Pengkhianatan terhadap Bumiputera Johor dilakukan
oleh siapa?
Tidakkah mereka ada kaitan dengan pembangkang atau dengan
UMNO/Barisan Nasional (BN)?
Perbuatan dan aktiviti penukaran status tanah dari
Bumputera kepada bukan Bumiputera yang dipercayai dibuat di Johor sejak tahun
2013 dan didedahkan sejak semalam, menyebabkan Bumiputera tidak berdaya
memiliki rumah.
Perbuatan kejam sebegini tidak dilakukan oleh orang
biasa. Juga bukan oleh mereka yang berkuasa dalam parti lawan atau pembangkang.
BH Online denga taJuk ‘Tipu kuota Bumiputera sejak 2013’dengan jelas melaporkan”semua suspek yang ditahan berkaitan rasuah dan
penyelewengan hartanah di Johor semalam, dipercayai terbabit dalam penipuan
penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera sejak tahun 2013."
DAP, PAS, PKR atau Parti Pribumi Bersatu (PBBM) yang baru
muncul di Johorkah yang melakukan perbuatan seperti ini?
Tidak sekali-kali!
Ia dilakukan oleh mereka yang ada kaitan dengan parti
pemerintah dan kerajaan negeri yang memerintah.
Mereka yang tahu mengenai selok-belok menukar status
tanah sahaja yang berupaya melakukan perbuatan keji ini.
Kenapa ia boleh berlaku di ketika parti pemerintah, iaitu
UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melaung-laungkan kononnya
‘mereka pelindung Melayu dan Bumiputera’ tetapi hakikatnya tidak?
Malah, siapa sebenarnya pengkhianat dan menganinya orang
Melayu sendiri?
Laporan Bernama hari ini menyebut, perbuatan
menyelewengkan tanah Bumiputera yang melibatkan beberapa pemaju di Johor
sehingga menyebabkan mereka yang layak untuk mendapat rumah status bumiputera
tidak mampu untuk membeli rumah, adalah perbuatan hina dan menjengelkan.
Laporan Bernama yang disiarkan mStar Online bertajuk “SelewengHartanah: Suspek Disyaki Tukar Status Bumiputera Kepada Bukan Bumiputera” sangat
dikesalkan.
Kata laporan itu: “Penukaran status itu dilakukan kerana
apabila rumah-rumah berstatus bumiputera ditukar kepada bukan bumiputera, harga
sesebuah rumah itu akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga
asal.
"Ini sekaligus akan menguntungkan pihak pemaju dan
mereka yang terlibat dalam aktiviti itu tetapi yang terseksa adalah masyarakat
yang ingin memiliki rumah sendiri.”
Laporan menyebut enam lelaki termasuk anak serta pegawai
khas seorang penjawat awam Johor yang ditahan semalam (25 Fabruari 2017) kerana disyaki terlibat rasuah dan
penyelewengan hartanah di negeri itu, dipercayai terbabit dalam penukaran
status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.
Dalam satu operasi serentak, SPRM menahan enam lelaki
berusia antara 25 dan 50 tahun berkenaan di beberapa lokasi di Johor
Bahru.
Turut ditahan dua orang pemaju, seorang peguam dan
seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal itu.
SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal
berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan
dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Selain itu, sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek
melibatkan lebih kurang RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, aktiviti penukaran status itu dipercayai
dibuat sejak tahun 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga
menyebabkan mereka yang layak untuk mendapat rumah status bumiputera tidak
mampu untuk membeli rumah.
Sumber itu memberitahu Bernama hari ini melaporkan penukaran
status itu dilakukan kerana apabila rumah-rumah berstatus bumiputera ditukar
kepada bukan bumiputera, harga sesebuah rumah itu akan meningkat sebanyak
beberapa kali ganda daripada harga asal.
"Ini sekaligus akan menguntungkan pihak pemaju dan
mereka yang terlibat dalam aktiviti itu tetapi yang terseksa adalah masyarakat
yang ingin memiliki rumah sendiri," katanya.
Tidakkah perbuatan ini ‘menikam belakang’ Bumiputera sendiri
kerana apabila penukaran status diluluskan dan dilaksanakan, mereka yang
berstatus bumiputera dan masyarakat yang berpendapatan rendah tidak mampu
memiliki rumah sendiri.
Menurut sumber, modus operandi pemaju terbabit untuk
menukar status berkenaan adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang
disediakan untuk pembeli bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama
pekerja mereka yang mempunyai status bumiputera.
Katanya, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan
negeri untuk menukar rumah-rumah berstatus bumiputera kepada bukan bumiputera
dengan alasan rumah-rumah itu tidak berjaya dijual.
"Walhal apabila ditanya pembeli, pemaju akan memberi
alasan rumah-rumah berstatus bumiputera telah habis dijual.
Terima kasih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) kerana mendedahkan isu ‘kejahatan pihak tertentu yang ada kaitan dengan UMNO/BN’ yang menyebabkan
Bumiputera di Johor mendapatkan rumah sendiri.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam
Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya sedang menyiasat
kewujudan penipuan dalam penukaran status bumiputera kepada bukan bumiputera.
Siasatlah terhadap mereka yang melakukan perbuatan kejam
seperti ini dan rakyat teraninya akan sentiasa mendoakan SPRM agar berjaya
mendakwa dan mendedahkan ‘petualang yang menghancurkan masa depan Bumiputera
ini.
"Menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju
akan dikenakan denda pada kadar tertentu dan (wang denda) sepatutnya dimasukkan
ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan
membiayai kemudahan-kemudahan di kawasan perumahan," katanya.
Sumber itu berkata, hanya sebahagian daripada keseluruhan
jumlah wang denda itu dimasukkan ke dalam tabung khusus itu manakala bakinya
disyaki diselewengkan.
"Ketika ini SPRM masih dalam proses menggeledah
pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen-dokumen bagi membantu pasukan siasatan
mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan tersebut.
"Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi
akan ditangkap berhubung siasatan kes ini," katanya.
UMNO dan BN tidak boleh berdalih lagi dalam kes ini
kerana pasti ada pihak yang membantu kumpulan penyeleweng ini dalam jabatan
kerajaan di Johor yang bersubahat.
Ia tidak boleh dilakukan dengan mudah dan orang yang rapat
dengan pentadbiran sahaja yang boleh melakukan kegiatan sebegini.
Apakah SPRM nanti akan berdepan dengan kesukaran
mendedahkan identiti ‘perompak dan penyamun terhadap hak Bumiputera’ ini?
Atau apakah pihak tertentu dalam UMNO dan BN akan
berusaha menyelamatkan diri mereka dengan menjadikan pihak siasatan dan
pendakwaan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes ini?
Sedangkan ia adalah kes jelas ‘menipu dan menganinaya
Bumiputera’ dalam mendapatkan hak mereka di negeri yang menjadi antara ‘deposit
tetap UMNO dan BN’ selama ini?
No comments:
Post a Comment