Pada hari akhir kempen semalam, PAS yang mendakwa partinya
sebagai parti PENASIHAT dengan mengaitkan lima perkara membabitkan isu hutang
negara, perbelanjaan boros serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Dalam konteks hutang negara dan 1MDB, PAS menganggap ia hilang
barakah kerana melibatkan riba.
PAS berkata cara berhutang oleh Kerajaan Persekutuan
adalah riba yang dimurkai oleh Allah
sehingga kehilangan barakah sehingga terpaksa membayar amaun pengurusan hutang
termasuk bunga Riba setiap tahun melebihi RM20 bilion.
Setakat ini, risalah PAS ini adalah paling jelas kerana sepanjang
kempen di Kuala Kangsar atau Sungai besar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK)
berkembar kali ini, PAS dilihat lebih menumpukan kepada isu dan penjelasan membabitkan usul rang undang-undang persendirian iaitu Rang
Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Ketua Penerangan, Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali at-Takiri (dari Seberang Takirlah tu agaknya), semalam berkata
PAS membawa politik berhikmah dengan tegas pada tempat yang memerlukan
ketegasan dan berlunak pada tempat yang memerlukan kelunakan.
Berikutan itu, PAS mengajak seluruh rakyat di Kuala
Kangsar dan Sungai Besar daripada pelbagai parti bersama dengan PAS dalam
menegaskan prinsip-prinsip berkenaan.
Katanya, penyertaan PAS dalam mana-mana pilihan raya
mempunyai misi yang sangat jelas iaitu membawa dua risalah, iaitu Politik Islam
yang diungkapkan sebagai “menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama”
selain Dakwah Islam dengan memperkenalkan Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam
serta membawa risalah keadilan dan kesejahteraan Islam untuk seluruh rakyat
muslim dan bukan muslim.
Menurut Dr Mohd Khairuddin, risalah PAS ini adalah dokumen selepas selama hampir
dua minggu ahli dan jentera PAS dari seluruh negara berlumba-lumba atas nama
jihad politik dan dakwah menyumbang segala keringat tenaga, harta dan masa yang
mereka ada, berkempen membawa risalah
politik dan dakwah Islam demi meraih ganjaran daripada Allah.
Nasihat semasa yang PAS mahu peringatkan adalah:
1. Bahawa negara sedang
berhadapan dengan krisis ekonomi akibat pengurusan kewangan negara
yang tidak menepati saranan Islam iaitu boros ketika mewah untuk tempoh yang panjang
puluhan tahun khususnya selepas krisis ekonomi 1997, sedang al-Quran mengajar
bahawa hamba-hamba Allah ialah :
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا (67)
“Dan mereka yang apabila berbelanja tidak boros dan tidak pula
kedekut dan adalah perbelanjaan itu pertengahan antara keduanya” (surah
al-Furqan ayat 67)
2. Kerajaan Persekutuan berhutang dengan amaun yang besar RM630 bilion
(rm630,000,000,000) akibat tunggakan hutang yang semakin meningkat daripada
rm90 bilion sejak 1998. Ia berpunca daripada prinsip pegangan yang
salah bahawa negara tidak ada masalah untuk berhutang bagi menyuntik kemajuan
bagi negara. Sedang al-Quran menyatakan :
لِيُنْفِقْ
ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ
ۖ وَمَنْ قُدِرَ
عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ
ۚ
“hendaklah berbelanja orang berkemampuan berdasarkan
kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezkinya maka berbelanjalah mengikut
kadar yang diberikan oleh Allah”
(surah al-Talak ayat 7)
(surah al-Talak ayat 7)
3. Bahawa kerajaan persekutuan telah berhutang dengan cara yang
diMURKAI oleh Allah sehingga kehilangan BARAKAH iaitu secara RIBA sehingga terpaksa membayar amaun pengurusan hutang
termasuk bunga Riba setiap tahun melebihi rm20 bilion. Sedang Allah menyatakan:
فَإِن
لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
ۖ
“Maka sekiranya mereka tidak melakukan (perintah
meninggalkan riba) maka isytiharkanlah perang daripada Allah dan Rasul-Nya”
(surah al-Baqarah ayat 279)
(surah al-Baqarah ayat 279)
4. Bahawa kegagalan 1MDB berpunca daripada prinsip yang salah
iaitu berhutang secara RIBA bagi
mendapatkan modal perniagaan sehinggakan syarikat yang hanya bermodal rm1 juta
mencipta hutang RIBA melebihi rm42,000 juta.
5. Bahawa Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) adalah cara
yang salah dalam mendapatkan sumber kewangan negara kerana ia dikenakan kepada
semua golongan kaya dan miskin lalu menyebabkan pula inflasi kenaikan harga
barang. Sedang ruang dan cara yang lebih barakah bagi mendapatkan
hasil negara diketepikan seperti cukai simpanan korporat dan orang yang
berkemampuan serta cukai keuntungan jual beli saham oleh golongan korporat dan
orang yang berada.
SERUAN
Justeru, PAS dengan penuh rendah diri mengajak seluruh
rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar daripada pelbagai parti bersama dengan PAS
dalam menegaskan prinsip-prinsip tersebut.
No comments:
Post a Comment