Tuesday, August 11, 2009

KEBODOHAN PAS-PKR-DAP DALAM BERGADUH

Ini bukan saya kata tetapi DEWA yang kata melalui sebuah blog yang menyokong PAS. Wow sedapnya....

Oleh: dewa

"Terlebih dahulu, saya mulakan artikel ini dengan menzahirkan ketidakyakinan saya bahawa cadangan ini akan dipertimbangkan oleh PKR, PAS atau DAP kerana budaya mengkritik BN sudah sebati manakala budaya pendekatan konstruktif masih belum kuat dalam Pakatan Rakyat. Percakaran taraf budak-budak oleh ketiga-tiga parti ini melalui media sudah pasti akan merealisasikan ramalan Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat hanyalah suatu "One-term Wonder/ Keajaiban satu penggal!". Artikel ini menghurai mekanisma yang perlu wujud supaya PAS-PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) terus relevan dan menyerlahkan kebodohan sistem sekarang.

Tidak dinafikan bahawa media BN akan memutar belitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat. tetapi itu tidak menafikan hakikat bahawa tidak wujud suatu mekanisma dalam Pakatan Rakyat untuk menangani isu-isu sensitif.

Analisa penganalisis politik menunjukkan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat akan berbincang dan bermuzakarah apabila sesuatu isu itu sudah ditimbulkan oleh media dan isu itu cukup sensitif. Suasana keruh sewaktu muzakarah tidak dapat dielakkan dan semua pihak termasuk PAS, PKR dan DAP akan penuh dengan prasangka dan prejudis masing-masing. Apa yang wujud bukan suatu INTERGRASI atau PERPADUAN tetapi hanyalah suatu PEACEFUL SEPARATION.

Sebenarnya, PAS , PKR dan DAP bersatu bukan kerana kasih sayang atau matlamat yang sama atau objektif yang dikongsi. PAda masa ini, Pakatan Rakyat bersatu kerana Kebencian! Ya, itulah sebenarnya. Pakatan Rakyat bersatu kerana kebencian pada kezaliman UMNO. Dalam erti kata lain, bersatunya Pakatan Rakyat menurut analisa teliti penganalisis politk ialah kerana UMNO. Kerana benci UMNO. Pakatan masih gagal untuk menghayati suatu matlamat bersama untuk memperjuangkan negara Malaysia yang aman, maju, makmur tanpa menggadai prinsip mana-mana agama khususnya agama Islam.

Di sebalik keriuhan rasuah RM12 billion di Skandal zon Bebas Pelabuhan Klang, dan disebalik keriuhan Teoh mati jatuh/dicampak dari tingkat 14, PAS dan DAP bergaduh berhubung soal arak dan babi.

Kedua-dua isu ini isu sensitif dan akan membuatkan sokongan kepada kedua-dua parti hilang akibat sikap tidak bijak politik kedua-dua parti. Memang benar prinsip perlu dijaga dan Islam mesti diperjuangkan tetapi adakah mekanisma sekarang suatu mekanisma yang waras?

Sokongan ahli PAS kepada DAP dan PKR semakin hilang dan sokongan non-Muslim kepada PAS juga semakin hilang dan UMNO,MIC dan MCA boleh menari-nari kegembiraan melihat Pakatan Rakyat menari mengikut gendang mereka!

Sepatutnya, PAS , DAP dan PKR membuat suatu Majlis Isu Sensitif PKR-DAP-PAS di mana apa-apa perkara sensitif perlu dibawa ke majlis tersebut dan dibincangkan secara waras. Perbincangan perlu melibatkan kajian teliti oleh pakar-pakar termasuk tokoh agama, ahli ekonomi, wakil masyarakat setempat, masyarakat awam dan semua pihak berkepentingan. Hasil kajian dan laporan perlu dibentangkan untuk tatapan umum agar masyarakat faham akan ketelusan semua pihak. Dalam isu yang lebih sensitif, seorang mediator atau orang tengah boleh dipanggil untuk menjernihkan perbincangan.

Prejudis dan salah faham masa kini sekiranya dibiar berlarutan akan membawa kepada kekalahan Pakatan Rakyat.

Apa pun, saya tak yakin cadangan ini akan dipertimbangkan oleh sesiapa dan Pakatan Rakyat , DAP, PKR dan PAS bolehlah terus bercakaran jika itu yang mereka mahu..

DAP dan MCA bila gaduh, gaduh cara bijak, , dua-dua untung. Bila Pakatan bergaduh, semua rugi.

Saya tegur kerana sayang.."

1 comment:

haji baba said...

sya nak komen stu aje iaitu hikuman sebat keatas seorang wanita yang mengaku salah kerana minum arak di khalayk ramai kerana tak ada tukang sebat.kalau macam tu bagaiman nak adakan hukum hudud nanti tak ada pulun juru potong tangan pencuri.walau bagaimana pun saya syurkan supaya penyemblih lembu di lantik sebagai pemoton tangan pencuri