Thursday, November 11, 2010

PEGAWAI KANAN NAJIB KUMPUL HARTA RM200 JUTA?

Yang ini Perdana Menteri atau sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri perlu jawab segera.

Kalau tidak benar seret Chegubard dan dakwanya kerana membuat fitnah.

Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya benarkah Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri yang digelarnya ZAKAYA mengumpul harta sampai RM200 juta dalam tempoh yang singkat.

Badrul Hisham turut menuduh bahawa wanita ini berkuasa untuk menentukan atau menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan sama ada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Menurut Malaysiakini hari ini, blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin mengatatakan seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri," tulisnya.

"(Beliau) merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, (beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Baca berikutnya:

Misteri bagaimana pegawai PM ada harta RM200 juta

Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato’ Zakiah Ibrahim.

Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.

Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.

Kuasanya melebihi kuasa Datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.

Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.

Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.

Satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.

Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

(maklumat diperolehi dari orang sumber dalaman JPM yang tidak mahu dikenali, JPM atau individu yang dinyatakan di atas harus menafikan atau menerangkan kedudukan sebenar...satu masej twitter sudah dihantar kepada PM Malaysia untuk melihat respon beliau).

1 comment:

Abangboyc Infomation said...

BLOG TUAN SAYA LINK KE BLOG SAYA>....
NAMPAKNYA, TUAN NI SEORANG PENULIS YANG BAGUS... ISI KANDUNGAN AMAT BAGUS.... CUMA SATU... TUAN TERLALU KUAT DENGAN PAKATAN RAKYAT.. TUAN KENA ADIL DENGAN UNMO DAN PAKATAN RAKYAT.. JADI ISI AKAN LEBIH BAIK. MAAF SAYA SEBAGAI PEMBACA BUKAN DATANG DARI PR ATAU BN. TP NAMPAKNYA TUAN NI AMAT TERLALU MENYOKONG PENUH PAKATAN RAKYAT.