Azam...sbimbang rasuah dalam kalangan penjawat awam |
Sebanyak 665 kertas siasatan rasuah dibuka sepanjang 2016
hingga Februari tahun ini melibatkan penjawat awam.
Daripada 665 kertas siasatan itu, seramai 548 penjawat
awam ditangkap dan 63 kes dituduh di mahkamah.
Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan
penjawat awam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khuatir jumlah
ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung dari sekarang.
Pengakuan ini dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) SPRM Datuk Azam Baki semalam pada majlis Kementerian Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) Bersama SPRM di KKLW di Putrajaya.
Mungkin hanya Azam dan kakitangannya sahaja yang khuatir
kerana jelas menteri dan ketua-ketua pentadbiran sama ada di Putrajaya atau di
negeri-negeri melihatnya sebagai gejala biasa.
Apakah mereka tidak bimbang dengan gejala ‘najis rasuah
ini’?
Diakui bahawa SPRM sudah mengorak langkah yang baik
malah kekhuatiran SPRM itu jelas mempunyai asas yang turut mempersoalkan
integriti penjawat awam.
Soalnya mereka ini adalah penjawat awam dengan kerajaan yang ada
sekarang yang menerima mandapt rakyat
melalui pilihan raya umum ke-13 lalu.
Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan terus melipatgandakan usaha |
Bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab dalam kes ini.
Apabila didedahkan kedudukan ini apakah pemerintah di Putrajaya atau kerajaan pembangkang yang memerintah di
Pulau Pinang dan Kelantan yang wajar dipersalahkan?
Rasuah yang sedang membarah ini bukan mudah untuk
ditangani dan kerajaan BN perlu serius memeranginya.
SPRM menetapkan tiga tahun untuk membersihkan perkhidmatan
awam daripada gejala rasuah khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan
pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.
“Tempoh tiga tahun dipilih kerana pada 2020 Malaysia
seharusnya sudah mencapai status negara maju,” kata beliau.
Azam turut merujuk kepada kes rasuah Jabatan Air Sabah
sebagai indikator yang tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh “tidur”
dengan wang sebanyak lebih RM50 juta di rumahnya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Azam
berkata sasaran membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam dalam masa 3
tahun merupakan faktor utama SPRM lebih agresif menjalankan operasi sejak tahun
lepas.
Ditanya mengenai faktor yang menyebabkan perlakuan rasuah
dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata keadaan negara yang semakin
membangun dan banyak transaksi ekonomi berlaku membuka banyak peluang untuk
rasuah.
“Dalam keadaan ini apabila seorang diberi kuasa, dia
mudah terjebak dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Kalau tidak ada duit,
orang tidak akan melakukan rasuah, mereka akan melakukan jenayah lain seperti
merompak, jual dadah dan sebagainya,” katanya.
Apakah keadaan ekonomi yang berkembang wajar dipersalahkan?
Bagaimana dengan amalan integiriti kerajaan yang memerintah?
Kelnarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad
berkata pihaknya akan terus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan,
rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V kelmarin.
Agensi itu juga bertekad untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah baginda.
"Sebagai satu-satunya agensi penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka terlaksana sepenuhnya menggunakan segala kemampuan yang ada," katanya dalam kenyataan kelmarin.

Sultan Muhammad V dalam titah baginda ketika perasmian Mesyuarat Pertama
Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, menzahirkan rasa dukacita kerana
masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat
kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.
Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Menurut Dzulkifli, SPRM menjunjung titah Seri Paduka sebagai satu cabaran untuk SPRM melaksanakan tugas memerangi rasuah dengan lebih komited dan efisien.
Sehubungan itu beliau berharap rakyat Malaysia khususnya seluruh jentera kerajaan untuk bersama-sama tanpa kompromi, berganding bahu bersama SPRM untuk melaksanakan titah baginda

No comments:
Post a Comment