Monday, April 18, 2016

Dr Abdul Latif kata Tun Dr M ‘Jeneral Syaitan’…Benarkah???


Saya tidak percaya sama sekali apabila Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dikatakan mengibaratkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘syaitan’, lebih jauh ‘Jeneral Syaitan’.

Setidak-tidaknya dua blog membuat tuduhan itu apabila meletakkan tajuknya ‘Tun M Ibarat Seperti “Jeneral” Syaitan – Latif Ahmad’

Amat sedih apabila mahu mengkritik tetapi menggunakan sumpah seranah dengan menggelarkan bekas pemimpin negara yang terbilang itu sebagai ‘jeneral syaitan’.

Pernah sebelum ini digelar Mahafiraun dan sebagainya oleh pembangkang tetapi rasanya ‘Jeneral Syaitan’ ini digelar oleh penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Apakah wajar dan benarkan Dr Abdul Latif berkata sedemikian?



“Apa yang diperkatakan Latif Ahmad mengenai gangguan syaitan ini adalah benar.... Syaitan juga mempunyai pangkat seperti mana manusia biasa mempunyai pangkat dalam pekerjaan.

 “Sebagai contoh, kita lihat sifat 'syaitan' yang ada dalam diri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad... Mahathir kini telah menyerap sifat-sifat syaitan didalamnya... Mahathir juga boleh diibaratkan sebagai 'Jeneral' syaitan!!!

Kenapa Mahathir diibaratkan sebagai 'Jeneral' syaitan?? Korang lihat lah sendiri apa yang dilakukan Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan parti Melayu terbesar, Umno.

Mahathir sanggup memfitnah Najib mengenai dana RM2.6 bilion dengan menggunakan media luar negara untuk memburukkan imej Najib sebagai Perdana Menteri.... Sedangkan serangan yang dilakukan beliau terhadap Najib, demi perjuangan politiknya mahu menjadikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir Perdana Menteri yang seterusnya.

Tindakan bersengkokol Mahathir ini memang merupakan satu sifat ‘syaitan’… Syaitan tidak akan mengalah dan sanggup berbuat apa saja, asalkan mangsa mereka tewas…. Jadi, tak salah jika dikatakan Mahathir ini ibarat syaitan yang suka menjahanamkan umat!!”

Jika tidak benar, nafikan segera wahai Dr Latif Ahmad kerana anda seorang yang berpendidikan agama dan tidak pernah sekali pun sebelum ini memfitnah atau  menggelarkan seseorang dengan gelaran buruk seperti ini.

Lagipun Tun Dr Mahathir adakah bekas bos anda! 

No comments: