Saturday, February 25, 2012

Tentang PKR, Dan Mimpi-mimpi Indahnya...


Oleh Alan Ting (Rencana Bernama, 24 Feb 2012)

Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mimpi-mimpi indah barangkali begini...

Walaupun PKR mungkin merasa begitu teruja, permukimannya di Kuantan, bermula harisemalam, mungkin atau mungkin tidak menyedarkannya kepada realiti pahit bahawa ia sedang kehilangan sokongan ketika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) semakin hampir.

Diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga ketua pembangkang, lebih 200 pemimpin PKR mungkin mirip mempercayai bahawa mereka kini berada hanya selangkah lagi untuk ke Putrajaya, sedang ramai pemerhati politik berpendapat sebaliknya.

Sesungguhnya, dakwaan Anwar untuk menguasai Putrajaya pada 16 Sept, 2008, telah musnah, dan kegagalan itu terus menjadi bahan sendaan di kalangan musuh politik beliau.

Permukiman itu, dikatakan akan digunakan sebagai platform parti bagi membereskan strategi untuk tugas besarnya dalam PRU13, mungkin melihat pemimpin PKR -- sekali lagi -- menyusun rancangan untuk menawan Putrajaya.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli merupakan orang yang paling mempercayai Anwar.

Dilaporkan selain mengatur rancangan tindakan, permukiman itu juga akan membincangkan respons parti itu terhadap apa jua senario yang muncul selepas PRU13.

Bertentangan dengan apa yang dipercayai pemimpin PKR, ramai pemerhati politik menyatakan bahawa pucuk pimpinan parti mestilah terlebih dulu menyelesaikan isu-isu utama dan mengatasi isu sokongan yang menurun, oleh kerana parti itu masih dilihat sebagai hubungan paling lemah dalam pakatan PKR-DAP-PAS.

"Mereka perlu sedar bahawa mereka bakal menghadapi kesukaran dalam pilihan raya akan datang. Zaman untuk memenangi 31 kerusi parlimen sudah berlalu. Sokongan makin merosot. Persoalannya bagaimana mereka dapat mengurangkan impaknya," kata penganlisis politik Datuk Cheah See Kian.

Cheah, dari Pulau Pinang, berkata ramai orang masih tidak dapat mempecayai "perbuatan belot" beberapa wakil PKR, dan pada masa sama mereka juga kecewa dengan prestasi wakil-wakil rakyat di Kedah, Selangor dan Perak.

"Saya fikir mereka perlu bekerja kuat. Tidak ada masalah bagi DAP mengekalkan Pulau Pinang, tetapi amat berat bagi PKR mengekalkan Selangor," kata beliau, dan menegaskan PKR perlu menyelesaikan isu parti terlalu bergantung pada personaliti Anwar.

"Mereka perlu menampilkan lebih ramai pemimpin mereka, bukan setakat Anwar. Kini masanya bagi beliau menampilkan lebih ramai calon muda dan berkebolehan.

DAP dan PAS tidak ada masalah (dalam hal ini)," kata beliau.

Perwakilan PKR di Parlimen telah menurun dari bilangan terbesar 31 kerusi di kalangan pembangkang kepada hanya 24, selepas kehilangan enam menerusi mereka yang melompat, dan menerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ini menjadikan PKR kurang berkuasa dari DAP (29) dan dan sama dengan PAS (24). Kedua-dua DAP dan PAS mendapat tambahan satu kerusi menerusi pilihan raya kecil Sibu dan Kuala Terengganu selepas PRU 2008.

"Pakatan pembangkang ini masih gagal untuk mengadakan pendirian bersama tentang perkara berhubung undang-undang Islam dan dasar tindakan affirmatif dalam negara multi-agama dan multi budaya.

"Isu paling merosakkan bagi PKR ialah perbezaan pendirian dengan PAS berhubung isu negara Israel.

Prof James Chin, seorang penganalisis politik di Sunway Monash University, berkata PKR hendaklah memilih calon yang tepat untuk PRU, bagi mengelakkan berulangnya perbuatan wakil rakyatnya meninggalkan parti.

"Cabaran paling besar kepada Anwar dan PKR ialah mencari calon yang cukup berkaliber," katanya.

Dr Ong Kian Ming, seorang lagi penganalisis politik di UCSI University, juga percaya PKR perlu memperkukuhkan calonnya dan menetapkan prioriti tentang peruntukan kerusi dengan anggota lain dalam Pakatan.

Ong merasa skeptikal yang PKR akan mengulangi pencapaiannya seperti pada PRU lalu, memandangkan hingga saat ini, ramai masih tertanya-tanya tentang cara pemilihan calonnya bagi kerusi yang ia menangi, sebelum wakil rakyat itu bertindak meninggalkan parti.

"Kecuali Bayan Baru dan Wangsa Maju, kerusi lain seperti Nibong Tebal, Padang Serai dan Bagan Serai masih belum diperkukuhkan lagi. Cabaran utama ialah mereka belum mengenalpasti orang yang cukup berwibawa (untuk bertanding bagi kerusi-kerusi ini)," kata beliau.

Rakyat dengan jelas telah menerima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dasar-dasarnya, berasaskan sokongan mereka terhadap konsep 1Malaysia; Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan; Bantuan RM500 BR1M; Bantuan RM100 untuk setiap pelajar sekolah; dan banyak lagi kejutan menarik yang memanfaat rakyat.

Barangkali, cita-cita menawan Putrajaya pada PRU akan datang akan hanya muncul sebagai impian hambar bagi seorang jeneral PKR yang dikenali sebagai Anwar, dan orang-orang kuatnya.

Jika ini dianggap mimpi-mimpi indah, siapalah kita untuk menyangkalnya?.

No comments: