Tuesday, December 30, 2008

SAPP WUJUD "GELOMBANG POLITIK" PADA TAHUN TIKUS


Oleh Newmond Tibin


Bernama (29 Disember 2009)
Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar daripada campuran Barisan Nasional (BN) pada 17 Sept menyuntik sedikit keseronokan dan drama ke dalam siri gelombang politik di Sabah pada Tahun Tikus ini (2008).

Parti itu keluar daripada BN, tiga bulan selepas ia mengisytihar hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi, yang mencetuskan spekulasi bahawa ia akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwaan bahawa wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai PR.

Masa pengumuman itu dibuat oleh Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, juga menimbulkan sedikit perasaan pelik tetapi menarik bukan hanya bagi penduduk Sabah malahan semua rakyat Malaysia kerana ia berlaku sehari selepas banyak diperkatakan mengenai kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional pada 16 Sept lalu.

16 Sept bersempena dengan tarikh penubuhan Malaysia, sebuah kesatuan besar yang termasuk Sabah dan Sarawak di mana wakil rakyat kini memainkan peranan penting dalam survival BN dalam arena politik.

Dalam kewajaran keputusan SAPP, Yong mendakwa Sabah selama ini kekurangan termasuk royalti minyak dan memperbesar-besarkan deklarasi lapan perkara untuk mencapai hasrat itu.

Apa yang dilihat sebagai satu drama, bekas timbalan presiden SAPP Datuk Raymond Tan Shu Kiah -- yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk meninggalkan BN -- membongkar "rahsia politik" bahawa Yong sebenarnya tidak berpuas hati apabila tidak ada kerusi tambahan diberikan kepada SAPP pada pilihan raya umum lepas.

Tan, yang memilih untuk kekal dengan BN dan terus memegang jawatan kabinet negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur, dikatakan dalam proses untuk menubuhkan sebuah parti baru yang akhirnya akan memohon menyertai campuran BN.

SAPP yang keluar daripada BN, yang sedikit membayangi kemenangan BN pada pilihan raya negeri lepas, dengan memenangi 59 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan yang dilihat sebaliknya sebagai satu peristiwa tahun penting untuk Sabah, dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu.

Pengundi di negeri ini memberikan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang mengetuai BN untuk kembali berkuasa, dengan kemenangan besar pada pilihan raya negeri ini, hanya tewas kerusi Sri Tanjung kepada DAP tetapi pada masa yang sama merampas semula kerusi Kuala Penyu yang menyaksikan BN berkuasa pada pilihan raya negeri 2004.

Kejayaan BN untuk memenangi 24 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah menjadikan kemenangan ini lebih bermakna, membuatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Sabah sentiasa menjadi "simpanan tetap" untuk BN.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sabah kerana memberikan percayaan kepada kita sekali lagi," Musa dilaporkan berkata selepas membuat pengumuman keputusan pilihan raya 8 Mac.

Seminggu selepas SAPP keluar daripada BN, satu lagi parti komponen BN -- Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) mengancam untuk mengkaji kedudukannya dalam BN, menyemarakkan lagi keadaan politik di negara ini dengan sedikit spekulasi bahawa UPKO mungkin mengikut jejak langkah SAPP.

UPKO dilihat tidak gembira dengan cara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengendalikan nasib Yong Lee Hua, 78, daripada kaum Sino-Kadazan, yang diberikan kad pengenalan merah bertaraf penduduk tetap apabila beliau menukar kad pengenalan birunya yang hilang di sebuah supermarket di Penampang tahun lepas.

Bagaimanapun, masalah itu segera ditangani dalam cara BN apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar membuat lawatan mengejut ke pejabat JPN negeri dan memberikan semula Mykad kepada Yong serta mengumumkan pelantikan seorang kakitangan awam tempatan yang kanan Abdul Jaffear Henry sebagai pengarah JPN negeri, berikutan aduan dakwaan tidak cekap dan masalah dalam pengeluaran MyKad.

UPKO juga membuat tarikan politik dengan membantah pembinaan saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu oleh penduduk Sabah tetapi apabila presidennya Tan Sri Bernard Dompok membangkitkan isu ini pada mesyuarat kabinet persekutuan, satu keputusan dicapai untuk meneruskan pembinaan saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu, tetapi hanya gas yang akses sahaja akan disalurkan ke Sarawak.

