"Rakyat
yang dihimpit kemiskinan, kenaikan harga barang dan pelbagai kekurangan
infrastruktur sudah pasti akan menyokong BN yang menjanjikan banyak perkara.
Persoalannya, siapa yang menyebabkan kesulitan dan kepayaan rakyat itu berlaku
secara berterusan? Diakibatkan oleh PAS, AMANAH, DAP atau PKRkah?"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpesan supaya semua pihak dalam Barisan
Nasional (BN) jangan terbawa-bawa dengan kemenangan dalam dua Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen Sungai besar dan
Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, biarlah sehari dua ini semua pihak dalam BN menghayati
kemenangan dan seronok sikit. Namun jangan lama sangat seronok kerana banyak
tugas yang patut dilakukan untuk terus berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.
Najib juga berkata pihaknya akan membuat analisis
mendalam mengenai kemenangan BN pada kedua-dua PRK itu.
"Saya hendak kita jangan terbawa-bawa dengan
kemenangan ini, kita mesti bawa sikap rendah diri, sikap mendekati rakyat,
sikap rajin membantu rakyat, kalau kita pegang pada prinsip ini, sokongan
kepada BN akan terus meningkat," katanya.
Pesanan jangan terbawa-bawa itu baik tetapi Najib sendiri
menunjukkan ‘marah dan dendamnya’ yang amat sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dengan itu tetap membara dan seakan tidak akan dapat disejukkan dengan
kemenangan di dua PRK itu.
Di Kuala Krai semalam, Najib terus menerus mengulangi
bahawa majoriti besar pada PKR itu membuktikan rakyat menolak pungutan suara
dan deklarasi bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir menandatangani Deklarasi Rakyat di Sungai Besar, 17 Jun lalu |
Katanya, kedua-dua
PRK itu menjadi luar biasa kerana pembangkang khususnya Dr Mahathir
menjadikannya platform bagi mendapatkan pungutan suara mengenai kepimpinannya
(Najib).
"Dia (Dr Mahathir) berkempen secara terbuka supaya
pengundi menolak BN tetapi dengan kemenangan dan peningkatan majoriti berlipat
ganda kepada BN, terbukti apa yang disarankan itu, ditolak oleh rakyat.
"Kalau pungutan suara, deklarasi rakyat kononnya
dapat banyak pihak menyokong tetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk Pilihan
Raya Negeri Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," katanya
kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di
Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong.
Jika diteliti, BN mempertahankan kedua-dua kerusi
berkenaan kerana sudah mempunyai penyokong tetapnya walaupun majoriti sebelum
ini sebanyak 399 undi di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar sebanjyak 1,082 undi.
Di PRK Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid
mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang oleh suaminya,
Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969
undi.
Dalam pertandingan empat penjuru, Mastura meraih 12,653
undi, calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Parti Amanah Negara
(Amanah), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat
Bukhary Ismail Bukhary mendapat 54 undi.
Di Sungai Besar pula, Budiman Mohd Zohdi mengekalkan
kerusi BN dengan majoriti 9,191 undi, jumlah yang jauh lebih besar berbanding 399
undi yang diraih BN menerusi Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon pada PRU13.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sungai Panjang, memperoleh 16,800 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Dr
Abdul Rani Osman (Pas) yang menerima 6,902 undi dan calon Amanah, Azhar Abdul
Shukur yang memperoleh 7,609 undi.
PAS juga sudah ada pengaruh di dua kawasan Parlimen itu kerana pernah bertanding melalusi sokongan PKR dan DAP sebelum ini, walaupun kalah.
Pakatan Harapan yang mempertaruhkan Parti Amanah Negara
(AMANAH) baru kali pertama bertanding selepas sembilan bulan ditubuhkan. Ia
memang baru ‘memperkenalkan diri’ dan dengan track recordnya yang ‘zero’ sudah
pasti tidak dapat menjanjikan banyak perkara.
Masih belum ada jasa dan sumbangan yang dapat dibuktikan,
sekadar memperjuangkan isu rakyat.
Namun bagi BN yang turun dengan jenteranya yang lebih
tersusun, jentera-jentera kerajaan dan permainan isu perkauman yang menonjol –
mengundi AMANAH seperti menyokong DAP – dengan taktik mengugut dan menakut-nakutkan
orang Melayu dan Islam, ternyata berjaya dari segi kempennya.
Namun kesan yang ditinggalkan sangat buruk kepada
perpaduan rakyat, malah pergaduhan di Kuala Kangsar, jelas diakibatkan oleh
sentimen perkauman.
Perpecahan pembangkang ketara dengan PAS bersendirian
sementara DAP dan PKR menyokong AMANAH. Serang menyerang antara PAS dengan
AMANAH dan DAP juga merugikan pembangkang. PKR pula seperti tidak bermaya.
Serentak itu, pemimpin BN menyerang Dr Mahathir dengan
mengatakan bekas Perdana Menteri itu sebagai pengkhianat UMNO dan BN serta mahu
menjahanamkan negara ini.
Di sebalik serangan itu, BN mampu menjanjikan ‘bulan dan
bintang’ untuk pengundi di dua kawasan Parlimen itu kerana mereka kerajaan.
Rakyat yang dihimpit kemiskinan, kenaikan harga barang dan pelbagai kekurangan infrastruktur sudah pasti akan menyokong BN yang menjanjikan banyak perkara.
Janji pembinaan jambatan, memperbesarkan laluan,
menyediakan kemudahan kesihatan dan sebagainya adalah remedi memperbetul atau
memperbaiki kelemahan mereka sendiri yang bukan diakibatkan oleh pembangkang.
Persoalannya, bagaimana keadaan yang menyebabkan
kesulitan dan kepayaan rakyat itu
berlaku secara berterusan? Diakibatkan oleh PAS, AMANAH, DAP atau PKR?
Sedangkan di dua kawasan Parlimen itu dimenangi oleh BN
sejak kesekian lama. Siapa yang mencipta atau membiarkan kesusahan dan
penderitaan rakyat di dua kawasan itu selama ini?
BN datang melalui kempennya seolah-olah masalah itu
diakibatkan oleh pembangkang. Ia adalah pembohongan dan penipuan sama sekali.
Yang nyata, kenyataan Najib menyindir dan memperkecilkan
populariti Dr Mahathir itu hanya untuk melepaskan geram dan ternyata dia sudah
semakin dikhayalkan oleh kemenangan berkenaan.
Juga Najib lupa bahawa sokongan kepada Deklarasi Rakyat
itu bukan dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar semata-mata dan pencapaian AMANAH
yang memberangsangkan itu sudah menunjukkan titik-titik keberkesanan Dr Mahatir.
Mungkin rakyat belum mengetahui kesan sebenar isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap[ perkembangan selepas ini hingga
sampai Pilihan Raya Umum nanti, bukan menyenangkan Najib, sebaliknya
menyukarkannya.
Dengan meminta Dr Mahathir diminta terus berkempen untuk
pembangkang kerana ia akan menguntungkan BN adalah cakap-cakap berunsur riak.
Cabaran sebegini tidak seharusnya dibuat oleh Najib apalagi kata-katanya "Lebih kerap Tun Mahathir turun (berkempen), (ia) lebih menguntungkan BN, saya harap beliau jangan berhenti turun (berkempen) lagi,” benar-benar membuktikan bahawa beliau tidak dapat membaca apa yang sedang menunggu di hadapannya dalam isu 1MDB ini.
Menjawab soalan wartawan di Kuala Krai hari ini, Perdana
Menteri berkata signal daripada dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan
Kuala Kangsar adalah jelas.
“Saya harap beliau tidak berhenti," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian kunci rumah baharu kepada 31 keluarga yang terlibat banjir pada 2014.
“Saya harap beliau tidak berhenti," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian kunci rumah baharu kepada 31 keluarga yang terlibat banjir pada 2014.
Sindiran sinis Perdana Menteri itu untuk membuktikan
bahawa kehadiran bekas Perdana Menteri itu di dua pilihan raya, termasuk
berkempen untuk membuat pengutan suara menyingkirkannya, jelas gagal.
