Lanjutan isu ‘gadai akidah’ yang tercetus selepas keluar kenyataan berbentuk teguran oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tempohari, kali ini penulis ingin berkongsi beberapa gambar lain yang di ceduk dari beberapa sumber.
Umum mengetahui, dalam tempoh beberapa hari lepas kebanyakan portal, forum & blog pro Pas dan PKR diketahui agak aktif memanipulasi teguran Tan Sri Harussani itu untuk tujuan mencalar imej Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib di mata khalayak umum khususnya umat Islam.
Dalam artikel sebelum ini, penulis berpendapat teguran Mufti Perak itu ada meritnya walaupun masih boleh diperhalusi sejauh mana jatuhnya hukum syirik apatah lagi bila di ambil kira kehadiran Dato’ Seri Najib adalah atas dasar undangan selaku pemimpin negara kepada rakyat berbilang kaum & agama selain faktor nawaitu & perlakuannya yang tidakpun menghampiri perbuatan syirik.
Perjelasan Perdana Menteri kepada Mufti Perak semalam bagaimanapun telah memberi gambaran lebih tepat sekaligus sedikit sebanyak mampu menjernihkan kembali situasi yang sedikit keroh selepas dimanipulasi secara besar-besaran oleh juak-juak Pas & PKR.
Berita terbaru yang menyusul semalam juga telah memetik kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria yang mengesahkan kehadiran Dato’ Seri Najib di majlis Thaipusam, Batu Cave tempohari tidak bercanggah dengan syarak.
“Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh”. (Sinar Harian)
Malah jika kita imbas kembali gambar Dato’ Seri Najib sewaktu sambutan Thaipusam di batu Caves 7 Februari lepas, tidak satu pun kelihatan melakukan ritual keagamaan Hindu ataupun lain-lain perbuatan yang menjurus kepada keadaan yang menyekutukan Allah s.w.t.
Kecuali, hanya juak-juak Pas dan PKR saja yang agak terloncat-loncat menggembar-gemburkan perkara tersebut untuk kepentingan politik. Sesetengah mereka yang agak lancang pula, tidak segan silu menuduh Dato’ Seri Najib seakan telah murtad dan sesat.
Gambar di atas misalnya adalah paling top di manipulasi oleh juak-juak Pas dan PKR untuk menggambarkan ‘kehancuran akidah’ Dato’ Seri Najib, sedangkan kalungan bunga tersebut tidak lebih sebagai satu penghormatan semata-mata.
Jika gambar kalungan bunga tersebut begitu menusuk hati juak-juak Pas & PKR, manakala penjelasan terbaru Mufti Perak yang mengesahkan Dato’ Seri Najib tidak melanggar syarak tidak mampu menyebabkan juak-juak Pas dan PKR kembali ke alam realiti.
Barangkali gambar & video Anwar yang dipetik dari youtube di bawah ini sewaktu sambutan Malam Mesra Deepavali anjuran PKR pada akhir tahun lepas pula sedikit sebanyak mampu mengetuk pintu hati mereka untuk melihat hakikat dari mata burung dan bukannya gah menuduh itu ini macam katak bawah tempurung.
Ketika Malam Sambutan Deepavali itu di raikan 5 November 2011 dan tatkala Anwar Ibrahim galak berjoget sakan dengan kalungan bunga di leher, malam itu juga ialah malam hariraya AidilAdha Tahun 1432 Hijrah.
Pada saat Anwar Ibrahim bergembira & berjoget bergelek riang di malam tersebut, rata-rata umat Islam yang lain sedang bertakbir raya di merata ceruk masjid, surau & madrasah bagi meraikan kehadiran AidilAdha pada keesokan hari 6 November 2011.
Tika itu, Dato’ Seri Najib, Datin Rosmah dan anggota rombongannya pula meraikan kehadiran hariraya AidilAdha & sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Jika perbandingan gambar & video di atas tidak cukup untuk menusuk hati juak-juak Pas dan PKR, apakata kita saksikan pula pendedahan terbaru oleh blogger RBF yang memaparkan gambar-gambar ’ceria’ Anwar Ibrahim sewaktu perayaan Ponggal (perayaan agama Hindu yang ketiga terbesar selepas Deepavali & Thaipusam).
Untuk juak-juak Pas dan PKR yang begitu seronok selama beberapa hari lalu ingin penulis lontarkan satu persoalan, dengan gambar-gambar terbaru Anwar Ibrahim ini agaknya siapakah yang paling layak untuk anda labelkan sebagai telah ‘gadai akidah’?
Ataupun dalam bahasa yang lebih sopan, siapakah yang begitu kemaruk mengejar undi politik hingga sedia lakukan apa saja hingga lupa mengambilkira sensitiviti umat Islam?
Lu fikirlah sendiri beb!
Tak keterlaluan untuk kita menjangkakan kemungkinan respon negatif dari juak-juak Pas & PKR yang mungkin menafikan keaslian gambar-gambar Anwar Ibrahim ini.
Video CCTV yang menggunakan teknologi night vision infrared pun mereka berani sanggah walaupun 99.9 persen sahih, apa sangatlah beberapa keping gambar itu, tak gitu?
Kot kalau ada yang masih sangsi dengan gambar Anwar di atas, blogger RBF ada bukti lanjut dalam bentuk video yang turut di sokong dengan bukti bertulis dari blog pemimpin PKR sendiri. klik sini.
Kepada RBF dan semua bloggers pro UMNO yang telah mengapungkan artikel & ulasan berkaitan gambar terbaru Anwar Ibrahim si anugerah tuhan ini, syabas diucapkan kerana pantas bertindakbalas.
Melihat kepada riak awal juak-juak Pas & PKR serta bloggers mereka berikutan pendedahan itu, nampaknya telah berjaya menyebabkan ramai antara mereka terpaksa makan berdiri, kencing sambil berlari dan tepuk dahi sampai berkali-kali.
No comments:
Post a Comment