Pertamuan antara bekas ‘Bos’ dengan ‘anak buahnya’ di
tepi Sungai Perak di Kuala Kangsar kelmarin sangat menarik.
Walaupun dialog dibatalkan, dan kedua-duanya sekadar menghirup semangkuk cendol petang
semalam, pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz tetap
berlaku.
Bagaimanapun, dilaporkan Nazri hanya mendiamkan diri atau 'kelu' semasa pertemuan
itu.
Itulah ketentuan Allah. Namun di sebalik pertemuan itu
satu perkara yang masih diperkatakan ialah kenapa Nazri diam dan Dr Mahathir
pun tidak membuka mulut untuk berbual dengannya.
Dr Mahathir mengatakan beliau sendiri hairan mengenai suasana 'sepi' antara
kedua-dua mereka pada pertemuan semalam.
"Dia bertekad jumpa dengan saya tetapi apabila kami
bertemu di tempat cendol, dia tidak berkata apa-apa. Apa gunanya berjumpa
tetapi tidak kata apa-apa," jelas Mahathir.
Lantas Dr Mahathir malam kelmarin membandingkan mikrofon dengan 'mulut Nazri'.
"Mikrofon ini seperti Nazri, hilang suara",
kata Dr Mahathir berjenaka.
Kata-kata Dr Mahathir itu disambut dengan gelak ketawa oleh hadirin pada program ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) pada sebelah malam di Kuala Kangsar itu.
Kata-kata Dr Mahathir itu dibuat secara sepontan apabila
ketika berucap itu tiba-tiba mikrofon yang digunakannya tidak
berfungsi.
Selepas seminit lebih, setelah pihak penganjur bergegas
untuk menyelesaikan masalah, Dr meneruskan ucapannya.
Dr Mahathir turut menceritakan kesungguhan Nazri untuk berdebat
dengannya. "Tetapi saya nampak partinya tidak sokong, kerajaan tidak
sokong, tiada siapa yang sokong dia supaya dia tidak boleh berdebat dengan
saya,"
Nazri pula hari ini berkata hanya mendiamkan diri
ketika pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, itu semalam kerana tidak
ditanya sebarang soalan.
Menurut Nazri, beliau mahu menghormati majlis kerana
terdahulu, Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, tiada ucapan akan
disampaikan di kawasan gerai-gerai berkenaan.
"Ia adalah kesempatan bagi mereka, bukan saya, jadi
saya hormati apa yang mereka tanya saya, jadi saya tak berkata apa-apa.
"Tetapi saya banyak bercakap dengan orang di sebelah
kanan saya, kerana dia tanya soalan, jadi saya jawab. Tetapi Mahathir tak tanya
apa-apa kepada saya," kata Nazri.
"Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa
kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang
menikmati cendol.
"Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia,
(tetapi) dia tak bertanya," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.
Nazri berkata, Dr Mahathir kemudian menyebut mengenai
Sungai Perak dan mahu melihat kawasan berkenaan.
"Kami hanya ikut dia, kemudian dia bercakap dengan
orang yang berdiri dekat kami dan kata dia nak pergi, dan saya ucapkan
selamat jalan, itu sahaja," katanya.
Apapun kedua-duanya dijangka bertemu lagi pada debat di
Shah Alam pada 7 April nanti.
No comments:
Post a Comment