Thursday, October 21, 2010

MUDAHNYA – TAWAN BANGUNAN ZAID IBRAHIM SEPERTI TAWAN PUTRAJAYA?

"Kalau ukuran logik diambil kira, sepatutnya yang hilang maruah ialah Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu kerana pemimpin atasan PKR seperti Zaid menyerahkan bangunan tersebut kepada pemuda PAS untuk digunakan. Dengan reputasi sebagai bakal Timbalan Presiden PKR, justifikasi Zaid menyerahkan bangunan tersebut untuk dioperasikan oleh pemuda PAS perlu dipersoalkan AMK Kota Bharu."


Tawanlah apa sahaja milik Datuk Zaid Ibrahim. Kalau mahu pejabat peguamnya di Bandar Damansara pun tidak apa.

Kenapa? Ia bukan milik UMNO atau sebagainya. Ia milik peribadi Datuk Zahid.
Cuma kadangkala termenung juga kita kerana mungkin Zaid menggunakan peluang melalui UMNO untuk membeli ‘harta’ sedemikian.

Ramai yang tahu Zaid memang menggunakan peluang ketika dalam UMNO untuk mendapatkan bisnes, termasuk menjadi peguam kepada projek perumahan mega dan sebagainya.

Tetapi jika kini Zaid merasakan dia mahu jual hartanya, itu haknya. Tidak mengapa dan jika Zaid merasakan nak bagi free pun tidak apa!

Mengejutkan juga semalam (20 Oktober 2010) apabila ada laporan mengatakan dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.

Apa simbolik sangat dengan bangunan UMNO berkenaan?

Agak dangkal pemikiran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,pada perkara ini apabila mengatakan sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi semalam. Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Nik Aziz diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.


Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi. “Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya.


Menurut sebuah blog, Pemuda PAS ini bagaikan beruk mendapat cincin, mereka bersorak gembira bila Zaid menyerahkan bangunan miliknya yang pernah menjadi pejabat UMNO Kota Bharu satu ketika dulu kepada mereka. Kita tidak hairan kenapa mereka bersorak gembira, biarlah kerana itu hak mereka.

Tapi bila mereka menyifatkan maruah UMNO tergadai kerana bangunan itu, maka tentu kita perlu bertanya kembali, apa maruah yang tergadai?

Bangunan yang diserahkan kepada Pemuda PAS semalam adalah bangunan milik Zaid, bukan milik UMNO. Kebetulan ketika Zaid memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu dan Ahli Parlimennya dalam masa yang sama, dia menggunakan kelebihan harta benda yang ada padanya untuk membaik pulih bangunan tersebut dan menggunakannya sebagai pejabat operasi UMNO.

Anehnya, yang pernah mempertikaikan kelebihan harta benda Zaid ini dulu bukan orang lain, PAS jugak.

Hanya kerana bangunan tersebut pernah menjadi bangunan UMNO Kota Bharu dibawah pimpinan Zaid, kenapa pula maruah UMNO perlu tergadai apabila Zaid sebagai pemilik bangunan menyerahkan kepada Pemuda PAS?

Kalau ukuran logik diambil kira, sepatutnya yang hilang maruah ialah Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu kerana pemimpin atasan PKR seperti Zaid menyerahkan bangunan tersebut kepada pemuda PAS untuk digunakan.

Dengan reputasi sebagai bakal Timbalan Presiden PKR, justifikasi Zaid menyerahkan bangunan tersebut untuk dioperasikan oleh pemuda PAS perlu dipersoalkan AMK Kota Bharu.

Jika Pemuda PAS boleh mengandaikan maruah UMNO tergadai hanya kerana Zaid sebagai pemilik bangunan tersebut menyerahkannya untuk digunakan mereka sedangkan justifikasi penyerahan tersebut adalah jelas (Zaid bukan lagi ahli UMNO), maka kami juga boleh mengandaikan yang sama kepada AMK Kota Bharu tapi atas fakta yang lebih berisi dibandingkan Pemuda PAS sekarang.

UMNO sebagai sebuah parti yang dikuatkan oleh lebih dari 3 juta ahli kini tidak meletakkan maruah parti kepada satu bangunan.

Perjuangan dan maruah adalah jauh lebih besar dan berharga daripada bangunan tersebut. Lagipun, bangunan yang sering dikaitkan dengan UMNO ialah bangunan PWTC di Kuala Lumpur.

UMNO bukan ditubuhkan di Kota Bharu dan bangunan tersebut yang maruah kami nak tercalar bila pemilik bangunan serah pada pemuda PAS untuk digunakan.

Lagipun Zaid bukan menyerahkan bangunan tersebut secara percuma. RM 4.5 juta yang dibelanjakan pemuda PAS untuk membeli bangunan tersebut bukanlah sesuatu yang murah.

Belum lagi dipertikaikan dari mana pemuda PAS memperolehi wang sebanyak itu? Kita tahu pemuda PAS apatah lagi pemuda PAS Kelantan tidak mempunyai elemen perniagaan yang mampu menampung pembelian tersebut. Apakah hasil kutipan melalui ceramah semata-mata mampu mengumpulkan wang sebanyak itu?

Kesimpulannya, maruah UMNO tidak terletak di bangunan yang dimiliki Zaid, oleh itu tiada apa yang tergadai seperti mana yang cuba ditunjukkan pemuda PAS.

1 comment:

matjeng said...

PAS ingat dia menang semua kerusi parlimen, dia boleh tadbir Malaysia ker?