Kabinet persekutuan juga bersetuju untuk mewujudkan industri petrokimia sepenuhnya di Sabah menggunakan gas dan minyak, menjadikan isu ini sudah berakhir.

Perkara penting berlaku pada tahun ini ialah keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 8 Sept yang mengisytiharkan pemilihan Tan Sri Joseph Kurup daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebagai Anggota Parlimen Pensiangan adalah batal dan tidak sah.

Petisyen difailkan Danny Anthony Andipai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga calon bagi kerusi itu. Beberapa hari selepas keputusan itu dibuat, cakap-cakap mengenai persediaan kemungkinan satu lagi pilihan raya kecil diadakan di Pensiangan oleh PKR dan BN akan menguasai berita dalam media tempatan.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil itu hilang begitu sahaja, empat hari selepas Kurup memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tersebut.

Pada ketika itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan berkata bahawa Mahkamah Rayuan hendaklah memutuskan kes ini dalam masa enam bulan dari tarikh rayuan itu dibuat.

Sungguhpun rayuan itu belum didengar, "perjuangan" di kawasan pilihan raya tersebut untuk memenangi hati dan jiwa pengundi di Pensiangan -- kubu kuat BN, telah berjalan secara kecil-kecilan.

Apabila Anwar datang ke Sabah pada 21 Nov lepas, isu pilihan raya kecil Pensiangan timbul semula dan penasihat PKR itu, yang optimistik untuk merampas kerusi tersebut daripada BN, berkata parti berkenaan akan pasti meletakkan calonnya jika pilihan raya kecil diadakan.

Sekurang-kurangnya ada dua nama -- Andipai dan naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan menentang BN.

Mengenai pembangunan, Musa berkata Sabah menerima peruntukan yang banyak daripada kerajaan persekutuan termasuk RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Koridor Pembangunan Sabah sebanyak RM2.3 bilio

Sunday, December 21, 2008

NIK AZIZ SUDAH HILANG ‘KERAMAT’

Kebimbangan mula terpancar bahawa cakap Nik Aziz tidak lagi laku.
Cakap beliau yang sebelum ini dipatuhi dalam PAS tidak lagi ‘keramat’. Golongan muda dalam PAS pun sudah mempertikaikan cakap dan pandangannya!

Menurut penulis menggelarkan dirinya, allahummahdina, Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh bersuara apatah lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Pemuda PAS Terengganu juga boleh bersuara dan sesiapa saja boleh mencalonkan sesiapa. Lagi banyak lagi elok sehingga tapisan dapat dibuat dengan lebih berhati-hati.

Tapi saya merasakan Tuan Guru boleh mencalonkan Mat Sabu di atas lidah pesuruhjaya PAS Kelantan bukannya kenyataan peribadi. Agak2nya apakah kesan bila beliau bercakap atas dasar pandangan peribadi.

Bagi saya pertamanya, musuh boleh memainkan isu apabila keputusan memilih calon bukannya Mat Sabu. Mereka akan berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah dibelakangkan. Sudah ada yang yang mahu mengikut Tuan Guru Nik Aziz tanpa melihat reality.

Sedangkan sebagai orang Islam yang matang kita mengambil pendapat mengikut hujah dan syura dalam perkara tiada nas. Kita boleh mengikut imam Syafei atau Hanafi dan lain lain. Begitulah juga dalam perkara ini.

Menurut postingnya kepada tranungkite bertajuk ‘Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz memilih Mat Sabu’ pada Khamis 11 Disember lalu, beliau menyatakan, keduannya kalaulah Mat Sabu jadi calon lalu menang Mat Sabu. Ia boleh menjadi ancaman akidah kepada orang2 yang fanatik kepada Tuan Guru Nik Aziz. Mereka akan berkata kita menang kerana ikut cakap Tuan Guru Nik Aziz.

Mereka lupa bahawa yang memenangkan mereka ialah Allah. Tidakkah tentera Rasul saw kalah pada perang Hunain kerana mereka merasakan mereka kuat. Mereka tidak akan dikalahkan lagi. Mereka lupa untuk bergantung kepada Allah taala. Begitulah juga apa yang berlaku pada zaman sahabat ra. Tidakkah Saidina Umar ra telah memecat Khalid ra kerana bimbang orang akan berkata Islam menang disebabkan Khalid bukannya pertolongan Allah. Saya harap perkara ini tidak berlaku keatas penyokong dan pendokong PAS.

