Thursday, April 10, 2014

Menteri Besar Manakah Yang Sedang Resah Gelisah…??????


Khabarnya seorang Menteri Besar yang didedahkan ada skandal dengan isteri orang kini resah gelisah. Dia resah bukan kerana skandal itu sahaja tetapi dikhabarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sudah mengetahui gelagatnya itu.

Sumber PMO berkata, isu Menteri Besar berkenaan mempunyai perempuan simpanan sudah sampai ke telinga Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Khabarnya juga Najib akan menggunakan ‘senjata’ ini untuk urusannya dengan Menteri Besar berkenaan yang dikatakan sering menunjukkan ‘samsengnya’ dalam urusan dengan Kerajaan Pusat. Berita mengenai masalah Menteri Besar ini tersebar pada kelmarin 8 April 2014 dengan tajuk ‘Bekas perempuan simpanan MB tuntut RM3 juta’ oleh FreeMalaysiaToday.


Menurut laporan FMT, bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas. Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu. Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Dikatakan juga sejak kelmarin, selepas berita berkenaan dipetik beberapa blog (lihat sini, sini, sini)daripada sumber asal, beberapa orang kuat Pejabat Menteri Besar dan rakan-rakannya dikatakan cuba mengesan wanita berkenaan.

Mereka berusaha memujuk wanita berkenaan supaya ‘berunding’ untuk menutup aib Menteri Besar berkenaan.

Orang yang dekat dengan Menteri Besar berkenaan bimbang kerana ia mungkin menjejaskan reputasi ‘bos’ mereka yang dikatakan sedikit tercalar dengan beberapa isu sebelum ini.

Menurut sumber, wanita berkenaan tidak akan berganjak daripada tuntutannya kerana MB berkenaan seperti mempermainkannya.

Selain itu wanita berkenaan dikatakan ‘berang’ dengan sikap seseorang yang rapat dengan MB berkenaan yang dikatakan ‘mempengaruhi MB’ supaya menangguh-nangguhkan janji berkenaan.

Kita tunggulah apa kesudahan dengan isu ini dan dapatkah MB berkenaan menyorok 'kemaluannya'!

No comments: