Blog ini menunggu jika ada ulasan Menteri Besar atau
pegawai kerajaan negeri mengenai artikel ‘Individu, Syarikat Kontroversi
Dapat Kepercayaan Ahmad Razif?” pada 6 Januari lalu.
Hingga ketika ini tiada apa-apa reaksi daripada mereka dan
blog terengganutoday pula, yang semua tahu ditaja oleh kerajaan negeri, cuba
menjawab bagi mempertahankan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif dan kerajaan negeri dalam isu
ini
Menganggap ulasan blog ini sebagai sampah, terengganutoday menyiarkan sebuah ulasan balas pada 7 Januari 2017 dengan tajuk “Benarkah Razif Bersekongkol Dengan
Penipu???”
Tidak payah mengemukakan soalan atau jawapan kerana
gambar-gambar menceritakan semuanya.
"Pelancong asing" yang datang ke majlis makan
malam meraikan 3,000 orang pelancong itu bukan semuanya pelancong sebenarnya. Mereka
adalah ahli kepada syarikat Monspace Group yang membuat pelaburan dengan
syarikat berkenaan.
Ada kalangan wartawan yang mengenali mereka yang datang.
Ada dari Pahang dan sebagainya. Mereka dibayar untuk bas pelancongan, tempat
tinggal dan makan sambil melancong percuma atau dalam bahasa mudah SEMUANYA FREE ketika
berada di Terengganu.
Apa untungnya yang kerajaan negeri dapat dengan cara
sebegini? Mana kata kerajaan negeri akan dapat hasil daripada perbelanjaan sekurang-kurangnya
RM1,000 seorang daripada 3,000 pelancong itu?
Sila tunjukkan bukti, termasuk oleh penulis yang membuat
andaian melalui penulisannya bertajuk "Memahat Sejarah, 3,000 Pelancong Luar Negara Tiba Sekali Gus Sempena BeautifulTerengganu 2017".
Blog ini mulanya tidak berniat pun memalukan kerajaan negeri
dan Menteri Besar dengan pendedahan ini tetapi terengganutoday memang BEBAL kerana tidak mengetahui siapa yang datang
pada malam itu.
Jika tidak benar, sila Menteri Besar atau pegawai kanan
kerajaan negeri jawab atau menafikan yang datang malam itu semuanya pelancongan
dari negara ASEAN.
Apakah dianggap MENGHASUT apabila mengatakan perkara
sebenar yang Menteri Besar kena tipu?
Juga Menteri Besar mesti berani menjawab segalanya dan
jangan main ‘baling batu sembunyi tangan’ dan menjawab melalui terengganutoday.
Sekali lagi diulangi, kebanyakan mereka yang datang ke Terengganu 3 Januari lalu adalah ahli kepada ‘skim pelaburan’ Monspace Group.
Bukankah seorang EXCO dan anak EXCO yang mendapat elaun RM15,000
sebulan dan dikatakan menjadi ejen mengutip pelaburan skim cepat kaya RM600 sesaham?
Mereka berselindung di sebalik syarikat agen pelancongan, yang pejabatnya di daerah Hulu
Terengganu.
terengganutoday perlu memikirkan nasib yang akan menimpa rakyat
Terengganu yang melabur dalam skim cepat kaya ini daripada mempertahankan individu yang bersekongkol
dengan syarikat skim cepat kaya yang sedang bergerak bebas di BAWAH HIDUNG
PEJABAT MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI.
Blog ini bukan mahu mencipta sensasi atau persepsi buruk
terhadap kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Ahmad Razif tetapi
memikirkan masa depan pelabur yang terdiri daripada rakyat Terengganu dan juga
Ahmad Razif dan kerajaan negeri yang ditipu’hidup-hidup’.
Terima kasih dan pengiktirafan untuk apa?
Jika tidak benar apa yang ditulis oleh blog ini, Menteri
Besar atau pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
boleh menafikannya.
Mengejutkan kerana sebelum ini syarikat ini menurut China
Press yang dipetik FMT pada 27 Julai 2016 mendedahkan lima syarikat yang
didaftarkan di bawah MonSpace adalah syarikat kosong yang tidak mempunyai
sebarang aset mahupun modal.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan lima
syarikat itu adalah Mon Space (M) Sdn Bhd, Mon Space City Sdn Bhd, Mon Space
Media Entertainment Sdn Bhd, Mon Space F&B Sdn Bhd dan Mon Space Synergy
Power Sdn Bhd.
Ahmad Razif, kalau tidak mahu menjawab sebagai Menteri
Besar boleh jawab sebagai Exco Pelancongan (portfolio yang dipegangnya sejak
Ogos lalu selepas mengambilnya daripada Datuk Mohd Jidin Shafie.
Juga sila jawab soalan-soalan berikut:
1. Siapa
mencadang dan membawa syarikat berkaitan MonSpace Group untuk terlibat dalam
kerja-kerja mempromosi Tahun Melawat Terengganu yang dikenali sebagai Visit Beautiful Terengganu 2017(VBT 2017)? Syarikat itu datang sendiri menawarkan diri?
Menurut laporan The Star,
Ketua Pegawai Eksekutif Monspace Group, Datuk Seri Jessy Lai, “The company will
continue its close partnership with the state government to popularise
Terengganu as a travel destination.” Matlamat Monspace ialah menawarkan15,000
pengunjung ke Terengganu.
2. Apa
kaitan Monspace Group dengan Mon Space Sdn Bhd serta Forte yang sedang bergerak aktif di Terengganu sekarang?
Forte dikatakan konsortium yang menguruskan perhotelan pelancong dan
kenapa tidak kedapatan dalam search dilakukan melalui Google terhadap Forte?
Apa nombor pendaftaran syarikatnya? Untuk makluman: INI
BUKAN SUATU TUDUHAN TETAPI PERMOHONAN UNTUK PENCERAHAN.
3. Siapa
di belakang Forte? Benarkah ada anak seorang Exco terlibat dalam syarikat
berkenaan atau syarikat yang ada kaitan dengan Forte yang ditubuhkan bertujuan mengurus
dan menarik pelancong ke Terengganu sambil
menjual pakej pelancongan? Forte beribu pejabat di Kuala Lumpur atau di mana
dan kenapa website syarikat itu tidak boleh dicapai?
Yang ditekakan di sini ialah, tidak
jadi masalah jika syarikat berkenaan tulen dan bersih. Kebimbangan ialah wujud penipuan
dalam konteks kepentingan. Memalukan jika dilaporkan pula oleh media, termasuk
media antarabangsa, bahawa Menteri Besar dan kerajaan negeri bersekongkol
dengan syarikat kontroversi?
4. Benarkan
anak EXCO yang duduk dalam syarikat berkaitan Forte itu mendapat elaun sebanyak RM15,000 sebulan?
Selain itu , selain tujuan promosi pelancongan, syarikat yang ditubuhkan di Terengganu ini ada
kaitan dengan kerja atau menjadi pengutip pelaburan kira-kira RM600 bagi satu
saham melalui skim cepat kaya yang memang menjadi teras perniagaan Mon Space
Sdn Berhad?
Kenapa berurusan dengan
syarikat yang dilaporkan mengutip pelaburan tanpa lesen?
Kita hanya mampu berdoa kepada
Allah swt supaya jangan skim ini berkesudahan dengan penipuan berjuta ringgit
seperti skim ‘Umrah Guru’ yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Kutipan wang
RM600 bagi sesaham itu sedang giat dijalankan di Terengganu.
Apakah dengan ‘bekerjasama’
atau apa juga perkataan yang berkaitan dengannya - Ahmad Razif dan kerajaan
Terengganu sanggup dikait dan dipersalahkan, jika ada sesuatu yang buruk dimasa hadapan?
