Wednesday, March 3, 2010

PKR AMBIL PEROGOL SEBAGAI TNC UNISEL?

Sibuk nak halau Datin Seri Rosmah Mansor tetapi ambil pula perogol sebagai TNC.

Inilah yang berlaku di Universiti Selangor sekarang. Ini berita gempar.

Memang layak kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap sebagai parti skandal seks!

Menurut Unta Belang melalui blog theunspinner, dia amat terkejut apabila membaca laporan polis yang dibuat seorang siswi Universiti Selangor (UNISEL) yang mendakwa bahawa dia dirogol oleh seorang pensyarah kanan dari universiti berkenaan.

Puncanya hanyalah disebabkan siswi itu menolak permintaan suspek untuk mengambilnya menjadi isteri ketiga.

Peristiwa ini mula dilaporkan oleh Kitagempur dan Papagomo serta beberapa blog lain.
Justeru dalam ruang lingkup yang terhad ini, Unta Belang harap polis segera menjalankan siasatan berhubung perbuatan jenayah dan salah laku pensyarah terbabit.

Unta Belang ingin mengingatkan, perkosaan bukannya terjadi disebabkan oleh lebihan tenaga seksual.

Ia juga bukan merupakan jenayah impulsif atau tanpa dirancang.

Statistik menunjukkan peratusan yang tinggi dari perogol adalah merupakan kenalan, kawan dan saudara-mara mangsa. Ia sama seperti mana yang berlaku dalam kes ini.

Perkosaan bukannya disebabkan oleh cara pemakaian yang provokatif. Ramai remaja yang memakai pakaian seragam juga menjadi mangsa perkosaan.

Dalam hal ini, Unta Belang kesal kerana UNISEL nampaknya lebih sibuk hendak memikirkan bagaimana hendak menyingkirkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor daripada memikirkan kebajikan dan keselamatan pelajarnya sendiri.

Sepatutnya adalah menjadi tanggungjawab UNISEL memastikan bahawa kampus mereka bebas dari sebarang bentuk gangguan seksual.

Gangguan seksual meninggalkan kesan ke atas semangat, prestasi dan produktiviti seseorang pelajar.

Pada masa yang sama, Unta Belang berharap agar polis cepat mengendalikan kes ini kerana tidak mahu pensyarah tersebut menjadi mangsa fitnah yang terancang.

Kesan fitnah amatlah berat dan mendukacitakan. Maruah orang yang difitnah itu sama sekali tercalar, gerak geri dipertikai dan bermacam-macam lagi.

Selain itu jika perkara ini berlanjutan dan tidak terkawal ia boleh membawa kepada bala lain yang amat buruk.



Dalam pada itu, Unta Belang ingin berkongsi-sedikit sebanyak 'tips' kepada mereka yang sering mengalami gangguan seksual ini.

Pertamanya, beritahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi dan anda ingin supaya beliau berhenti berbuat demikian.

Beritahunya dengan tegas agar dia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah dikatakan padanya.

Jika orang yang mengganggu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang di dalam organisasi anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Anda boleh bincangkan dengan pegawai personel atau kaunselor bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/ wakil kesatuan pekerja.

Anda juga boleh menulis kepada penggangu tersebut termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak disenangi itu, kenyataan yang jelas bahawa anda mahukan beliau untuk menghentikan kelakuannya dan amaran bahawa tindakan seterusnya akan diambil jika beliau terus mengganggu anda.

Jangan lupa menandatangani surat tersebut dan tarikh anda menulis surat tersebut.
Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya.

Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti: tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, apa yang dikatakan pada anda, bagaimana perasaan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya.

Akhir kata, Unta Belang sekali lagi berharap agar pihak polis segera menyiasat kes ini kerana di penghujungnya, kita tidak mahu mana-mana pihak teraniaya dan dianiaya...baik mangsa mahupun pada suspek itu sendiri!

Wallahualam.

Sumber: Malaysia Instinct

No comments: