Saturday, November 14, 2009

TUNAI HAJI & LANTIK MENANTU


















Oleh YB Hamidah Osman

Rasuah Yang Halal Boleh di Terima ?

1. Kos pembiayaan menunaikan haji yang melebih RM400,000 melalui TH Travel melibatkan Nik Aziz dan isteri, Arif Fahmi dan isteri, Setiausaha Sulit Nik Aziz dan Nordin serta isterinya. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pembiayaan haji Nik Aziz dan keluarganya itu bagi setiap orang ialah sebanyak RM65,000 di biayai oleh Nordin Awang.

2. Nordin Awang yang merupakan pemilik syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd, merupakan seorang ahli perniagaan. Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan. Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz)

3. tidakkah pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz sendiri .

4. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah pun pergi haji tahun ini tapi pekej beliau hanya RM23,000 sahaja berbanding mereka RM65,000

5. Mereka cuba mengalihkan perhatian apabila mula menyebarkan cerita kononnya isu pembiayaan haji ini didalangi oleh UMNO dan BN. Apakah mereka ingin mengatakan bahawa menantu Nik Aziz adalah dalang UMNO dan BN

6. Kelmarin beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyoal menantu beliau, Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam perbadanan tersebut.

7. Pegawai Perhubungan Korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi syed Abdul Aziz bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

8. Untuk Rekod, PMBK diketuai oleh MENANTU NIK AZIZ, Mohd Ariffahmi Abd Rahman dan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah blogger kickdefella.

9. si Menantu NIK AZIZ ini memecat Syed Azidi kerana dia dipercayai telah membuat laporan kepada SPRM berkenaan salah laku di PMBK.

10. TENGOK!! PAS pun sekarang pandai buat dosa, sebab fatwa dosa pahala serta tiket ke syurga dia yang pegang. Dunia apa nak heran, sebab sementara saja, yang penting akhirat sana. Tapi PAS lupa, sebelum ke Akhirat di dunia pun ALLAH SWT akan membalas segala salah lakunya.

11. Kesimpulan; Ayah sekeluarga tunai haji RM 65 000 (seorang dengan catatan masih ramai rakyat Kelantan yang miskin ) + Melantik menantu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) = Kronisme + Rasuah.

Kak Midah
Singapura
(kerana ini amalan Ulamak Pas maka tidak mengapa dan dibolehkan, asal duit halalkan )

No comments: