Invoke
Malaysia tidak habis-habis dengan kajian untuk menunjukkan siapa sepatutnya dilantik
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umum ke 14.
Usaha itu dilihat boleh mengencatkan hubungan antara parti dalam pakatan itu.
Berikutan itu, kajian
yang dilihat sebagai ‘syok sendiri’ itu mengundang kritikan daripada pemimpin rakan
pakatan pembangkang yang melihat ia sengaja ditimbulkan.
Pengumuman kajian juga menunjukkan bahawa PKR tidak habis-habis dengan isu
kononnya hanya pemimpin mereka layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Yang nyata dan jelas ialah ia
diulang-ulang untuk ‘memaksa rakyat’ menerimanya.
Pengumuman oleh oleh Naib Presiden PKR dan Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli itu, selang
tiga hari selepas Kongres PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”.
Sepanduk itu diangkat di hadapan
pemimpin parti lain termasuk pemimpin utama Parti Pribui Bersatu Malaysia
(PPBM) yang hadir sebagai tetamu.
Sewajarnya
PKR tidak membenarkan pengumuman secara terbuka mengenai perkara ini apa lagi
isu siapa Perdana Menteri pembangkang turut dimainkan oleh Barisan Nasional
(BN)/UMNO untuk mengelirukan rakyat.
Apakah
PKR kini terikut-ikut dan terpengaruh dengan rentak permainan politik BN/UMNO
yang mahu menunjukkan bahawa pembangkang gagal untuk menonjolkan siapa
sebenarnya Perdana Menteri mereka jika menang pilihan raya umum ke 14?
Anwar kini menjalani
hukuman penjara lima tahun, dan tidak
dibenarkan bertanding dalam pilihan raya untuk lima tahun selepas dibebaskan.
Juga apa yang sedang
cuba dimainkan oleh PKR melalui Invoke Malaysia apabila mengumumkan senarai
calon perdana menteri paling popular pada ketika rundingan mengenai perkara itu
sedang dijalankan?
Banyak
persoalan yang boleh ditanya mengenai usaha dan pengumuman Invoke Malaysia ini.
Yang yang utama ialah, apakah ia untuk kepentingan Malaysia atau untuk
kepentingan PKR semata-mata?
Atau
apakah PKR cuba menonjolkan dirinya sebagai parti yang berjuang hanya untuk
Anwar serta pembebasannya, bukan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diselimuti
oleh berbagai skandal kewangan dan kleptokrasi?
Kelmarin,
Invoke Malaysia mengumumkan butiran hasil kajian olehya dengan melibatkan hampir 18,000 responden yang
menyebut pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan
paling banyak, iaitu 23.5% sebagai Perdana Menteri.
Ini diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dengan undian 17.6%, Dr Mahathir (16.5%), dan Presiden PPBM, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (12.6%).
Hasil
kajian Invoke Malaysia seperti diumumkan oleh Rafizi menunjukkan ‘siapa pilihan
rakyat’ untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada
pilihan raya umum akan datang.
Pada
kajian itu, Rafizi berkata sebanyak 31% daripada mereka mahu mengekalkan Datuk
Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sementara 34.6% membuat pelbagai
pilihan daripada 9 orang pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, manakala
selebihnya tidak menjawab.
Ditanya mengapa pemimpin Amanah
dan DAP tidak disenaraikan, Rafizi berkata kajian itu berdasarkan jumlah kerusi
yang ditandingi pembangkang dan jumlah majoriti pengundi Melayu.
Berikutan pengumuman itu, semalam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
pengumuman Rafizi itu tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya pembangkang
tidak memenangi pilihan raya akan datang.
“Kalau
tak menang, sesiapa pun tak boleh jadi Perdana Menteri. Perkara utama ialah menang.
Kalau nak jadi calon, siapa pun boleh jadi,” katanya selepas program ceramah di
Kampung Baru malam tadi.
Dr
Mahathir semalam menyampaikan ceramah pada Jelajah Semarak di padang Kelab
Sultan Sulaiman, Kmpung Baru bersama-sama Presiden Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad.
Bagi Dr
Mahathir, berpendapat kajian seumpama
itu lebih sesuai selepas Pakatan memenangi pilihan raya.
“Bila
menang boleh buatlah. Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri,” katanya
kepada wartawan.
Isu nama
Perdana Menteri menjadi perbahasan antara PKR dan pemimpin pembangkang lain
selepas perwakilan PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”, pada
kongres parti yang dihadiri Dr Mahathir dan pemimpin PPBM lain minggu lalu.
Malah,
bekas menteri yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim turut mengecam
kenyataan PKR itu sementara Ketua
ARMADA, PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan PKR sebagai tidak sensitive.
Sebelum
ini, menurut laporan, dalam wawancara ekslusif bersama FMT baru-baru ini, Dr
Mahathir berkata sebarang rancangan melantik perdana menteri perlu mematuhi
kedaulatan undang-undang.
“Kita berjuang untuk
menegakkan kedaulatan undang-undang. Tetapi, jika (selepas) berkuasa kita tidak
mematuhinya, apa hak kita untuk menegur orang lain yang tidak mengikut
undang-undang?” soalnya.
No comments:
Post a Comment