Sunday, November 28, 2010

YB YUSMADI DAH JADI BINGAI

http://suaramelayubaru.blogspot.com
Khamis, November 25, 2010

1. Apa lagi yang cuba nak dipertahankan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi. Apa yang Yusmadi perkatakan sepanjang beliau ditemubual dalam rancangan Soal Jawab jelas tidak menggambarkan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam senario politik negara terutama melibatkan kemelut yang melanda PKR. Apa yang cuba dipertahankan hanya Indah Khabar Dari Rupa dan tak lebih hanya cuba menegakkan benang yang basah.

2. Yusmadi cuba membangkitkan soal falsafah dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan demokrasi dan ketelusan. Yusmadi cuba mempertahankan dasar yang dibawa di dalam PKR kononnya apa yang telah dan sedang dilaksanakan dalam PKR adalah yang sebenar-benar demokrasi dan penuh dengan ketelusan. Yusmadi mungkin cuba membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yang berlaku dalam PKR dan masih beranggapan bahawa demokrasi yang diperkenalkan PKR adalah yang terbaik dan berjaya.

3. Tidak dinafikan bahawa konsep 1 ahli 1 undi memang baik dari segi demokrasi jika ianya dapat dicapai dan dilaksanakan dengan berkesan dalam PKR. Masalah yang timbul adalah campur tangan dari pihak tidak sepatutnya hanya kerana memastikan kuasa dialirkan ke pihak yang direstui. Ini lah yang menggagalkan konsep 1 ahli 1 undi.

4. Tindakan Anwar yang mahu Anak Emasnya, Azmin menang kerusi no 2 telah mencacatkan konsep 1 ahli 1 undi. Anwar mempergunakan kedudukannya untuk mempengaruhi ahli bawahan terutama di peringkat cabang bagi memastikan kemenangan Azmin. Anwar juga turut mengugut ketua cabang dan ahli bawahan agar memilih Azmin. Tindakan Anwar telah memaksa pesaing Azmin, Zaid untuk menarik diri.

5. Tindakan Anwar jelas menunjukkan ketidak telusan dalam pemilihan PKR. Malah ia juga merupakan satu tindakan menafikan hak demokrasi dalam PKR sendiri. Manakan tidak, pemenang sudah ditentukan oleh Anwar. Akibatnya, tidak sampai 10% ahli PKR yang keluar memilih pemimpin mereka dan ini sekaligus konsep 1 ahli 1 undi gagal mencapai matlamat. Adakah Yusmadi tidak nampak ini semua? Atau ini yang dimaksudkan demokrasi oleh Yusmadi?

6. Yusmadi juga cuba mempertahankan kononnya PKR bukanlah sebuah parti yang rasis. Dari segi keahlian memang tidak dinafikan bahawa PKR terbuka untuk semua kaum dan bangsa. Malah keahlian kaum India mencatatkan sebanyak 23% dari keseluruhan keahlian PKR. Namun apa yang dapat dilihat, PKR terutama pemimpinnya, Sang Anwar masih mempergunakan perkauman untuk meraih sokongan.

7. Anwar menjanjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri bakal diserahkan kepada pemimpin Cina jika Anwar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri. Tidakkah ini satu tindakan perkauman? Anwar tidak sepatutnya menjanjikan hal seperti ini jika benar PKR tidak memperjuangkan perkauman. Malah Anwar juga turut mengumumkan kuota yang lebih kepada Sabah dan Sarawak jika beliau berkuasa. Bukankah ini juga ciri-ciri perkuaman???

8. Apa yang diperkatakan oleh Yusmadi jelas indah khabar dari rupa. Realitinya jauh berbeza dari apa yang dipertahan kan oleh Yusmadi. Di Cabang yang dimonopoli oleh kaum tertentu, jelas menunjukkan bahawa pemimpinnya pasti datang dari kaum monopoli. Jadi tidak hairanlah kenapa akhir-akhir ini kaum India lebih banyak berdemonstrasi apabila PKR gagal memberi perhatian kepada mereka.

9. Sebenarnya apa yang berlaku dalam PKR tidak ubah seperti "Meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri". Segala tuduhan, tohmahan, dakwaan dan fitnah yang dilemparkan kepada pihak lain terutama UMNO dan BN kini benar-benar berlaku dan terjadi dalam PKR sendiri. Apa yang diperkatakan oleh Yusmadi mungkin sekadar cita-citanya dan apa yang mahu dilihatnya berlaku dalam PKR. Namun realitinya, tidak ada satu pun cita-citanya yang menjadi kenyataan.

10. SMB juga ingin mengucapkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr.Lim Chong Eu di atas kematian beliau. Mendiang meninggal pada usia 91 tahun di rumahnya di Tanjung Bungah, Georgetown setelah mendapat serangan angin akhmar. Mendiang menjadi Ketua Menteri selama 21 tahun dan menjadi Presiden Gerakan selama 9 tahun.

No comments: