"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara. Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya."
Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan
pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar
tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani
Zakaria.
"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak
payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak
sokong calon PAS.
"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak
berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita
lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.
"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau
pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada MalaysiaDateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil
rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli
parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.
Ada pihak turut mengemukakan soalan, apakah PAS kini akan kembali radikal selepas ia bersaorangan selepas memutuskan hubungan dengan
pakatan pembangkang?
PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti
itu akan mendapat ganjaran Allah.
Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi
Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung
usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi
Parlimen akan datang.
Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan
perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.
"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah
agama negara.
"Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam
pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh
mengabaikannya.
"Melainkan jika calon itu tidak mahu terikat dengan
perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, calon ini
wajib kita tolak kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan agama
Islam itu sendiri.
"Itu cerita lain. Sama ada dia (Hadi) dan partinya
nak perjuangkan hudud di Parlimen atau tidak," katanya.
PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru
antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah
Azhar Ab Shukur.
Manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat
penjuru antara calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad, calon BN Datin Mastura Mohd
Yazid, calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail
Bukhary.
Sementara itu BERSIH semalam turut mengutuk
amaran kemurkaan ilahi yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
kepada pemilih dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Dalam kenyataan semalam, BERSIH berkata,
ucapan Hadi itu menjadi kesalahan pilihan raya bawah Seksyen 9 (1), Akta
Pilihan Raya 1954.
Peruntukan itu berkaitan pengaruh tidak wajar dalam
pilihan raya.
BERSIH merujuk kenyataan langsung Hadi yang menyebut
“mereka akan berdepan dengan kemurkaan ilahi jika memilih ahli parlimen salah
pada 18 Jun ini” dan “Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah,
(maka) berdosa dan celakalah kita”.
Hadi menguPAS tanggungjawab memilih wakil rakyat dalam satu ceramah di Sungai Besar malam kelmarin.
PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti
Islam itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga.
Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi
Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung
usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah
syariah pada sesi akan datang.
Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) boleh membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.
No comments:
Post a Comment