Apakah situasi negara pada hari ini dalam mewujudkan
platform berhujah dengan terbuka sudah berubah berbanding apa yang disaksikan lima
dekad yang lalu di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj?
Kira-kira 49 tahun lalu, pada 24 November 1968, Ketua
Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengambil bahagian dalam debat awam enam jam
dengan Profesor Naguib Alatas yang mewakili Parti Gerakan.
Pada hari itu hadirin padat di Auditorium MARA di Kuala Lumpur.
Sebaliknya, debat
antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz terpaksa dibatalkan
selepas polis menarik balik permit bersyarat yang diberikan kepada pihak
penganjur, Sinar Harian kelmarin.
Persoalannya, apakah kita mencapai kemajuan dalam
demokrasi dan hak asasi manusia atau kita mundur atau mengambil langkah ke belakang dalam
tempoh enam dekad ini?
Lim semalam turut menberi pendapat bahawa debat antara
bekas perdana menteri dan menteri Kabinet di premis persendirian jika dianggap
sebagai ancaman keselamatan dan perlu diharamkan oleh pihak polis, ia adalah (proses
yang dilihat sebagai) penyalahgunaan kuasa.
Apakah laporan bimbang akan terjadinya huru-hara yang meenjadi
punca debat antara Dr Mahathir dan Nazri dibatalkan, boleh diterima pemimpin dan
rakyat negara ini?
Keadaan itulah
yang memaksa polis membatalkan kelulusan terhadap penganjuran acara berkenaan
yang dijadual diadakan di Shah Alam.
Bekas perdana menteri mempersoalkan keputusan polis itu
dengan mendakwa keputusan pihak polis
tidak membenarkan debat Jumaat ini, dibuat “kerana takut.”
“Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh,
kononnya ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru- hara.
“Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja.
Jadi sekali lagi dibatal. Dibatal kerana apa, kerana takut,” kata Dr Mahathir
dipetik Malaysiakini.
Bercakap pada ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) di Cheng, Melaka malam tadi, Dr Mahathir memetik pepatah Melayu ,
“Berani kerana benar, takut kerana salah”, Dr Mahathir berkata, kerajaan takut
kerana tahu ia telah melakukan kesalahan.
“Yang tangguh nak bahas ini kerana dia tahu dia salah,
dia mencuri. Ada bukti jelas dia mencuri tetapi tak berani nak cakap,” kata
beliau.
'Dia' itu siapa? Siapa sebenarnya takut?
Apakah dia itu Datuk Seri Najib Razak? Apakah Najib bimbang banyak perkara akan 'dilondehkan' mengenai isu yang berlegar sekitar dirinya?
Mohd Fuad mengatakan sehingga kini, polis
menerima 18 laporan yang dibuat orang awam dan penduduk sekitar
lokasi debat itu akan diadakan.
“Inteligen (risikan) pihak polis menunjukkan ada pihak
tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh tersebut jika program ini
diteruskan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor
hari ini.
Debat yang pada awalnya dijadual untuk diadakan pada 25
Mac di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar ditukar ke hari dan tempat lain
selepas polis Perak menolak permohonan penganjur kerana lewat menghantar
permohonan dan tidaksesuaian kawasan.
Lim turut menyifatkan keputusan polis membatalkan
permit debat n Dr Mahathir dan Nazri sebagai bukti pentadbiran Najib “semakin takut” dengan tuntutan rakyat yang mahukan akauntabiliti dalam
isu 1MDB.
Lim mendakwa Najib sebagai perdana menteri dan menteri
kewangan, tidak mempunyai jawapan kepada siri persoalan mengenai kontroversi
yang menyelubungi firma pelaburan itu.
Ahli Parlimen Gelang Patah ini berkata, ramalan mereka
yang pentadbiran Najib tidak akan membenarkan debat terbukti tepat kerana
pihaknya telah dapat membaca dengan tepat “mood politik, watak dan kualiti
pentadbiran Najib.”
“Jelas sekali, kerajaan Najib (semakin) takut dengan
rakyat yang menuntut akauntabiliti terhadap skandal 1MDB,” katanya.
Ini kerana Najib
tidak mempunyai jawapan kepada tuntutan-tuntutan ini dan tidak dapat
membersihkan Malaysia daripada siri kutukan, penghinaan dan azab yang dianggap
di seluruh dunia sebagai “kleptokrasi global.
”
Beliau berkata, ini adalah sebab untuk “bersandiwara” dan
satu tragedi apabila lokasi asal debat diubah dari Padang Rengas ke Shah Alam,
dan kedua-duanya disekat oleh pihak polis.
Pembatalan debat dibuat selepas pihaknya menerima surat
daripada ketua polis daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, petang
semalam, demikian menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk
Hussamuddin Yaacob.
Kelmarin, beliau mengumumkan pihaknya mendapat kebenaran
untuk mengadakan program itu dengan beberapa syarat.
Dalam surat dikeluarkan kelmarin, ketua polis daerah memberi
keizinan dengan syarat memastikan peserta tidak melakukan apa-apa perbuatan
membuat apa-apa penyataan yang akan mengganggu ketenteraman.
Karangkraf juga
diberitahu agar memastikan debat tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Lewat petang semalam, dalam tweetnya, Hussamuddin
berkata: “Pelik, dialog Tun M vs DS Nazri, semalam kami terima surat lulus
permit. Petang ini terima surat batal permit. Payah!!”
No comments:
Post a Comment