Ketiganya kalaulah Mat Sabu kalah bertanding akan ada orang yang berkata kamu kalah kerana kamu tak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sedangkan kekalahan itu kerana tentera kita yang kurang bersedia menghadapi musuh atau tak tahu membaca musuh atau mungkin ianya tapisan Allah bagi memantapkan lagi perjuangan ini. Bukan sebab tak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saya harapkan segala tentera kita yang pergi berperang di jalan Allah di Kuala Terengganu nanti sentiasalah dipermulaan, dipertengahan dan di akhiran langkah membasahkan lidah mereka dengan zikir2, doa2, solat malam dan yakin pada pertolongan Allah taala.

Jadi kesimpulannya jangan ambil Mat Sabu kerana Tuan Guru sudah mencadangkannya di kalayak umum dan satu lagi kepada Mat Sabu tolak jelah tawaran untuk menjadi calon prk kerana beramal dengan kaedah feqh sadduz zara i’.

Segala yang baik sama2lah kita bersyukur dan mana2 kesalahan sama2 kita beristighfar.

Friday, December 19, 2008

AHMAD SAID MARAH BERSEBAB

(Rakyat Malaysia – hambali1.blogspot.com)

Ahmad Said bukan mudah marah. Kalau dia marah mesti bersebab. Dan selalunya Ahmad Said lepas marah atau menegur, akan tenang dan baik kembali.

TV3 walaupun stesen yang sudah menjangkau lebih dua dekad, tidak semesti tidak berbuat salah. Apalagi jika wartawan di lokasi itu masih baru dan cuba mensensasikan sedikit berita, sesuai dengan jiwa TV3 itu sendiri yang beberapa ketika sebelum ini turut berslogankan sensasi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, benar-benar marahkan TV3 semalam, malah sehari sebelum itu dia sudah ‘bengang’ kerana kesilapan fakta laporan stesen berkenaan terhadap apa yang dicakapkannya.

Ahmad Said naik angin kerana slot Buletin Utama stesen penyiaran swasta milik Media Prima itu mengatakan kononnya beliau membuat kenyataan bahawa tiga anak syarikat kerajaan Terengganu iaitu Golden Pharos Berhad, Permint Sutera Semai Sdn Bhd dan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd akan ditutup.

Berita ini jauh menyimpang daripada apa yang dicakapkan oleh Ahmad Said. Llaporan-laporan akhbar, malah Bernama sendiri yang menjadi rujukan wartawan berkenaan tidak melaporkan sedemikian.

Bayangkan, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikatakan akan ditutup – haru birulah jadinya di Kuala Lumpur.

Pekerja jadi resah, pembiaya panik tak terkata dan seluruh pihak – individu, syarikat atau kumpulan – jadi tidak menentu walaupun ‘tidak percaya’ syarikat-syarikat berkenaan akan ditutup.

Berikutan itu beliau membidas TV3 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam kerana menyiarkan laporan tidak tepat.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Terengganu itu menegaskan bahawa Ahmad cuma menyebut beberapa contoh anak syarikat yang mengalami kerugian dan menyatakan bahawa kemungkinan anak syarikat yang tidak menghasilkan keuntungan untuk jangka masa yang terlalu lama akan ditutup.

Beliau tidak pun merujuk kepada mana-mana syarikat, apa lagi Golden Pharos Berhad.
TV3 pun buat apa nak pertahankan laporan yang silap. Yang menulis berita itu silap mensensaikan yang sepatutnya ‘berita bisnes’ sedemikian, tulis secara biasa – hard news - sudahlah.

Mintalah maaf kepada Ahmad Said, ini tidak. Dalam Buletin malam semalam, Nampak sangat TV3 masih cuba mempertahankan laporan yang silap itu.
Manusia ada kelemahan dan kelemahan kepada wartawan TV3 ialah dia masih baru dasn sebelum ini pun hanya ‘stringer’ Harian Metro sahaja.
Jangan sampai kes ini berjela-jela. Hubungan baik TV3 dan Kerajaan Negeri perlu dikekalkan.

Ahmad Said tu Nampak keras tetapi percayalah hatinya lembut. Sama-samalah melakukan yang terbaik – yang berbuat khilaf mintalah maaf kepada yang sudah teranianya itu. Lainlah kalau TV3 ada agenda sendiri!

