Saturday, June 3, 2017

Bahaya Perbuatan Melaga-Lagakan PKR Dengan Sultan Selangor


PKR mahu saman Sultan Selangor? Siapa yang kata?

Kenapa mahu melaga-lagakan pembangkang dengan  Sultan Selangor?

Apa motif mereka yang cuba mengapi-apikan isu ini?

Sedangkan PKR menafikan mesej WhatsApp satu kenyataan yang kononnya dikeluarkan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kenyataan itu sengaja dibuat bagi menjejaskan nama Sivarasa dan PKR.

"Beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media seperti ini, malah beberapa fakta adalah salah.

"Sivarasa tidak mempunyai seorang pembantu/PA pada waktu ini yang bernama Peter Chong dan beliau bukan Naib Presiden PKR," katanya dalam kenyataan media, Sabtu.

Sebelum ini tular di WhatsApp satu kenyataan yang kononya dikeluarkan oleh Sivarasa sebagai berkata, "Kenyataan dikeluarkan pihak Istana Selangor terhadap saya dirasakan terlalu kasar dan menafikan hak kebebasan saya untuk bersuara dan menyatakan kebenaran mengenai situasi politik semasa.

"Disebabkan itu, saya akan membuat laporan polis terhadap kenyataan Sultan Selangor kerana melanggar hak seperti termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan," petik kenyataan itu.


Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang berucap dalam Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang, 24 Mei lalu.

Baginda menyifatkan perbuatan Sivarasa itu melampaui batas kerana masih berucap di dalam masjid meskipun sudah berkali-kali diingatkan agar masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada bagi yang beragama Islam mahupun bukan Islam.

Sultan Selangor turut memberi amaran untuk tidak teragak-agak menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan AJK masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Selasa lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Sivarasa yang memasuki dan memberi ceramah di ruang solat Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.

Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.


Sivarasa berkata beliau berada di situ untuk acara penyampaian sumbangan RM71,000 kepada wakil surau dan masjid dalam kawasannya atas kapasiti wakil rakyat.


Sivarasa berkata beliau akan menulis secara peribadi kepada Sultan Sharafuddin untuk menjelaskan kontroversi itu.

Berikutan itum adalah baik PKR membuat repot polis untuk mencapi punca siapa yang cuba melaga-laga PKR dan Sultan Selangor.

Jangan keruhkan isu yang sewajarnya boleh diatasi dengan baik untuk kemurnian agama Islam dan hubungannya dengan bukan Islam.

No comments: