Persetujuan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) yang sebulat suara bersetuju untuk membentuk gabungan rasmi dengan
Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan
keadaan yang semakin kukuh kepada gabungan parti-parti politik menentang
Barisan Nasional (BN).
Di bawah cadangan itu, semua tiga parti komponen PH, bersama dengan PPBM akan
menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah 1 logo, 1 manifesto, dan
seorang calon bagi setiap kerusi yang mereka putuskan untuk bertanding.
Walaupun bersetuju untuk menyertai PH, cadangan yang
dicapai oleh PPBM masih belum dibentangkan kepada PH.
Ini bukan kali pertama pemimpin berusia 91 tahun itu
mencadangkan gabungan membabitkan semua parti pembangkang yang mempunyai
matlamat hampir sama iaitu menewaskan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Malah, Dr Mahathir berkali-kali menegaskan satu-satunya
cara pembangkang boleh membentuk kerajaan ialah dengan syarat semua bekerjasama
memastikan pertandingan 1 lawan 1 terhadap BN pada PRU14.
Pada September tahun lalu, Timbalan Presiden PPBM Datuk
Seri Mukhriz Mahathir membuat desakan sama dan mencadangkan gabungan
pembangkang baharu yang dinamakan “Barisan Rakyat”.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata
gabungan tiga pihak itu “sudah tahu
mengenainya”.
“Mesyuarat hari ini fokus kepada satu perkara sahaja, iaitu
penyertaan PPBM dengan PH, di bawah satu pakatan besar pembangkang,” katanya
pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PPBM di
Petaling Jaya hari ini.
Dr Mahathir berkata perkara itu bagaimanapun belum
diputuskan namanya. “Tetapi kami setuju selain nama baharu, kami juga perlu ada
logo baharu dan simbol untuk PRU akan datang.”
Perkara ini akan dimaklumkan secara rasmi kepada PH
mengenai keputusan kami tidak lama lagi.
PPBM juga akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai
gabungan PH namun meminta nama itu ditukar.
"(PPBM) juga bersetuju bahawa polisi yang kita
persetujui ialah, kita perlu - selain daripada mengadakan nama yang baru - kita
juga ingin ada suatu logo dan simbol untuk (menghadapi) pilihan raya dan
mempunyai satu manifesto," kata Dr Mahathir.
Pengerusi BERSATU itu berkata, secara dasarnya BERSATU
bersetuju selain nama pakatan baru, mereka juga ingin suatu logo bersama yang
baru serta manifesto untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurut Dr Mahahir, pemimpin PH sudah mengetahui niat
PPBM mahu menyertai gabungan berkenaan.
Justeru, katanya, beliau berharap, penyertaan rasmi parti berkenaan dalam
HARAPAN dapat menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Ditanya sama ada beliau percaya PH akan bersetuju dengan
cadangan itu, terutama membabitkan seorang calon mewakili pakatan di setiap
kerusi, Dr Mahathir menjawab dengan nada positif.
Dr Mahathir yang juga perdana menteri paling lama
berkhidmat berkata ini kerana PH sudah sedar kegagalan mereka menyatukan semua
parti dan bertanding di bawah satu simbol, adalah alasan mereka kalah pada PRU
lalu.
“Kami akan berbincang lanjut mengenai perkara ini bila
kami berada dalam pakatan. Tetapi prinsipnya di sini ialah kami akan hanya
meletakkan seorang calon bagi setiap kerusi bagi mewakili pakatan.
“Kemudian kami akan mendesak semua ahli pakatan untuk
menyokong dan undi calon tunggal itu,” katanya.
Berkaitan dengan PAS, Dr Mahathir berkata parti itu amat
dialu-alukan untuk menyertai pakatan baharu, walaupun perkara itu masih belum
dibincangkan lagi.
“Kami terbuka untuk menubuhkan sekutu dengan mana-mana
parti. Bukan saja PAS, tetapi ada dua atau tiga parti lain yang berminat,”
katanya.
No comments:
Post a Comment