Monday, April 25, 2016

Gara-Gara ‘Gali Telaga Elak Bil Air Naik’, Menteri Arab Kena Pecat!


Silap pemimpin Arab Saudi ini tidak belajar silat dengan sebahagian menteri kita di Malaysia.

Dia mungkin pandai berperang menggunakan pedang bengkok dan menaiki kuda sahaja. Sedangkan silat boleh pusing empat penjuru. Sesetengahnya terbang pun boleh.

Kerana itu, apabila tidak dapat menjawab dan mengelak daripada isu kenaikan harga barang, dia jatuh kuda tertiarap.

Memburukkan keadaan,  gesaannya supaya rakyat mendapatkan permit untuk menggali telaga mereka sendiri selepas berdepan dengan aduan rakyat mengenai peningkatan bil air, dianggap jawapan bodoh.

Kalau di Malaysia, ‘silat’ ini dianggap pendapat bernas dan wajar disokong oleh rakyat!!!

Kelmarin dan semalam kecoh di negara-negara Arab sekarang apabila Raja  Arab Saudi memecat menteri air dan elektrik negara itu, Abdullah al-Hussayen, susulan kemarahan orang ramai berhubung kenaikan harga barang.

Raja Salman mengeluarkan perintah tersebut pada hari Sabtu mengarahkan pemecatan dan jawatan tersebut akan dipangku buat sementara waktu oleh Menteri Pertanian, Abdel Rahman al-Fadli, lapor agensi berita rasmi SPA.

Penyingkiran datang selepas kerajaan mengurangkan subsidi elektrik, air dan perkhidmatan lain.

Mac lalu, Arab News melaporkan bahawa Hussein menggesa rakyat untuk mendapatkan permit untuk menggali telaga mereka sendiri selepas berdepan dengan aduan rakyat mengenai peningkatan bil air.

Awal bulan ini,  ahli Majlis Syura negara itu dilaporkan turut tidak yakin dengan penjelasan Hussayen dan pegawainya berhubung isu tersebut.

Pada bulan Disember, beberapa siri pembaharuan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini diguna pakai dalam kerajaan yang terjejas teruk akibat kejatuhan mendadak harga minyak dunia sejak dua tahun lalu.

Pemangku Raja, Mohammed bin Salman dijangka akan membuat pengumuman pada 25 April berhubung program mempelbagaikan ekonomi negara itu yang bergantung 70 peratus kepada minyak sebagai hasil negeri.

Di luar negara, menteri bodoh kerana pecat, di Malaysia?

Sumber - Gulf News, Arab News dan Sinar Harian

No comments: