Akhbar Singapura, The Straits Times
melaporkan semua perdana menteri Malaysia berketurunan campuran.
Menyusuli dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Zahid Hamidi yang kad pengenalan lama Tun Dr Mahathir Mohamad tertera “Mahathir
a/l Iskandar Kutty”, laporan bertajuk “Malaysian PMs: Malay and more” (PM
Malaysia: Campuran Melayu) itu menyenaraikan keturunan perdana menteri lain
seperti berikut:
Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
“Bapanya raja Kedah ke-25 manakala ibunya kerabat Siam,
menurut Bernama.”
Abdul Razak Hussein
Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)
“Berasal dari salah seorang bangsawan tertinggi Pahang.
Menurut sejarawan William Linehan, para bangsawan mempunyai keturunan menerusi
garis keturunan sebelah ibu dari ketua Bugis, To’ Tuan.”
Hussein Onn
Tun Hussein Onn (1976-1981)
“Anak pengasas Umno Datuk Sir Onn Ja’afar. Sebuah buku
yang ditulis Leon Comber menyatakan neneknya seorang Sirkasia, satu kumpulan
etnik yang kebanyakannya kini menetap di Turki.”
Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
“Bapanya Melayu Pulau Pinang yang mempunyai nenek moyang
dari Kerala, India.”
Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
“Berdarah Hadrami, menurut buku yang dicetak Utusan
Publications. Hadrami sebuah kawasan yang diperintah seorang sheikh di Yemen.
The Star sebelum ini melaporkan datuk sebelah ibunya seorang Hainan Islam.”
Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak (2009- current)
“Menurut Utusan Malaysia, anak keapda perdana menteri
kedua itu juga berketurunan Bugis dari sebelah ibunya, yang mana nenek
moyangnya seorang ketua Bugis di Johor.”
Ahad lepas, dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat
Perwakilan Umno Kelana Jaya, Zahid mendakwa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran
Negara Datuk Yazid Ramli memberikan maklumat mengenai kad pengenalan Dr
Mahathir.
Zahid berkata Dr Mahathir “memperjuangkan agenda Melayu
untuk menggunakan Melayu”.
Sejak membuat kenyataan itu, Zahid dikecam Pakatan
Harapan dan PPBM, kedua-duanya organisasi yang dipengerusikan Dr Mahathir,
termasuk ancaman saman terhadap beliau.
Pengikut setia Dr Mahathir Datuk Khairuddin Abu Hassan
juga memfailkan laporan polis terhadap Zahid dan Yazid kerana menyalahi Akta
Perlindungan Data Peribadi.
Bekas perdana menteri itu turut mencabar Zahid
menunjukkan kad pengenalan lamanya.
“Kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah. Jangan nak
sembunyi.”
Sumber - FMT & Straits Times
No comments:
Post a Comment