Saturday, January 28, 2012

Aziz Bari Akan Jadi Parasit Dalam PAS, Pembangkang

Setelah hampir sebulan meletakkan jawatan sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari kelmarin mendesak supaya Menteri Besar dikenakan tindakan oleh pakatan pembangkang kerana 'menyokong' Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Nampak sangat Aziz Bari ini jenis rakus dan tidak sabar untuk mendapatkan kedudukan dalam politik.

Malah dengan tegas beliau mengatakan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai Barisan Nasional (BN)jika beliau terus menyokong (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.

Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.

Hambali Abdul Latifff semalam ada menulis mengenai bagaimana Aziz Bari cuba menaja dirinya sebagai pemimpin pembangkang dan sanggup meminta Azizan dikenakan tindakan (lihat ulasan di www.hambali1. blogspot.com ).

Amat jelas Aziz Bari jenis pelahap politik dan sikap serta warna dirinya beliau dedahkan sendiri apabila mengatakan beliau terpaksa terjun ke dunia politik kerana tiada pilihan.

Penyertaannya dalam politik adalah "terpaksa" setelah menyedari haknya sebagai ahli akademik dinafikan, selain mendapat tekanan daripada pihak tertentu.

“Saya dilatih sebagai ahli akademik, bukan dipilih untuk jadi ahli politik dalam konteks sekarang ini. Saya bukan memilih bidang profesion berpolitik itu. Saya terpaksa, seolah- olah dicampak dalam dunia politik.Saya dipaksa dan terpaksa memilih jalan politik kerana tidak boleh berfungsi sebagai ahli akademik. Orang melihat saya dan tidak boleh menerima kita memberi pandangan berkaitan perkembangan semasa di mana semuanya dianggap politik.

"Oleh itu, apa pilihan yang saya ada?
” katanya kepada Sinar Harian selepas Wacana Sinar Siri ke-10 anjuran Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.

Bagaimanapun, Aziz bersikap terbuka jika ditawarkan menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.“Spekulasi akan bertanding mana- mana kerusi akan ada kerana kini saya sudah tidak bekerja. Dalam hal ini saya terbuka dan sebagai rakyat Malaysia saya boleh buat apa yang difikirkan sesuai dan tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sudah banyak parti politik yang menawarkannya bertanding atas tiket parti masing-masing.

Katanya, beliau kini sedang meneliti parti mana yang sesuai dengan perjuangan yang hendak dibawa dalam politik.

Yang pasti Aziz Bari sudah menunjukkan belangnya dan ironinya beliau 'menyerang' pemimpin yang 'sealiran' dengan perjuangannya iaitu pergerakan pembangkang.

Lebih mengejutkan Aziz Bari dikatakan akan menyertai PAS dan orang yang beliau serang ialah pemimpin PAS.

Apakah pemimpin PAS akan menerima orang yang akan menjadi parasit kepada perjuangannya?

No comments: