"Penjelasan (Azalina) ini menuntut Najib dan Zahid meminta maaf kepada rakyat kerana timbulnya kecelaruan, kekecohan dan kekhilafan jelas kerana bertindak di luar perundingan dengan parti BN lain demi ‘kepentingan politik yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu'
Jelas dan nyata. Satu Malaysia kecoh pasal Rang
Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016, gara-gara dua manusia ini.
Mereka yang menyebabkan kotroversi mengenai usul ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan mengenai keterlibatan mereka menyebabkan kotroversi.
Ada seorang lagi yang turut bersekongkol ialah menteri
‘agama’ UMNO.
Sewajarnya kesemua mereka mengambil tanggungjawab untuk
menerangkan lebih awal, iaitu sebelum usul di bawa. Selain itu mereka berdua sewajarnya mengawal keadaan, bukan membiarkan kontroversi berlegar di seluruh
negara.
Ia amat menakutkan orang bukan Islam, khususnya di Semenanjung..
Malah, gara-gara mereka, Islam dipersoal dan diremehkan dengan
begitu teruk, khususnya oleh bukan Islam.
Mengecewakan, usul ini ialah usul kerajaan. Bagaimana
pemimpin pembangkang, apalagi Presiden PAS yang terang-terangan menentang UMNO
dan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat untuk membawa usul berkenaan.
Mana menteri UMNO? Tidak layakkah BN untuk membawa usul
ini?
Apakah perkara yang ada kaitan dengan Mahkamah Syariah
bukan tugas UMNO dan BN tetapi hak PAS?
Kotroversi juga ialah bagaimana tiba-tiba sahaja usul RUU
boleh dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 26 Mei
lalu, iaitu hari terakhir sidang Dewan Rakyat.
Kerja Hadi bentang tetapi kemudian meminta ditangguhkan perbahasan
mengenainya. Apakah untuk menyelamatkan BN, gara-gara ada pakatan. ?
Herald, suara penganut Katolik yang memetik laporan Malaysiakini mengulas
panjang mengenai isu ini dengan tajuk ‘Hadi pulled back Hudud Bill debate toprevent split in BN’ yang menyatakan kehairanan kerana usul ini disegerakan
tetapi perbahasnnya ditangguh, mungkin hingga Oktober depan.
Rakyat tertanya-tanya, kerja siapa itu?
Apakah ada permainan politik dan tawar menawar mengenai
perkara tertentu antara pemimpin tertinggi UMNO dan PAS?
Apakah sebab-sebab ini menjadikan pemimpin parti komponen BN melenting dan membuat ugutan?
Memang tidak adil kepada mereka jika rundingan atau
persetujuan yang dibuat tidak diberitahu atau sekurang-kurangnya mendapat
‘restu’ parti komponen utama BN yang lain.
Memburukkan keadaan, tanpa memberikan penjelasan, ada
pemimpin UMNO menyelar bukan Islam dengan mengatakan rang undang-undang itu
jika diluluskan, hanya untuk orang Islam, khususnya di Kelantan.
Balas membalas hujah di atas perkara yang pada peringkat
usul sangat tidak berfaedah, apalagi semua pihak nampaknya ‘meraba dalam
terang’.
Maka tidaklah pelik jika ada pihak tuding-menuding kerana
usul ini dilihat memberikan kelebihan kepada PAS pada ketika UMNO dan BN dilihat dalam keadaan krisis imej yang teruk
akibat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, GST dan
sebagainya.
Malah pemimpin UMNO turut dipersoalkan kenapa membiarkan
usul ini dibentangkan oleh Hadi, jika memang ia penting dan boleh mendatangkan
milage kepada UMNO, BN dan kerajaan.
Memburukkan keadaan, perbuatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menyebabkan – bukan Hadi - menyebabkan pemimpin parti komponen BN mengugut
untuk meletakkan jawatan Kabinet jika usul diluluskan menjadi rang
undang-undang.
Azalina dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
Mula turut dituduh memandai-mandai dan bertindak di luar muafakat kerana
mencadangan usul berkenaan dibentangkan.
Azalina berdepan desakan pembangkang dan pemimpin parti komponen BN untuk tahu sama ada
beliau memperoleh kelulusan Kabinet atas tindakannya. Azalina terpaksa menjelaskan dengan menyatakan wujud perbezaan antara prosedur Parlimen dan hal ehwal kerajaan.
