Kelihatan Ahmad Husni (dua dari kiri berdiri) di belakang Najib pada pelancaran BR1M di Kuantan kelmarin. |
Cerita karut ini sengaja direka dan disebarkan!
Sedangkan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam keadaan yang safnya rapat selain bersatu dalam tindakan
Sebarang kritikan dan pandangan dijadikan cabaran untuk pentadbiran yang lebih mantap dan mendahulukan rakyat. Amat nyata berita spekulasi melalui portal berita berkenaan sudah diketahui awal-awal tujuan jahatnya itu.
Dalam laporan portal berita The Malaysian Insider 19 Februari 2014 lalu, sumber-sumber UMNO dipetik sebagai berkata bahawa dua menteri yang berhasrat untuk meletakkan jawatan itu, seorang daripadanya bertanggungjawab dalam portfolio kewangan.
Usaha dikatakan sedang dibuat untuk mencari pengganti yang sesuai untuk kedua-duanya, tetapi portal itu tidak menamakan mereka.
Khabar angin kononnya Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan meletakkan jawatan disebarkan untuk menunjukkan ada ‘pemberontak’ dan perbuatan perbuatan pemberontakan dalam Kabinet Najib.
Perbuatan sebegini merosakkan nama baik negara seolah-olah pentadbiran Najib lemah dan tidak mampu memerintah negara.
Menurut The Malaysian Insider, dua menteri UMNO sudah menunjukkan mereka mahu keluar daripada Kabinet menjelang rombakan pada Jun, membayangkan peningkatan kejengkelan terhadap tanggapan tiada arah tuju dalam kerajaan, kata sumber dalaman parti.
Kata portal berita itu, sekurang-kurangnya membabitkan seorang menteri dalam pasukan ekonomi Putrajaya, yang berdepan dengan isu potongan subsidi, konsesi kenderaan import dan rundingan pakatan perdagangan Pacific Rim
“Mood di Putrajaya muram. Sekurang-kurangnya dua menteri mahu cepat keluar daripada kerajaan Najib,” kata seorang ahli politik UMNO kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pencarian untuk menggantikan tempat itu kini bermula tetapi kekurangan bakat.
Kita mempunyai sedikit sangat menteri atau ahli politik yang berkelayakan,” demikian dilaporkan portal berkenaan kononnya memetik sumbr dalaman parti (parti mana?)
Ahmad Husni merupakan salah seorang daripada dua menteri daripada UMNO yang dikatakan akan meletak jawatan pada rombakan Kabinet akan datang.
Ahmad Husni menegaskan beliau merupakan seorang yang sukakan cabaran dan kerjayanya. "Tak ada begitu...saya tak tahu bagaimana (khabar angin) itu muncul," katanya kepada pemberita pada Khamis lalu.
Beliau berkata jawatan seorang menteri Kabinet diperlukan demi memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran di negara ini.
Oleh itu katanya, tanggungjawab tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu dan bukan memikirkan berapa lama seseorang itu perlu kekal sebagai menteri. "Saya seorang yang sentiasa menyayangi kerja saya. Lebih mencabar lebih bagus.
Jika semuanya baik maka di mana cabarannya? Cabaran itu akan menjadi pendorong,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cakap-cakap bahawa dua Menteri Kabinet akan melepaskan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pentadbiran kerajaan.
Ketika ini kumpulan menteri Kabinet yang berada dalam kelompok berkenaan ialah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Husni; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Apakah Mustafa dan Abdul Wahid akan turut dispekulasikan selepas Husni menafikannya?
Sebelum ini pun timbul khabar angin mengatakan Datuk Seri Hasan Malek mahu meletakkan jawatan. Sengaja dilaporkan kononnya Hasan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana menjadi liabiliti dalam kepimpinan PM.
Bagaimanapun kemudian berita itu dimatikan dengan laporan laman web BNBBC menafikan khabar angin itu. Dari petikan artikel BNBCC ; "Beberapa laman sosial melaporkan ada menteri akan melepaskan jawatan dalam Kabinet dan pengumumannya akan dibuat Isnin ini (16 Disember 2013?).
Berikutan itu, ada yang menjangkakan menteri tersebut adalah Hasan dan ada pula meramalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga CEO Pemandu.
Kedua-dua mereka jadi kritikan ramai ekoran isu kenaikan harga barang. Mengeruhkan keadaan, ada laman sosial mendakwa sumber terdekat keluarga Hasan memaklumkan peletakan jawatan itu secara sukarela bagi mengelak jadi liabiliti kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memburukkan keadaan daripada laporan terbaru The Malaysian Insider ini, seekor ‘Beruk PAS’ tiba-tiba menggesa menteri-menteri UMNO yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukaka usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
Beruk ini yang suka mengangguk di air keruh mengeluarkan teori bahawa jelas terdapat keraguan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Najib, malah di kalangan anggota ahli kabinetnya sendiri, dan bahawa pentadbiran Najib "sudah hanyut".
Katanya: "Pentadbiran Najib adalah berbentuk "syok sendiri". Lancar sana, lancar sini, tetapi perlaksanaan dan implementasi adalah hambar. Seperti juga yang saya laungkan - Pentadbiran Najib adalah NATO - No Action Talk Only!...Seperti juga inisiatif program transformasi ekonomi yang diwar-warkan sebagai ajibnomics. Sekarang lebih baik kita gelarkan Najibkomik!," kata ‘Beruk PAS’ itu dalam satu kenyataan baru-baru ini."
Macamlah dia pakar ekonomi dan mulut besarnya itu semakin menggambarkan dia memang tidak tahu bidang pengurusan negara, apalagi ekonomi’.
Malah, beliau turut membuat seruan : "Saya menyeru menteri-menteri berkenaan jangan tunggu rombakkan kabinet untuk tidak disenaraikan dalam pasukan kabinet, sebaliknya tunjukkan sikap berani untuk rakyat dan negara dengan melepaskan jawatan menteri dan mengapalai ahli parlimen BN untuk kemukakan usul undi tak percaya terhadap najib di dalam sidang Parlimen bulan March ini serta mengusulkan agar parlimen menyerah kembali mandat kepada rakyat.”
Melalui seruannya, menggambarkan ‘beruk PAS’ ini dangkal permainan politik dan menggambarkan orang yang kecewa kerana ditolak oleh ahli PAS sendiri pada pemilihan lepas.
Selain itu, siapa ‘Beruk PAS’ ini untuk membuat seruan berkenaan? Sama tarafnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen, pemimpin yang menang dalam pertandingan parti?
Habuk pun tarak…
Dengan kedudukan di mana portal berita ini memang menjadi punca khabar angin yang memberikan pelbagai kesan kepada negara, sewajarnya tindakan susulan kepada penyiaran berita sebegini dilakukan dengan cepat dan tegas.
Kebebasan bersuara dan berinternet bukan untuk merosakkan imej pentadbiran dan negara. Ia bagaikan sabotaj kepada kestabilan politik dan mahu meranapkan ekonomi dengan mengatakan transformasi gagal menyerlah dan sebagainya.
Kepada si ‘Beruk PAS” yang cuba mengangguk di air keruh ini, sedarlah diri walaupun dilantik dengan jawatan yang baik, berpada-padalah
Jangan buat komen orang gelak dan memalukan PAS yang sepanjang masa diwar-warkan sebagai parti Islam.
Namun pemimpinnya mengamalkan budaya spekulasi, pembohongan dan paling memalukan spin yang menampakkan kebodohannya yang turut melibatkan parti yang diperjuangkannya.
No comments:
Post a Comment