Saya tidak yakin TV3 ada agenda sendiri kerana TV3 ada peranannya sendiri untuk membantu kerajaan – Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Berikutan laporan itu, Menteri Besar itu turut mendakwa ada individu di negeri itu yang menggunakan stesen televisyen swasta itu untuk memburukkan nama beliau.

Katanya stesen televisyen swasta itu mempunyai niat jahat terhadap beliau termasuk semasa krisis pelantikannya sebagai Menteri Besar dahulu.

"...dan semalam TV3 menyiarkan berita yang menyatakan saya akan menutup Golden Pharos (anak syarikat kerajaan terengganu). Ini yang buat saya sedih. TV3 buat saya macam itu mungkin dia ada agenda," katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) mengenai kedudukan anak syarikat kerajaan negeri.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal, berkata bahawa semasa krisis pelantikannya sebagai Menteri Besar, TV3 menyiarkan berita bahawa beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Mula-mula dia siar berita Majlis Penasihat Pemangku Raja keluar kenyataan Ahmad Said dipilih sebagai Menteri Besar Terengganu. Kemudian, dalam berita akhir, TV3 keluar berita Adun Kijal disiasat BPR.

"Dua hari selepas Majlis Tertinggi Umno mengesahkan saya Menteri Besar Terengganu, TV3 keluar lagi berita-berita mengenai saya.
“ Saya beri amaran, jika keluar lagi berita memburukkan saya, saya akan saman TV3," katanya.

Jelas, Ahmad Said sudah tidak boleh sabar. Kata orang dah sampai ke hidung!
Selain itu Ahmad Said berkata beliau mendapat tahu ada individu di Terengganu yang menyalurkan maklumat kepada TV3 untuk disiarkan bagi memfitnahnya.

"Saya tidak mahu bertindak sekarang. Tetapi jika terpaksa, saya akan bongkarkan satu persatu, tidak kira siapa. Saya tegaskan di sini, sesiapa yang melakukan penyelewengan di bumi Terengganu, saya akan bertindak," katanya.

Saya sangat bersetuju dengan rakan saya Mohd Sayuti Omar (MSO) apabila beliau mengulas dalam postingnya “Belas Hati Dengan Nasib Dialami MB Terengganu” dengan mengatakan, bahawa hal begini sudah biasa sebenarnya. Makanya Ahamd Said tidak payah risau, sedih dan sebak dengan keadaan itu.

Apa yang penting lakukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Allah tahu apa yang baik dan ia tidak payah pun diheboh-hebohkan. Lagipun Ahmad Said adalah MB Terengganu bukannya MB Umno!

Bagi Sayuti, “apa yang mengagumkan saya tatkala mendengar ulasan Ahmad di DUN Terengganu seperti mana yang disedut oleh TV3 sekejap tadi (semalam) apabila beliau tekad, tidak rela dan tidak reda penyelewengan berlaku di Terengganu.”

Saya menghormati dan tabik kepada Ahmad Said apabila menegaskan tidak akan peduli kepada pennghinaan ke atasnya dan akan bertindak mendedahkan sesiapa juga melakukan penyelewengan.

Saya yakin dengan sikap Ahmad Said dan tidak perlu risau beliau tidak akan mengotakan kata-katanya. Lebih baik bertegas dan tidak popular dari kalangan media. Yang penting melakukan sesuatu yang memberikan keuntungan kepada rakyat dan rakyat Terengganu pasti akan senang dengan Ahmad Said.

Jika ini dilakukan, inilah kekuatan sebenar Ahmad Said!

Friday, December 12, 2008

GAGASAN 75%....

Oleh IkangDukang (tranungkite.net)

12 Disember 2008

Hakikat politik demokrasi menentukan majoriti menguasai minoriti. Dalam sesebuah negara, sekiranya sesebuah parti itu menguasai DUN atau Parlimen dengan 51% kerusi bermakna parti tersebut akan menerajui pemerintahan dan pentadbiran negeri atau negara. Mereka juga boleh melaksanakan dasar-dasar, anutan dan kefahaman serta idealisma-idealisma perjuangan mereka.

Parti Gerakan pernah mengadakan kempen untuk menggalakkan bangsa Cina melahirkan anak yang lebih ramai setelah mereka menyedari pertumbuhan penduduk berbangsa Cina semakin menguncup.

