Saturday, November 21, 2009

ANWAR DAPAT JEMPUTAN PENGGANAS CHIN PENG?

Daripada The Unspinner























Gambar dari Rocky Bru

Di atas adalah surat jemputan dari pembunuh rakyat Malaysia, iaitu pengganas komunis Chin Peng kepada Anwar dan PKR melalui Setiausaha Agong untuk satu perayaan memperingati di Lee Garden Hotel, Hadyai, Wilayah Songkla Thailand pada pukul 4 ptg ke 8:30 malam Isnan November 30hb.

Adakah Ronnie Liu dan DAP turut dijemput?

Atau mereka adalah sama2 menganjur? Kita difahami bahawa tiga orang ahli DUN DAP Perak telah pergi ke Songkla untuk menziarahi Chin Peng pada Ogos 31hb 2009. Ahli-ahli DAP Perak lebih rela melawat pengganas Chin Peng dari bersama-sama dengan kerajaan yang ada Perak untuk menyambut merdeka.

Chin Peng sedang menyaman kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan dia masuk ke dalam Malaysia. Menurutnya perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand mewajibkan kerajaan Malaysia menerimanya kembali.

Sesuatu yang tidak diperjelaskan Chin Peng adalah perjanjian tersebut ada menyebut penerimaan masuk ke Malaysia adalah atas budi bicara dan keizinan kerajaan Malaysia.

Sementara itu, aktivis cauvanis Cina sedang memberi tekanan kepada kerajaan supaya memaafkan Chin Peng dan menerimanya kembali. Jika demikian, mengapa pula mereka memaksa dengan menyokong saman Chin Peng? Mereka juga sedang menyaman kerajaan British di atas peristiwa masa perang menentang pengganas komunis.

Parti Komunis Malaysia lahir dari gerakan Bintang Tiga atau MPAJA yang merupakan pengganas yang telah membunuh ramai orang Melayu dalam masa dua minggu selepas Jepun menyerah dan British kembali.

Bintang Tiga lahir dari persetujuan tiga pihak Cina Komunis, Cina Kuomintang dan British untuk melawan menentang Jepun. Bintang Tiga dan Parti Komunis ini yang dituntut cauvanis-cauvanis Cina supaya diakui sebagai pejuang kemerdekaan. Sebenarnya mereka adalah kumpulan rasis yang sebaik pulang Jepun, menyerang masuk istana-istana mahu membunuh Raja-Raja Melayu untuk menguasai Tanah Melayu (Malaya).

Agenda cauvanis ini masih kekal hingga hari ini. Modus operandi untuk mengacau bilau negara dan mempersoalkan segala-gala institusi, undang-undang dan pihak berkausa, terumata melibatkan Melayu dan Islam adalah modus operandi komunis. Ini yang diguna DAP.

Ini juga cara yang digunakan Anwar gila kuasa hingga sanggup bersekongkol dengan kuasa Judeo Christian Israeli-Anglo-Ameican serta ajen komunis dan cauvanis DAP. Jemputan ini menunjukkan Anwar tidak menghargai pengorbanan askar-askar dan pejuang-pejuang kita.

No comments: