Apakah UMNO sedang bergolak dan pergolakan akan menjadi lebih
besar?
Bendahari UMNO-Barisan Nasional (BN) petang ini letak
jawatan sementara 300 Ketua Cawangan UMNO
Semporna keluar parti.
Buka setakat itu sahaja, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri
bahagian Semporna juga turut letak jawatan.
Huhhh...selepas menunggu pengumuman rombakan Kabinet yang
dijangkakan ‘meletup’ dengan nama-nama hebat ditampilkan, rupa-rupanya tiada
perkara besar yang berlaku.
Selain hadiah kononnya kerana jasa memenangkan
UMNO-Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, nama lain yang
tersenarai tidak mengejutkan.
Pelantikan Timbalan
Menteri dari UMNO Bahagian Jerlun tidak mengejutkan. Ia untuk mendinginkan
kehangatan pemecatan Datuk Mukhriz Mahathir – Ketua UMNO Bahagian Jerlun.
Namun hanya beberapa jam selepas pengumuman Perdana
Menteri itu, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanazlah yang
diumumkan menarik diri daripada Kabinet kerana sebab-sebab peribadi, tiba-tiba ‘meletupkan
bom’ terhadap UMNO-BN.
Shahbudin Husin melalui blognya memberikan jawapan melalui beberapa pertanyaan
kenapa Husni tidak berhasrat menjadi
menteri dalam Kabinet Najib.
“Benarkah Husni memilih untuk bersara secara sukarela?”
“Kenapa beliau bersara sekarang dan tidak berundur saja
pada pilihanraya umum akan datang yang hanya kira-kira dua tahun lagi
tempohnya? Adakah beliau tidak sihat atau ingin berehat?”
Menurut beliau, seorang rakan memberitahu, Husni
sebenarnya tidak memilih untuk bersara secara sukarela tetapi terpaksa membuat
keputusan itu sebagai tanda protes, kecewa dan kecil hati terhadap Najib.
Beliau dikatakan tidak setuju dengan hasrat Najib mahu
menukarkannya daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri bagi
mengambil alih tempat Abdul Wahib Omar yang sebelum ini sudah pun memilih tidak
mahu dilantik lagi menganggotai Kabinet.
Bekas Pengarang New Straits Times, Mustapha Kamilmengulas keputusan Husni di Facebooknya berkata, “OK dengar khabarnya Datuk
Seri Husni Hanadzlah yang terpaksa pikul tugas yang maha mustahil untuk
terangkan pada masyarakat apa kah makhluknya itu 'UNITS' yang disimpan oleh
tabung bencana alam 1MDB itu di Singapura telah letakan jawatan.
“Dia gagal dan tiada siapa yang percayakannya. Bintangnya
terus malap selepas peristiwa malang tersebut. Sayang sebab Husni adalah antara
menteri yang cerdik.”
Tempat Husni kini digantikan oleh Johari Abdul Ghani,
Ahli Parlimen Titiwangsa yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan.
Sementara Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kini adalah Menteri
di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi yang mulanya dicadangkan untuk Husni.
Ingatkan setakat itu sahaja kisahnya.
Petang ini beliau turut melepaskan jawatan dalam parti di
peringkat pusat dan negeri termasuk sebagai Bendahari UMNO Malaysia dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN).
Beliau juga melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun
dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.
Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin mengesahkan
dalam satu kenyataan petang tadi.
Di Semporna, 300 ketua cawangan Umno Semporna keluar
parti dan tindakan sama diambil naib ketua bahagian dan tiga ketua sayap.
Ia susulan penggantungan keahlian Ketua Umno Bahagian
Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong bersama-sama tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz
Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya bertindak
keluar parti hari ini.
Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli
Jawatankuasa (AJK) bahagian itu dipengerusikan Jaujan yang juga ADUN Sulabayan.
Pada sidang media, Jaujan berkata keputusan itu dibuat
susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lepas menggantung
keahlian Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna berkenaan.
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu
Saribu juga mengumumkan peletakan jawatannya.
“Maka dengan ini kami meletakan jawatan di dalam parti
dan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti
berkuatkuasa serta-merta,” kata Datu Eranza dalam satu kenyataan pada sidang media di Semporna.
Beliau juga mengecam tindakan MT UMNO yang bersifat kuku
besi dan tidak membenarkan perbezaan pendapat sehingga pengkritiknya dibuang
parti hanya semata-mata kerana menyatakan kebenaran dan melawan kebatilan.
Mereka juga menzahirkan kekecewaan terhadap penindasan
kepada seorang tokoh yang bertanggungjawab membesarkan UMNO di Sabah tetapi
akhirnya dibuang tanpa sempat diberikan peluang membela diri.
Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang
mengerjakan umrah. Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun
Sakaran.
Umno Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan.
Mungkin dalam kepada Najib dan pemimpin tertinggi UMNO
sekarang tidak heran dengan perkembangan ini.
Satu pemimpin dan atu bahagian, apa ada?
Namun tenguklah bagaimana perkembangan selepas ini
khususnya di bahagian-bahagian lain dan apakah ketua-ketua bahagian dan
cawangan nekad untuk mengambil tindakan sama.
No comments:
Post a Comment