Senario semasa menunjukkan bangsa Cina lebih suka mempunyai bilangan anak yang sedikit iaitu antara 2 hingga 3 orang. Mereka lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Impak dari sikap ini telah menyebabkan peratusan bangsa Cina di Malaysia semakin menurun dari setahun ke setahun.

Di kalangan orang Melayu pula, kita lebih suka kepada bilangan anak yang ramai dengan purata 6 orang sekeluarga. Sayangnya kita menderitai kuantiti yang tidak berkualiti. Mengikut bancian pada tahun 2000, umat Islam di Malaysia ialah sebanyak 60.4% dari 24 juta penduduk.

Faktor bilangan anak ini sangat besar ertinya dari sudut politik demokrasi. Sebab itulah Almarhum Tunku Abdul Rahman pada awalnya berat untuk menerima kemasukan Singapura ke dalam Malaysia kerana dengan kemasukan itu bilangan penduduk Cina akan melebihi bilangan bangsa Melayu. Dengan bilangan bangsa yang ramai, bangsa Cina dapat menguasai Singapura.

Dengan faktor yang sama Pulau Pinang dikuasai oleh Gerakan dan MCA walaupun satu ketika bilangan kerusi UMNO dominan di Pulau Mutiara itu. Cuba kita perhatikan besarnya kesan komposisi bangsa/anak yang ramai.

Antara perancangan yang hendak digagaskan di sini ialah menolak amalan merancang keluarga yang melibatkan kelahiran anak. Setiap ibu bapa muslim mestilah berazam atas dua perkara demi mendaulatkan Islam.

Berazam melahirkan seramai mungkin anak. Elakkan daripada mengamalkan perancang kelurga dan sentiasa berfikir positif dengan bilangan anak yang ramai.

1. Mengkualitikan anak dengan didikan agama yang kukuh, berilmu dan berjatidiri. Insafi gejala-gejala negatif dalam anak-anak bangsa kita.

2. Selain itu kita hendaklah menggalakkan pemuda-pemudi Islam berkahwin pada lingkungan usia yang ideal iaitu antara 24 hingga 27 bagi pemuda dan 21 hingga 24 bagi pemudi. Pemuda-pemudi Islam tidak sewajarnya melewat-lewatkan hasrat berumahtangga kecuali atas sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Perkahwinan yang cepat dapat merealisasikan gagasan-gagasan di atas.

Satu lain jalan kita ialah menyebarkan agama Allah dengan lebih berani. Kita memuji langkah yang diambil oleh Tun Dato’ Mustafa (USNO) Sabah dahulu yang menyebarkan Islam kepada kaum peribumi Sabah dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya wujud sebuah NGO muslim yang berperanan khusus untuk berdakwah di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Namun individu muslim juga patut bersuara dan bercakap sepatah dua tentang Islam kepada rakan-rakan sekerja. Kita kagum dengan para pemain bolasepak yang berjaya membawa pemain bukan muslim dan pemain import menganuti agama Islam. Orang bola mampu buat, kenapa orang lain berdiam?

Kita mahu dalam masa mungkin 20 atau 30 tahun lagi umat Islam menguasai sekurang-kurangnya 75% daripada bilangan pengundi di negara kita. Gagasan ini hendaklah disebarluaskan kerana ia tidak mungkin diperkatakan secara langsung oleh pemimpin kerana mungkin ia membawa implikasi politik atau prejudis antara kaum.

Kalau kita mahu mengembalikan ketuanan Islam dan mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini, maka ini mesti dihayati oleh setiap muslimin dan muslimat sebab kita telah memilih demokrasi. Sikap acuh tak acuh kita terhadap gagasan ini memungkinkan kita terus berputih mata suatu hari nanti. Kita tidak mahu ‘sejarah Singapura’ berulang kembali pada zaman anak cucu kita. Jangan kita pusakakan ‘sejarah Singapura kedua” untuk mereka.

Thursday, December 11, 2008

JANGAN CEPAT MENGHUKUM

Salah satu kelemahan kita orang Islam ialah menghukum bukan Islam sebagai bodoh dan jahil apabila tidak kaitkan sebarang kejadian dengan Allah s.w.t.

Kita sudah maklum, bukan Islam banyak menggunakan logik akal dan semestinya itulah didahulukan.

Walaupun kita menyedari ia segala-galanya kerana Allah, apakah faktor manusia turut menjadi faktor tertimbusnya n14 banglo di Bukit Antarabangsa?