5. Mon Space
menggunakan kerajaan negeri untuk ‘mengesahkan kewujudnya di Terengganu’
sebagai serampang dua mata, iaitu mempromosi pelancongan tetapi di sebalik itu
bergerak melalui skim cepat kaya mereka.
Tahukah Ahmad Razif dan kerajaan negeri
bahawa skim cepat kaya melalui syarikat milik Monspace Group sebelum ini, iaitu YSLM pernah dijalankan di Pantai Barat pada
2014 secara haram?
Dulangi bahawa Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Pengguna mengatakan syarikat di bawah Zhang tidak pernah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat dan siasatan
mendapati pengasasnya Zhang Jian datang ke Malaysia untuk membina
syarikat skim piramid cepat kaya melalui YSLM.
Berikutan itu, kementerian
melakukan tindakan penguatkuasaan di mana pada Julai 2014 dengan meramas
semua aset dan menutup cawangan YSLM di negara ini.
Diulangi juga, Zhang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di Phuket pada Oktober 2014 kerana
berjaya memperdaya pelabur Malaysia dan China berjumlah hampir RM1 bilion.
Benarlah kata The Star dalam satu laporannya pada 28 julai 2016 bahawa “Owner of airline no stranger to controversy”
6. Apakah
mana-mana syarikat boleh datang dan naik pentas majlis kerajaan begitu sahaja
kalau tidak ada kebenaran dan restu Menteri Besar dan kerajaan Terengganu? Malah syarikat itu mendapat
pula tempat istimewa dan bukankah dengan menerima apa juga ‘hadiah’ daripada
MonSpace Group termasuk sijil penghargaan itu menggambarkan ia suatu recognition sah syarikat berkenaan
bekerjasama dengan kerajaan negeri? Bagaimana mengatakan ia tidak ada kaitan
dengan kerajaan negeri?
7. Kenapa
benarkan sebuah syarikat kontroversi dan berikan kepercayaan penuh kepadanya? Hasil saranan siapa? Apa istimewanya syarikat ini dan
tidak adakah syarikat lain yang lebih ‘suci dan bersih’ mampu melakukan kerja
untuk menggalakkan pelancongan di Terengganu?
Tahukah kerajaan negeri dan Ahmad Razif
sendiri bahawa MonSapce dikenakan denda kelmarin (9 januari 2017) kerana kononnya ada syarikat penerbangan sendiri dan membuat
penerbangan dalam negeri tanpa ada lesen dan kebenaran?
Apa kesudahannya? Ini petikan laporan oleh FMT pada 9 Januari 2017 (kelmarin) yang masih panas:
“Suasa Airlines Sdn Bhd (Suasa
Airlines) didenda RM380,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana
beroperasi tanpa Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang sah dalam perjalanan
antara Kuala Lumpur dan Langkawi.
Hakim Harith Sham Mohamed Yasin
menjatuhi hukuman itu selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah atas
pertuduhan membawa penumpang untuk sewa atau upah dalam perjalanan tidak
berjadual di antara Kuala Lumpur dan Langkawi tanpa ASP yang sah.
Suasa Airlines melakukan
kesalahan itu pada Julai tahun lepas, di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah, Subang, Selangor, mengikut Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia 2015.
Syarikat itu membayar denda
tersebut. Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam
Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.”
Ini antara salah satu perbuatan perbuatan
menyalahi undang-undang tetapi sangat baik di mata Ahmad Razif dan kerajaan
negeri?
Siapa pemilik dan yang dikaitkan dengan pesawat ini kalau bukan Monspace Group?
Kenapa tidak tapis dahulu jenis
syarikat apa yang mahu dijalinkan kerjasama?
8. Benarkah syarikat
ini dibawa masuk melalui bekas Exco Pelancongan Datuk Mohd Jidin Shafie? Apa
kaitan syarikat ini dengan EXCO berkenaan?
9. Pada majlis di Gong Badak, tanyalah pegawai kerajaan yang bertugas,
benarkah meja goodies runtuh kenapa ‘pelancong ASEAN ‘yang datang itu berebut-rebut
untuk mendapatkan cenderamata demikian? Jenis pelancong apa ini? TIDAK ADA
KELAS LANGSUNG!!!
Juga diumumkan ada
pemberian lukisan atau ikan bernilai RM380,000 kepada Ahmad Razif
atau mungkin untuk kerajaan negeri? Apa ada dengan penerimaan hadiah itu?
10. Apakah
terengganutoday berhasrat menggalakkan perbuatan salah guna hak mutlak kerajaan
negeri apabila mengatakan: “Jika saya sendiri berminat untuk mempromosikan
Terengganu, besar kemungkinan saya juga akan meletakkan nama saya beserta
tagline tersebut bagi kemudahan saya menjual pakej-pakej pelancongan di negeri
ini. Malah sebuah bonus pula bagi saya jika usaha saya membawa sejumlah
pelancong ke sini diiktiraf dan diraikan pula oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Itu sudah pasti dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan saya di mata
pelanggan-pelanggan saya pada masa akan datang.”
Tagline selalunya dikaitkan dengan penaja.
Contohnya pada 1990-an nama Liga Malaysia disebut sebagai DUNHILL LIGA MALAYSIA
kerana ditaja oleh Dunhill. FA Malaysia sudah pasti tidak membenarkan Dunhill
menggunakan nama itu sewenang-wenangnya jika kalau bukan penaja.
Kenapa di England, Piala FA kini dikenali
dikenali dengan The Emirates FA Cup? Ia ada kaitan dengan penajaan yang dibenar
dan dihalalkan.
Namun dalam konteks Monspace Froup, ia
senang-senang sahaja meletakankan nama syarikatnya dengan menyebut sebagai 'The MonSpace Visit Terengganu Year 2017'.
Adakah dia membayar atau menaja
tahun melawat Terengganu 2017?
Apakah yang
tersirat?
Pertama, blog ini cuba menyedar dan membersihkan
nama Ahmad Razif dan kerajaan negeri bahawa dengan bersekongkol dengan’penipu’
itu akan menjejaskan reputasi mereka. Bila reputasi terjejas ia akan memabawa
implikasi yang buruk di masa hadapan. Kenapa buka ruang untuk kritikan?
Kedua, kenapa Ahmad Razif dan kerajaan negeri tidak
diberikan maklumat sebenar mengenai syarikat Monspace ini? Ada ‘udang di
sebalik batu?” Atau Ahmad Razif memang mahu syarikat ini bekerjasama dengan
kerajaan negeri?
Ketiga, menjauhkan diri daripada syarikat skim
cepat kaya akan membantu rakyat terjerat dengan skim itu. Kini tidak diketahui sudah berapa ramai yang melabur sebanyak RM600 untuk cepat kaya. Memburukkan
keadaan ia syarikat ini dibantu oleh mereka di Terengganu yang ada kepentingan
dengan syarikat berkenaan.
Keempat, penulisan blog ini dianggap sampah tetapi apabila akan ada siasatan kementerian dan polis mengenai skim ini selepas ada laporan nanti, siapa kelak yang sampah sebenarnya?
Kelima, dedahkan MOU syarikat Forte atau Monspace Group
dengan kerajaan Terengganu dan berapakah anggaran sebenar jumlah pelancong
asing yang akan datang atau ahli Monspace Group dari luar negara yang akan
datang ke Terengganu; dan
Keenam, nafikan syarikat Forte atau Monspace Group
tidak ada kaitan dengan keluarga salah seorang EXCO Terengganu yang nyata
mempunyai conflict of interest dalam isu ini.
Kenapa Ahmad Razif dan kerajaan negeri benarkan semua ini
berlaku????
1 comment:
Bodoh la ko ni admin..ape yg tipu nye??.bodohhh tahap gaban..sedap2 ko je
Post a Comment