Najib jangan terus terbawa-bawa dengan kemenangan di dua
PRK berkenaan kerana Dr Mahathir bukan berjuang untuk menang pilihan raya
semata-mata.
Beliau berjuang demi rakyat dan membela rakyat yang kini
teranianya kerana dibohongi pemimpin yang menggunakan pelbagai bentuk cara dan
media yang dikawal demi kuasa untuk mempertahankan kedudukan mereka.
Kedudukan untuk apa?
Kedudukan untuk menyatakan tidak ada rasuah, tidak ada penyalahgunaan
kuasa, tiada pengubahan wang haram selain menghalalkan “Cash Is King’.
Perjuangan menuntut keadilan rakyat tidak akan terhenti. Dan
begitulah juga dengan perjuangan Dr Mahathir.
Najib boleh terus khayal dengan kemenangan di dua PRK
berkenaan tetapi jangan lupa kepada sokongan rakyat yang semakin padu dengan
bertitik-tolak daripada undi Sungai besar dan Kuala Kangsar.
Juga, tidak perlu Najib berharap Dr Mahathir meneruskan
‘serangannya’ kerana bekas Perdana Menteri itu sudah berikrar walau menang atau
kalah, perjaungan beliau akan diteruskan.
Kata-kata sinis Najib itu menggambarkan bahawa kalau
boleh beliau mahu tidak ada lagi serangan terhadapnya. Tetapi sebaliknya, Dr
Mahathir tidak akan berhenti begitu sahaja.
Pada kempen bersama calon Amanah Azhar Ab Shukur dan
pemimpin-pemimpin pakatan Harapan di Tali Air Lapan, Sekinchan pada
pagi Jumaat 17 Jun 2016, Dr Mahathir
mendakwa Najib masih lagi tidak berhenti daripada melakukan kesilapan dalam pentadbirannya
walaupun deklarasi rakyat Selamatkan Malaysia itu telah berjaya mengutip 1.2
juta tandatangan rakyat seluruh negara.
Bercakap mengenai Deklarasi Rakyat, Dr Mahathir
menegaskan, kandungan deklarasi rakyat terbaru itu adalah lanjutan daripada 30
isi kandungan deklarasi rakyat yang perlu dijawab oleh Najib dan kerajaan.
"Sambungan deklarasi kali ini lebih menjurus kepada
1MDB kerana beliau masih lagi melakukan banyak kesilapan walaupun kita telah
tulis semuanya. Saya akan terus menyerang Najib kalau BN menang.
Kemenangan BN untuk menambah dua orang yang hanya akan
mengiyakan apa yang dikatakan Najib,” katanya.
Turut sama menandatangani sambungan Deklarasi Rakyat ini
Tun Dr Siti Hasmah Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Penasihat DAP
Lim Kit Siang, Presiden GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman dan diikuti beberapa
pemimpin Pakatan Harapan.
Dengan ikrar Dr Mahathir itu, tunggu dan bertahan
sahajalah Najib setakat yang terdaya.
Yang nyata, Najib juga terus diserang oleh media dan
pihak asing yang semakin yakin Perdana Menteri itu ada terbabit dengan isu
rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melalui 1MDB.
Kalaupun Dr Mahathir gagal mempengaruhi rakyat tetapi
dengan adanya sesuatu yang besar didedahkan dalam tempoh antara sekarang hingga PRU akan datang, pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan tersedar
bahawa mereka membuat kesilapan besar menyokong BN – bererti menyokong Najib.
Pada ketika itu khayalan Najib sudah tidak lagi berguna.
Ini kerana rakyat menolaknya dan tidak lagi terbawa-bawa dengan ‘mimpi indah
ciptaan Najib’.
Sebaliknya mereka kembali kepada realiti bahawa selama
ini mereka dibohongi dan ditipu mentah-mentah demi oleh pemimpin BN yang mahu
menutup kelemahan dan keburukan ciptaan mereka!!!
No comments:
Post a Comment