baiknya Hadi
menunggu laporan hasil mesyuarat berkenaan atau keputusan Majlis Ulamak sebelum
membuat ulasan.
Namun beliau nampaknya tidak sabar menyatakan pendirian walaupun
pakatan pembangkang menyambut baik perkembangan terbaharu itu yang dilihat
memberi harapan baharu.
Mengakui belum menerima laporan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Hadi
menyifatkan pertemuan
semalam adalah pertemuan biasa atas permintaan PPBM, bukan suatu perundingan
khusus.
“Semalam ada pertemuan. PPBM minta jumpa dengan PAS. Jumpa sahaja.
Belum ada apa-apa keputusan kerana perkara itu hanya boleh diputuskan oleh
Jawatankuasa PAS Pusat.
“Kita sudah buat garis panduan dan sempadan yang PAS tidak akan
bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN.
Setakat ini, hasil pertemuan belum dilapor lagi kepada saya,” ujarnya.
PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan
Pakatan Harapan dan kerjasama tersebut disahkan sendiri Presidennya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin akan diteruskan.
Jadi tidak hairanlah apabila rakan pembangkang PPBM, seperti PKR,
DAP dan AMANAH menunggu dengan penuh minat mengenai ‘Rundingan Bangsar’ itu.
Ini dibuktikan apabila setiausaha
agungnya Mohd Anuar Tahir, berkata AMANAH berharap PPBM melaporkan segera kepada PH
mengenai keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS kelmarin.
Parti itu mengambil maklum laporan media pertemuan antara PPBM dan
PAS itu sambil menegaskan, AMANAH secara konsisten menjunjung semangat muafakat
yang disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman ditandatangani antara PH
dan PPBM sebelum ini.
Yang penting, sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain
perlu dilapor kembali.
“Sehubungan itu, Amanah mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada
ketiga-tiga parti dalam PH berhubung keputusan yang dicapai melalui pertemuan
dengan PAS itu,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Menilai kenyataan Hadi dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim
bahawa perjumpaan PAS-PPBM kelmarin hanya sembang-sembang, menimbulkan banyak
pertanyaan emngenai sikap PAS terhadap pertemuan itu.
Apakah rundingan yang dianggap ‘sembang-sembang’ oleh PAS
menggambarkan sikap berbeza dua parti berkenaan?
Pada PPBM, IA melihatnya sebagai ‘serius’ untuk mewujudkan pakatan, PAS
anggap ia sebagai suatu perbualan semata-mata.
Lebih teruk, apakah
ia suatu perbualan kosong?
Apakah ini cara PAS melayan PPBM dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir?
Sungguh menjijikkan jika PAS melihatnya sebagai suatu
‘sembang-sembang’ sedangkan harapan penyokong parti, khususnya PPBM yang
mengharapkan ia sesuatu yang serius daripada PAS.
Selain sebang-sembang, delegasi PAS yang diketuai Tuan Ibrahim pada pertemuan itu hanya bertindak
sebagai jawatankuasa perunding.
Malah ia tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan
berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Di pihak PPBM pula difahamkan, sekiranya PAS semalam bersetuju
untuk bekerjasama, Mukhriz bersedia menandatangan perjanjian untuk
mempercepatkan kerjasama.
Apakah ini menggambarkan bahawa PAS tidak serius dan sengaja
melambat-lambat atau menangguh-nangguhkan keputusan sambil menunggu kerjasama
yang ‘sebenar’ dengan UMNO.
Mungkin kerana tiada keputusan yang boleh dibuat dan sengaja
ditangguh-tangguhkan Tuan Ibrahim mengatakan dalam kenyataannya semalam bahawa
tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan PAS dan PPBM.
Menurutnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan
diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk diputuskan.
"Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf
siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, PAS
akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS," ujarnya dipetik daripada
kenyataan beliau semalam.
Menurut Tuan Ibrahim, badan tertinggi yang memandu parti itu
akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik bersama PPBM dengan meneliti
aspek syarak sama ada boleh diteruskan atau sebaliknya.
Malah kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki (kanan) yang menyifatkan kerjasama PAS dan PPBM 'masih jauh' untuk terlaksana sebagai
sesuatu yang tidak enak untuk didengar dan diterima oleh PPBM.
.
Katanya, semua cadangan kerjasama daripada PPBM perlu terlebih
dahulu diteliti oleh Jawatankuasa PAS Pusat sebelum dibawa ke Majlis Syura
Ulamak (MSU).
"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan
kerjasama itu atau tidak," ujarnya.
Jelas dan nyata pada ketika PPBM sudah begitu yakin ‘Rundingan
Bangsar’ akan membawa harapan besar, PAS melihatnya sebagai pertemuan biasa
yang belum membawa makna apa-apa.
Kesian kepada PPBM dan Mukhriz yang meletakkan harapan begitu
tinggi kepada rundingan di Bangsar pada hari Wilayah itu!
No comments:
Post a Comment