Ini semua mungkin tidak
benar dan sengaja dibuat spekulasi.
Jangan percaya bahawa
sepasukan dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) sudah selesai
menemuramah beberapa pihak di Singapura berkaitan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) baru-baru ini.
Hasilnya, pihak berkuasa
itu sudah bersedia untuk mendakwa Low
Taek Jho, atau Jho Low, jutawan rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang
dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tahun lalu dalam kertas siasatan salah
guna wang 1MDB.
The Wall Street
Journal (WSJ) sengaja memperbesar-besarkan berita kononnya kumpulan Jho
Low terlibat dalam apa yang mereka percaya sebagai "salah satu penipuan
kewangan terbesar dalam sejarah".
Dengan memetik
sumber-sumber biasa dengan siasatan, WSJ berkata, pendakwa AS merancang
memfailkan tuduhan jenayah penipuan dan pengubahan wang haram terhadap Low dan
beberapa rakan-rakannya yang berpotensi.
DOJ baru-baru ini berusaha
memasukkan beberapa harta milik keluarga Jho Low ke dalam senarai aset yang
mahu disitanya.
Hotel Park Lane di New York milik Joho Low |
Ia termasuk kapal layar
mewahnya, Equanimity, bernilai AS$165 juta (RM730 juta).
Ahli keluarga Jho Low
sebaliknya bertindak menentang usaha itu dengan melibatkan proses mahkamah iautu
melawan tindakan DOJ itu.
Kenapa ambil sumber dari
Singapura? Ini tidak benar dan tidk adil. Sepatutnya datang ke Malaysia
menemuramah tiga pihak penting – Polis diRaja Malaysia (PDRM), Peguam Negara
(AG) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiga serangkai ini lebih
tahu mengenai 1MDB berbanding institusi tertentudi Singapura.
Kalau individu pula,
beberapa orang ini sepatutnya ditemuramah iaitu Ketua Setiausaha Negara, Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, bekas Ketua Audit Negara serta beberapa menteri,
termasuk Menteri Penerangan dan Komunikasi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
serta Menteri Kewangan sendiri.
Kenapa ‘bodoh’ sangat
pihak bekuasa ke Singapura untuk mendapat maklumat benar?
Lagipun yang mengatakan
Jho Low akan diheret ke mahkamah ialah akhir The Wall Street Journal (WSJ) yang
tidak ada kredibiliti di mata pemerintah
Malaysia dan semua pihak yang disebutkan di atas.
WSJ pula memetik hanya sumber
di Singapura yang berkata pasukan DOJ baru-baru ini selesai melakukan soal
siasat di republik itu dalam persediaannya mendakwa Jho Low, yang dilihat berat
sebelah.
20 Julai tahun lalu , DOJ
menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion dilencongkan daripada dana
1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak pada 2009.
Rizal Aziz...turut dikaitkan. |
Walaupun tidak ada bukti
lengkap DOJ tiba-tiba memfailkan saman
sivil di Los Angeles untuk merampas sejumlah AS$1.2 bilion aset yang dibeli
dengan dana didakwa digelapkan daripada 1MDB itu.
Dana itu kemudian dipindahkan
ke AS menggunakan syarikat kosong, dan menamakan beberapa individu.
WSJ dianggap ‘jahat’
apabila menamakan beberapa individu, selain Jho Low, seperti anak tiri Najib (anak Rosmah
Mansor) Riza Aziz, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed
Ahmed Badawy Al-Husseiny.
WSJ turut melaporkan sejak
pengumuman DOJ mengenai hasil siasatannya ke atas 1MDB tahun lalu, Jho Low, 35
tahun, kerap berulang alik dari China ke Thailand, setelah “diarahkan mengelak
Malaysia”.
Ia memetik seorang pekerja
Hotel Peninsula di Shanghai sebagai berkata kapal layarnya kini berlabuh di
perairan Thai sejak Oktober lepas.
WSJ turut memetik ucapan
Tahun Baharu daripada Jho Low kepada temannya di aplikasi WeChat.
“2016 merupakan ribut,
tetapi ketenangan dan keazaman Kapten kami memastikan pelayarnya yang yakin
penuh terhadap kepimpinannya melalui ribut itu.”
Apa yang melegakan
keluarga Jho Low dan mereka yang didakwa terlibat, termasuk keluarga Rizal Aziz
ialah, WSJ tidak melaporkan dengan jelas bilakah tuduhan jenayah itu akan
difailkan.
Apakah ia hanya spekulasi
dan mahu menghangatkan kembali isu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah ini
selepas dingin beberapa ketika?
Selain itu rancangan itu
juga boleh diubah atau digugurkan memandangkan siasatan masih diteruskan, menurut
laporan itu.
Di sebalik itu semua, apakah WSJ sebuah akhbar antarabangsa tidak berintegriti, DOJ tidak bermaruah dan penangkapan serta keputusan mahkamah di Singapura sebagai tidak telus?
Jawapan di fikiran anda bukan percaya bulat-bulat kenyataan pendokong dan 'penjilat' Najib di Malaydia!!!
No comments:
Post a Comment