Friday, July 9, 2010

PAS PENING - ANWAR MOHON MAAF KEPADA YAHUDI

Daripada AIDCclub (Tajuk asal - Anwar sokong Yahudi, PAS berpecah belah)

Gara gara Isu Anwar memohon maaf kepada Yahudi, Penasihat PKR tersebut telah menyebabkan krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama di dalam PAS semakin melebar.

Pergelutan antara penyokong Anwar dan bukan penyokong Anwar di dalam PAS akhir-akhir ini terjadi kerana berpunca daripada tindakan Anwar yang tidak konsisten sikapnya terhadap apa yang diperjuangkan oleh dirinya mengenai isu Yahudi Zionis .

Blog Mahaguru58 sebagai respon kepada tindakan Anwar memohon maaf kepada Yahudi Zionis telah meminta pandangan kepada Timbalan Musyidul Am PAS, Dato Prof Dr. Harun Din mengenai beberapa siri tindakan Anwar dan Yahudi, selain itu kumpulan pro ulama di dalam PAS akhir -akhir ini semakin mendedahkan kecacatan yang berlaku kepada bloger-bloger pro Anwar di dalam PAS.

Antara blog pro ulama yang aktif menyerang blog pro Anwar ialah batu api, penembak babi, Tulang besi dan Ali Zaidan. Antara bloger yang sering diserang oleh kumpulan ulama ini ialah pengendali laman Al Bakistani, laman Perisik Rakyat, GreenBoc , Malaysia Waves dan beberapa laman sealiran lain.

Dilaporkan juga Abdul Rahman Talib (Malaysiawavew) juga telah dikeluarkan daripada menjadi penulis di laman Perisik Rakyat ekoran beberapa laporan yang dikatakan tidak sesuai dan tepat sehingga boleh menjejaskan imej kumpulan tersebut.

Blog pro ulama juga mendedahkan bahawa beberapa laman pro Anwar seperti perisik rakyat tunjang belakangnya adalah Husam Musa, exco kerajaan negeri Kelantan yang sebelum ini kalah jawatan Timbalan presiden PAS kepada Ustaz Nasharudin.

Menurut blog sealiran yang pro ulama lagi bahawa blog pro Anwar juga telah banyak menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Musyidul Am Datuk Prof Dr. Harun Din dan Timbalan Presiden PAS sehingga mengaibkan pimpinan Parti dan melebihkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Isu Anwar memohon maaf kepada Yahudi juga dipersalahkan kepada Utusan Malaysia oleh kumpulan blog pro Anwar ini walaupun pendedahan asal datangnya dari akhbar Washington Post sebuah laman yang pro anwar di Amerika Syarikat sebelum ini.

Namun jika diperhatikan kepada tindakan Mahaguru dan beberapa laman pro ulama lain yang bertelagah sesama sendiri telah menunjukkan bahawa tindakan Anwar yang mempunyai hubungan erat dengan Yahudi Zionis telah mengusarkan perjuangan blogger pakatan rakyat.

No comments: