Insiden yang paling tidak dapat dilupakan di Malaysia
pada bulan Ramadan yang berakhir semalam sudah pasti perubahan yang
diperlihatkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjadi lebih juara dan pembela
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB berbanding mana-mana
orang lain dalam UMNO.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Presiden
PAS itu kini muncul “lebih juara dan pembela” Najib berbanding mana-mna
pemimpin dalam UMNO.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media petang
ini sebagai respons kepada kenyataan Hadi.
Kata Kit Siang, DAP tidak menyokong sebarang campur
tangan asing dalam hal ehwal domestik Malaysia tetapi “kita juga tidak boleh
membenarkan Malaysia menjadi kleptokrasi global.”
“DAP berpegang teguh dalam pendirian ini kerana tidak ada
agama yang menyokong rasuah atau kleptokrasi,” katanya.
Pengarah Komunikasi Amanah turut menyangkal kenyataan Datuk
Seri Abdul Hadi Awang sambil mendakwa presiden PAS itu ternyata “silap” apabila
mengeluarkan kenyataan kononnya pihak tertentu mengundang kuasa asing untuk
campur tangan dalam isu dalaman negara dengan matlamat mahu menguasai Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Khalid Samad berkata: “Saya percaya tidak ada seorang pun
dari pihak pembangkang yang meminta kuasa asing untuk menjajah negara atau
meminta mana-mana tentera asing untuk masuk (ke dalam Malaysia).”
“Kenyataan Hadi tidak relevan dan beliau tidak diberi
nasihat yang betul sebelum mengeluarkan kenyatannya,” kata Khalid yang juga
Ahli Parlimen Shah Alam kepada FMT mengulas kenyataan Hadi.
Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata,
beliau bimbang Malaysia akan jatuh ke tangan negara lain disebabkan tindakan
pihak tertentu cuba mempelawa pihak luar campur tangan dalam masalah dalaman
demi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya yakin mereka yang mengundang pihak asing mencampuri
urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka
paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman
dan budiman,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Surat Terbuka Kepada Parti
Politik Malaysia”.
Sehubungan itu, presiden PAS mengingatkan semua parti
politik tidak mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk
menyelesaikan masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF),
Perwaja Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, negara asing akan bersorak gembira supaya diberi
ruang penyelesaian oleh mahkamah di negara mereka.
Kenyataan itu dipercayai merujuk tindakan terbaru Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil di California untuk
menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion), termasuk karya seni, kapal
layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi yang didakwa dibeli dengan dana
diseleweng daripada 1MDB.
Semalam, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ untuk memfailkan tuntutan
mengenai jenayah yang dilakukan di negara terbabit, melibatkan bank dan harta
di sana.
Kit Siang menyifatkan bulan Ramadan 2017 menjadi bulan
Ramadan yang tidak dapat dilupakan ekoran perkembangan luar biasa dalam arena
antarabangsa dan nasional.
Dalam ulasannya, Khalid Samad, wakil rakyat sejak 2008
berkata, parti pembangkang hanya menjalankan tugas mereka dalam menonjolkan
salah laku pihak-pihak yang terlibat dalam urusan 1MDB.
“Orang ramai perlu sedar negara-negara lain sudah pun
mengambil tindakan terhadap 1MDB,” kata beliau sambil menambah, usaha yang sama
tidak dilaksanakan di Malaysia.
Beliau juga berkata, Hadi membuat rujukan yang tidak
tepat mengenai kejatuhan Islam di Sepanyol pada abad ke-15 apabila
membandingkannya dengan senario yang dikatakan di Malaysia.
Hadi berkata, kerajaan Islam purba di Sepanyol jatuh
selepas pemerintahnya menjemput orang asing membantu menyelesaikan krisis
dalaman mereka.
Khalid berkata, kejatuhan Islam di Sepanyol disebabkan
perpecahan dan pertelingkahan di kalangan empayar orang Islam pada masa itu.
“Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan keadaan kita
sekarang?” soal Khalid.
Sumber asal - FMT
No comments:
Post a Comment