Monday, August 16, 2010

BERAPA KALI LAGI ANWAR MAHU GUGURKAN KES LIWAT?

Oleh Cybertrooper, AIDCclub

Hari ini (16 Ogos) merupakan tarikh hakim buat keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar untuk menggugurkan kes atau tidak. Apa hujah Anwar untuk menggugurkan kes kali ini ? Anwar dakwa adanya dakwaan hubungan intim antara Saiful Bukhari Azlan dengan bekas anggota pasukan pendakwa Farah Azlina Latif.

Adakah hujah ini kuat ? Hujah ini amat lemah. Apakah sumber Anwar untuk menyokong dakwaannya ? Satu sumber sahaja, iaitu surat layang yang ditulis di blog kroni Anwar, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Adakah RPK bersedia hadir ke mahkamah untuk menyokong dakwaan Anwar ? Sudah semestinya RPK tidak hadir, kerana dia sendiri melarikan diri ke luar negara setelah menghadapi kesnya di mahkamah Malaysia.Bagaimana seorang yang melarikan diri daripada menghadapi sistem perundangan Malaysia, boleh dijadikan rujukan untuk menyokong kes lain?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata dakwaan wujudnya hubungan sulit Farah Azlina dan pengadu seperti terkandung dalam permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah 'dengar cakap' semata-mata.

''Ia hanya satu dakwaan kosong tanpa pengetahuan beliau sendiri. Apa sahaja dalam afidavit Anwar telah dilaporkan dalam akhbar,'' katanya.

Justeru itu tidak menghairankan jika Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan dakwaan hubungan intim Saiful-Farah tidak relevan dengan perbicaraan kes liwat yang sedang dibicarakan.

Apabila hakim menolak isu hubungan intim Saiful-Farah, Karpal Singh, ketua peguam bela Anwar membangkitkan isu lain pula. Kali ini, isu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang berpoligami pula.

Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sudah nampak hala tuju niat Karpal tersebut, sebab itu beliau berkata :

''Tiada afidavit balasan difailkan terhadap afidavit yang jawapan Hanafiah. Sekarang nak bangkitkan isu kahwin dua, satu isu yang tidak ada kaitan.

''Adakah dengan berkahwin sekali lagi di Thailand bermaksud Hanafiah seorang yang tidak jujur? Hanafiah menjawab notis usul berlandaskan apa yang beliau ketahui dan bukannya seperti Anwar yang memfailkan notis berdasarkan apa yang dia dengar,''

''Tindakan pihak pembelaan memfailkan bermacam-macam permohonan, notis dan afidavit serta melengah-lengahkan perbicaraan sebenarnya menyalahgunakan proses mahkamah,''

"Buat kali pertama saya bercakap... kami tidak boleh membenarkan pembelaan terus melambatkan perbicaraan ini. Kita tidak boleh melihat semata-mata kepentingan tertuduh. Kita harus melihat kepentingan pengadu serta orang awam,"

Daripada keterangan-keterangan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dapat dibuat kesimpulan bahawa hujah untuk menggugurkan kes berdasarkan hujah hubungan intim Saiful-Farah sangat lemah dan Karpal sendiri mengetahui kerelevanan hujah tersebut. Sebab itu Mohd Yusof berpendapat bukan tujuan sebenar Karpal mahu menggugurkan kes bila berpegang dengan hujah tersebut, tetapi matlamat sebenar Karpal adalah untuk melengah-lengahkan prosiding.

Dr Razali tunggu soal balas Karpal

Seorang pengomen tegar di AIDC, NTAnwar2 mengutarakan pendapat, seandainya benar Karpal mahu menggugurkan kes, Karpal perlu berhujah dengan hujah alibi, iaitu Anwar tiada di tempat kejadian, seperti yang pernah didakwanya sebelum ini. Karpal mendakwa pada masa, tarikh dan tempat hari kejadian dakwaan liwat tersebut, Anwar berada di unit 1152 dan bukannya unit 1151 seperti didakwa. Kenapa Karpal tidak menggunakan hujah ini yang jauh lebih kuat daripada hujah 'hubungan intim Saiful-Farah' untuk menggugurkan kes ?

Di sini jelas, Karpal sendiri tidak yakin dengan hujah alibi, sebab itu beliau ragu-ragu untuk menjadikan hujah ini sebagai hujah utama untuk menggugurkan kes. Hujah alibi hanya rekaan Karpal semata-mata. Bagaimana Karpal mahu berpegang dengan hujah alibi, sedangkan pemilik kondominium, Hassanuddin Abd. Hamid menjadi saksi utama yang mengesahkan Anwar dan Saiful berada di unit 1151 pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa.

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Menurut NTAnwar2 tujuan Karpal membangkitkan isu Saiful-Farah dan menggugurkan kes semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menyoal balas keterangan pakar bedah Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.
Dr Razali berkata dia telah mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir (KY Jelly) digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful. Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani Anwar di dalam dubur Saiful.

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Selepas ini siapa pula yang akan menjadi mangsa fitnah untuk menangguh kes?

1. Penjaga Mahkamah?
2. Tukang Sapu Mahkamah?
3. Kerani Mahkamah?

atau

Mahkamah itu sendiri tidak layak digunakan sebab batu marmar dalam bilik air jatuh sekeping menandakan mahkamah itu tidak boleh dipercayai mampu mengendalikan kes tersebut?

hehehehehe

Aku Yang Bingai
Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit