Saturday, July 10, 2010

CERITA PROTON 1 - Kegiatan kepartian melampau2 dalam Proton

Sumber: House RPK & Unspinners

Ini adalah email yang aku terima dari salah seorang staf yang berkhidmat di Proton, untuk tujuan keselamatan, aku tidak akan siarkan butiran pengirim email ini, korang bacalah sendiri apa yang telah ditulis oleh staf Proton ini, aku tak edit walau sedikit pun:

Salam kpd saudara pemilik blog HousePK

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kpd saudara kerana blog saudara telah menjadi popular di kalangan lebih 6000 org pekerja proton hari ini kerana laporan tentang penangkapan 'bos' kami kerana mencabul stafnya sendiri.Ramai staf belum tahu lagi berita itu dan mereka tahu melalui blog saudara. Biasanya jika ada berita2 panas dalam proton cepat tersebar. tetapi kali ini penyebaran tidak pantas. Mungkinlah sebab orang kuat pas yg kena jadi masing2 tutup mulut kerana takut malu.

Terus terang saya katakan, saya bukan seorang yg minat politik dan saya tak pernah ambil tahu pasal politik serta blog2 politik. Inilah kali pertama saya melayari blog anda setelah saya menerima sms dari kawan2 yang meminta saya melihat berita tersebut di blog anda.

Saya nak tambah sedikit apa yg dikatakan oleh saudara. sudah lama saya ingin meluahkan masalah ini tetapi saya tidak tahu dimana salurannya. Jika setakat saya luahkan kpd pihak pentadbiran proton saya yakin yang saya akan menjadi mangsa balik kerana mereka2 semua adalah orang kuat pas dan pkr.

Saya tidak minat politik dan saya bukan ahli mana2 parti politik. Sampai masa mengundi maka saya akan pergi mengundi dan undi parti yang saya rasa terbaik utk saya dan keluarga saya. untuk pengetahuan saudara saya adalah anak selangor jati dan berasal dari jenjarom banting.

Saya bekerja di proton sejak awal 90an. Dahulu saya gembira bekerja di proton tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini sudah tidak gembira lagi. ini kerana permainan politik kepartian amat-amat ketara di proton sekarang.

Saya merasa rimas dengan semua ini kerana saya tidak berminat dgn politik sehingga ada segelintir pihak mula mengasingkan saya dan menuduh saya sbg ejen umno. sedangkan ianya tidak benar. sudah 2 tahun penilaian prestasi kerja saya dinilai tidak memuaskan oleh bos saya kerana saya tidak sehaluan fikiran politik dgn dia dan juga akibat dicucuk oleh puak2 yang sealiran dgnnya. Bagi orang dia penilaian prestasi semua bagus walaupun kerja macam hantu.

Pengedaran risalah2 ceramah pas atau pkr sudah menjadi perkara biasa dalam proton sekarang,begitu juga dgn pelekat2. adakalanya kami diminta hadir pelbagai kursus berkenaan kerja. kursus pasal kerja hanya 10-20 % sahaja selebihnya kami otak kami dicuci supaya mengadap kiblat politik mereka..

Proton sudah hancur sekarang dan layak dipanggil PR TON. siapa sokong pr walaupun prestasi kerja teruk atau kelulusan tak tinggi dia boleh naik pangkat. siapa tak sokong hanya layak makan tulang sahaja kena perli dan kena pinggir.

Berhubung dengan 'bos' kami yg ditangkap polis memang benar dia org pas. Semua org dalam proton takut dgn dia dan terpaksa tunduk dgn dia kerana dia berkuasa di bahagian sumber manusia.Siapa berani melawan maka akan kena tindakan.Dialah org yang paling kuat menganjurkan pelbagai kursus atas nama kerja tetapi akhirnya menjadi kursus politik.

Bukan setakat dia saja ada seorang lagi kawan rapatnya bernama nurhalim sirome seorang eksekutif di proton juga banyak terlibat menyampai ceramah-ceramah politik dlm setiap kursus.nurhalim asalnya bukan seorang eksekutif tetapi kerana dia org kuat pas maka dia dinaikkan jawatan sbg eksekutif daripada non eksekutif. kegiatan pas nurhalim dlm proton bukan benda baru malah sejak tahun 90an lagi. semua org tahu dia pernah terlibat menjadi wakil calon pas dlm pilihanraya sebelum ini. saya juga mendapat tahu dia adalah kawan baik khalid samad ahli parlimen shah alam. nurhalim juga adalah ahli majlis mbsa. bukti boleh dilihat dilaman web mbsa
http://www.mbsa.gov.my/




selama ini byk wang proton digunakan untuk mengembangkan kegiatan pas dalam proton tetapi berselindung di sebalik nama kursus. itu belum lagi dikira mesin2 pencetak dan mesin fotokopi digunakan untuk kegiatan politik mereka. saya tidak hairan apabila perkara ini didiamkan kerana semua bos-bos PR TON adalah org kuat pas dan pkr.

seorang lagi eksekutif proton yang kuat juga bermain politik pkr dalam proton ialah en adnan jamburi. ini pun tidak kurang hebatnya sehinggakan laungan reformasi selalu bergegar dalam kilang. paling memalukan ialah semasa sambutan hari buruh yg lalu di dewan sivik apabila pekerja2 proton melaungkan reformasi dalam majlis tersebut.adnan jamburi juga adalah ahli majlis mbsa bersama nurhalim.

saya tidak nafikan bos besar kami datuk syed zainal seorang yg baik. tetapi saya nampak beliau gagal mengawal kegiatan politik dlm proton.sekurang-kurangnya biarlah di tempat kerja kami semua bebas politik dan tidak bermasam muka atau perli-memperli.

terus terang saya katakan saya tidak gembira berada di proton sekarang tidak seperti dulu lagi. setiap pagi nak pergi kerja pun tak bersemangat. kena pula dgn puak-puak kelantan yang menguasai proton dan terkenal dgn sikap berpuak-puaknya dan macam2 masalah lain lagi semuanya berpunca dari politik.

saya berharap saudara dpt menolong saya dan rakan2 saya dlm menyelesaikan masalah ini.Tolonglah bebaskan proton dari politik.

Amir

Itulah email dari staf Proton, aku harap Dato Syed Zainal dapat mengambil tindakan yang sewajarnya...

No comments: