"Pukat tunda Malaysia sangat bijak dan berperikemanusiaan.Ia memilih hanya untuk menangkap ikan kecil kerana ikan besar masih belum puas hidup di bumi Malaysia ini."
Kebiasaannya pukat tunda diharamkan
kerajaan kerana dia menangkap ikan kecil bersama dengan ikan besar.
Tetapi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) begitu
canggih - pukat tundanya boleh menangkap ikan kecil tanpa menggangu
ketenteraman dan membiarkan ikan besar bebas!
Jaring pukat yang luas menangkap ikan kecil sementara yg
besar boleh terus bolos. Teknologi apa yang digunakan itu?
Malaysia boleh!
Saya tidak menyalahkan SPRM semata mata kerana kalau ada
ikan besar "tertangkap" di dalam pukat, ada pulak pegawai SPRM di
tukar atau dikenakan apa apa tindakan.
Al-kisah di atas adalah mencerminkan senario penangkapan
seorang pegawai Kementrian Belia dan Sukan dengan agak cepat di atas tuduhan
"money laundering" atau pengubahan wang haram, dan kesalahan
berkaitannya.
Benar, RM100 juta terbabit adalah jumlah yang besar.
Tetapi jumlah seperti RM2 billion atau RM2,000 juta,
adalah jumlah jauh lagi besar!
Jadi RM100 juta ialah ikan jauh lebih kecil dari RM2
billion yang jauh lagi besar...!
Kenapa yang menglibatkan RM 2 billion lebih masih tidak
ada dengar apa-apa tindakan wal-hal seluruh dunia dari Malaysia ke Abu Dhabi
sampai ke Amerika sudah riuh rendah, gempak gempita ceritanya!
Yang sangat anehnya, apabila pindaan pada rang undang
undang penggubahan wang haram sedang dibentang di Parlimen tahun lalu, 1 MDB
yang di bawah Kementrian Kewangan Malaysia dilaporkan menghantar berbillion
ringgit pelaburan ke kepulauan Cayman - pusat utama penggubahan wang haram dan
judi dunia!
Kerajaan Malaysia bertindak saperti ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus kehadapan!
Lebih aneh lagi, sementara kerajaan mencanang berbagai
Index Syariah tinggi yang dicapai konon olehnya melaui propaganda Jabatan
Perdana Menteri, syarikat milik kerajaan menghantar berbillion ringgit ke pusat
pengubahan wang haram dan judi utama dunia di kepulauan Caymen!
Soalan saya di Parlimen bagaimana perkara seperti ini
yang sangat bercangah dengan syariah tidak terjawap sehingga ke hari ini! Ini
adalah hanya sebahagian contoh kecil yang disebut di sini.
Sampai bila rakyat Malaysia nak diperbodohkan?
Undang-undang penggubahan wang haram negara diperketatkan dan indeks Syariah
kononnya diamalkan, sementara kerajaan melabur di pusat utama dunia untuk
penggubahan wang haram dan judi di kepulauan Cayman.
Di laut terbuka, sementara pukat tunda ajaib kerajaan
membolehkan bolos ikan yu dan pauh, ia cekap memekup ikan siakap.
Di darat pula, jerat pihak keselamatan cekap boleh
menangkap ibu yang mengambil satu peket Milo untuk anaknya yang lapar, tetapi
lambat dan leka untuk memanggil atau menangkap penasihat-penasihat kaya utama
1MDB yang telah merugikan negara RM50 bilion kerana enggan menganggu mereka
yang sedang sibuk menjamu selera juadah makanan enak yang tidak kehabisan
hidangannya.
Pukat tunda Malaysia sangat bijak dan berperikemanusiaan.
Ia memilih hanya untuk menangkap ikan kecil kerana ikan besar masih belum puas hidup di bumi Malaysia ini.
Mereka masih belum cukup kenyang menjamu selera. Inilah
al-kisah Malaysia, tanah airku!
No comments:
Post a Comment