Thursday, August 20, 2009

KHALID MELOPONG, SULTAN TIDAK BENARKAH GUNA WANG ZAKAT
























“Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini.”

Demikian titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dengan tegas menolak cadangan menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

Kenyataan baginda itu bagaikan satu tumbukan mengenai muka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

“Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata’ala,” titah Baginda.

Mana Khalid nak tunjuk muka? Ternyata Sultan telah murka. Bersahabat baik lagi dengan puak kafir harbi yang tidak tahu atauran dan peraturan mengenai Islam. Kerana terlalu mengikut kata gangster dalam pakatan Selangor, sampaikan terlupa bahawa urusan agama Islam adalah tanggungjawab Sultan.

Walaupun Nik Aziz kata kita tak boleh marah kepada DAP kerana mereka tidak tahu Islam, apakah Khalid juga boleh dikategorikan sebagai orang yang tidak tahu dan tidak faham ajaran Islam, sama semacam dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Ngeh Koo Ham, Nga Koh Meng, Ronnie Liu dan lain-lain yang sewaktu dengannya?

Mungkin pada pertimbangan Khalid dan rakan-rakannya dari DAP, Raja dan Sultan tidak ada hak dalam urusan pentadbiran negeri. Mereka dan suara rakyat lebih berkuasa. Konon mereka adalah suara kepada majoriti rakyat di negeri berkenaan.

Nampak saja di mana ada duit, mata mereka jadi merah dan bagaikan harimau lapar terus menerkam tanpa mengira apa jenis mangsanya.

Mereka yang jahil dari segi pentadbiran tidak sedar malah tidak faham apa peranan Sultan dan Majlis Agama Islam sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan Negara. Semuanya mereka langgar secara ‘membujur lalu, melintang patah’.

Agaknya kantong kerajaan Selangor dah kering kerana terlalu banyak melaksanakan projek yang diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan melalui wakil rakyat. Bila duit dan habis dan puak gangster DAP Selangor masih berasa belum cukup menyapu wang yang ada, maka mereka cuba cari sumber baru untuk diagih-agihkan di kalangan pemimpin DAP seluruh negara. Kerajaan pakatan gangster Selangor menjadi lombong emas untuk DAP mengumpul dana bagi menghadapi PRU ke 13.

Nasib le orang Selangor. Apa nak buat. Negeri yang dahulunya terkenal kaya raya kini dah jatuh miskin kerana tabung habis dikorek oleh gangster dari DAP.

Tak cukup dengan hasil negeri yang melimpah ruah, wang zakat orang Islam pun mereka nak sapu semacam.

No comments: