Salam Satu Malaysia dan Ulang Tahun Malaysia Untuk Semua!
Dalam kita menyambut Hari Malaysia hari ini, tanggal 16 September juga penting untuk kita memperingati seseorang yang cuba memperbodohkan satu Malaysia.
Ingat 16 September bukan sahaja ingat hari penubuhan Malaysia tetapi juga hari memperingati pembohongan Anwar Ibrahim.
Hari ini sepatutnya adalah Ulangtahun ke-2 Anwar menjadi Presiden Malaysia.
Pelan untuk tawan Putrajaya masih lagi berjalan.
Apapun, ahli PKR sepatutnya bangga kerana telah menempa nama dalam Guiness World of Record dengan mempunyai ketua yang paling kuat kencing di DUNIA.
Habis satu dunia diautakannya sampai George Bush pun kena kencing.
Dalam video di bawah mendedahkan bahawa Anwar akan menjadi PM pada tahun ini - 2010.
Menurut firasat, ia akan berlaku pada hari ini sejajar tarikh keramat 16 September iaitu hari Ketawa SeMalaysia.
Hakikatnya, 16 September – hari ini - adalah ulang tahun ke-2 PKR tipu DAP dan PAS...
Tarikh ini mudah dingati oleh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang penuh dengan kisah atau siri pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.
Kita semua rakyat Malaysia boleh lihat bagaimana bijak sekalipun kesemua pemimpin-pemimpin dalam DAP terutamanya Karpal Singh akhirnya dengan mudah ditipu dan diperdayakan oleh Anwar tentang rancangannya untuk merampas kuasa menuju ke Putrajaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru di negara ini.
Tepat pada tarikh 16hb September juga - kesemua pemimpin PAS telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar dengan janji-janji beliau yang bersimpang-siur mengenai matlamat untuk membentuk kerajaan baru bersama DAP dan PAS.
Itulah Anwar – tidak mampu tipu UMNO, tipu pula DAP dan PAS serta ahli partinya sendiri – PKR – hanya demi memenuhi kepuasan hatinya!
No comments:
Post a Comment