Kenapa tidak kita memperluaskan sedikit pemikiran kita dengan menerima pandangan mereka sebagai bukan-Islam dan kita pula mengambil iktibar ‘hukuman Allah’ itu.

Kepada edyesdotcom, berhati-hatilah kerana orang Islam melihat kepada peribadi dan tindak tanduk kita untuk menarik mereka bukan melalui cemuhan dan penghinaan terhadap mereka.
Apapun saya perturunkan sepenuhnya apa yang ditulis oleh edyesdotcom.

Lagi Kenyataan Bodoh Menteri KPKT : Bukan Kecuaian Manusia ?

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&new_topic=1Oleh edyesdotcom

(tranungkite.net, 11 Dis 2008) KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kejadian tanah runtuh sehingga mengakibatkan 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu bukan berpunca daripada kecuaian manusia. Beliau berkata, kejadian itu sebenarnya disebabkan hujan yang berpanjangan.

"Jika ia disebabkan kecuaian manusia, ia akan memberi kesan yang lebih cepat iaitu dalam dua tahun selepas pembangunan dilaksanakan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini.” Berita Harian


edyes wrote: Jika bukan kecuaian manusia, kecuaian siapa wahai Ong Ka Chuan? Bukan chipanzi yang buat bungalow atas Bukit Antarabangsa, bukan juga beruk khairy.

Wahai menteri yang bertanggungjawab, tolonglah memberi respon yang bijak. Walaupun bukan Ong Ka Chuan yang meluluskan sebarang projek di sana, tetapi bukanlah bermakna boleh bagi menteri KPKT menuding jari menyalahkan alam.

Bagaimana tanah itu sliding? salah sistem perparitan?? atau salahkan bukit?

Bagaimana rumah-rumah bungalow itu terjual? Salahkan pembeli?? Atau pemaju?

Bagaimana pula hutan bertaraf reserved itu boleh ditarah? Bagaimana pula Bukit Antarabangsa diteres-tereskan??

Siapakah yang meluluskan CF untuk bungalow di lereng bukit? Siapa pula yang meluluskan pembangunan di kawasan cerun??

Siapakah yang boleh jawab persoalan-persoalan di atas? atau boleh saya katogerikan sebagai kecuaian manusia?

Hanya rasuah sahaja yang membenarkan pembinaan halal menjadi haram. Rasuah menghalalkan yang haram !

Projek diluluskan di atas meja, dalam masa yang sama sejumlah wang juga berpindah tangan di bawah meja. Siapa yang boleh bangkang kata-kata ini? Siapa yang boleh nafikan akan rasuah yang berlaku ini??

Tidakkah mereka-mereka ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa Highland Tower? Ketamakkan manusia melebihi kehendak alam. Mengapa alam pula dipersalahkan?

Manusia pula cuba mengelak daripada dikatakan lalai.


Ingin saya tegaskan, sekiranya kejadian tanah runtuh ini hanya melibatkan mereka2 yang membeli rumah sana sahaja, itu tak jadi masalah kerna risiko itu harus ditanggung mereka.

Tetapi dikhuatiri ia menjejaskan pula rumah-rumah yang berada di bawah bukit. Dek kerana kekayaan mereka, dek kerana kerakusan mereka, orang lain yang tidak bersalah pula menjadi mangsa. Amat saya takuti, gelinciran tanah itu menimpa pula rumah-rumah kos sederhana yang berada di bahagian bawah pula.


Kononnya bukan kecuaian manusia. Kecuaian haiwan??

Wednesday, December 10, 2008

OH SEDAPNYA...

Bacalah, bacalah, bacalah...kemudian fikir

Cerita Sebenar - Mengapa Khalid Samad di Pecat Dari TPJ Selangor

Oleh Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/

Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk mengesahkan beberapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. Pada masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah memberi gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempoh hari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.

Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahawa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang

Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. Cumanya, isu pembentangan WPS yang 100% negatif itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.

Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.

Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat di mana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.

Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah menggagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

Hasilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.

Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau menggagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.

Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.

Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor

Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya:
a. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor;
b. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari di kalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut;
c. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% Melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor;
d. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri;

Gerakan Anti-Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.

Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.
PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri daripada bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.

Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980-an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.

Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja

Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti-Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.

Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO. .

http://www.malaysiawaves.com/