Ahli politik pembangkang mengkritik tindakannya
mempercepatkan RUU Hadi ke senarai atas dalam perkara mesyuarat di Dewan Rakyat
pada 26 Mei itu.
Dalam kontroversi ini, Azalina tidak terlibat dengan
kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan
ia dibentangkan.
Beliau hanya
menyelia peraturan dengan menguruskan prosedur bagi menjamin usul nombor
15 itu dibawa ke nombor satu di antara usul kerajaan yang lain.
Azalina menjelaskan orang yang bertanggungjawab kepada
kandungan usul itu serta keputusan membenarkan ia dibahaskan ialah Jamil Khir.
Pada 29 Mei lalu, Ahli Parlimen Gelang
Patah Lim Kit Siang berkata, ugutan pemimpin BN termasuk presiden MCA yang juga
menteri kabinet, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah
Siew Keong untuk meletak jawatan dalam kabinet ekoran pembentangan usul itu tidak
bermakna dan kurang tindakan konkrit.
Lim berpendapat, Liow dan Mah sepatutnya menggesa
tindakan diambil terhadap Azalina dan Rosnah dengan meminta kedua-duanya
dipecat kerana menentang pendirian bersama BN terhadap usul itu.
RUU itu dibacakan buat
kali pertama selepas dicadangkan Azalina dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin.yang dibentangkan Presiden PAS diluluskan.
"Jika Liow dan Mah tidak bersedia memulihkan status
quo sebelum Azalina mencadangkan usul itu pada Khamis lalu, mereka tidak
mempunyai banyak kredibiliti walaupun membuat pelbagai janji dan ancaman,’
tegas LIM
Beliau juga mempersoal apa tindaakn Liow dan Mah untuk
menghentikan Azalina daripada mencadangkan rang undang-undang itu Khamis lalu.
“Apa yang Liow dan Mah lakukan dalam tempoh 24 jam sebelum Azalina mengemukakanusul itu?" soalnya.
Menurut Azalina, arahan menyegerakan usul rang undang-undang
persendirian Hadi itu dibentangkan di Dewan Rakyat datang
daripada Perdana Menteri dan timbalannya.
Azalina berkata beliau memperoleh kelulusan daripada
Ketua Dewan dan Ketua Whip. Ketua Dewan atau ketua majoriti ialah Perdana
Menteri sementara ketua whip bagi pihak kerajaan ialah
Timbalan Perdana Menteri.
Azalina berkata beliau dimaklumkan oleh speaker bahawa
menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharon,
menulis untuk menyatakan kerajaan tidak ada bantahan jika RUU itu dibahaskan.
“Dalam kerja saya sebagai menteri bertanggungjawab hal
Parlimen, saya melaporkan kepada ketua majoriti, yang juga perdana menteri, dan
saya lapor kepada ketua whip, iaitu timbalan PM.
“Jadi, arahan yang saya terima ialah menaikkan usul RUU
Hadi dari nombor 15 kepada 1 sudah tentu daripada ketua majoriti dan ketua whip
kerana ia adalah prosedur yang diperlukan untuk Parlimen,”
“Speaker maklumkan kepada kami ada permohonan dibuat, di
mana Jamil Khir memberitahu speaker tiada bantahan, jadi sudah tentu tugas saya
secara automatik masuk. Tidak ada dipercepatkan. Saya
memantau peraturan, jadi saya hanya jaga prosedur,” katanya kepada media di Sungai Besar semalam.
Azalina menjelaskan beliau yang memindahkan RUU itu untuk
diberi keutamaan di bawah Peraturan Mesyuarat 14 yang memerlukan ahli Kabinet
atau menteri untuk “bangun dan membacakan kebenaran untuk Speaker. Saya
bertanggungjawab urusan teknikal, bukan kandungan usul itu”.
Keputusan untuk membenarkan RUU itu dibahaskan datang
daripada Jamil Khir, katanya.
Penjelasan Azalina ini menuntut Najib dan Zahid meminta
maaf kepada rakyat kerana timbulnya kecelaruan, kekecohan dan kekhilafan jelas kerana bertindak
di luar perundingan dengan parti BN lain di atas ‘kepentingan politik yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu."
Najib sebagai Pengerusi BN sewajarnya tidak hanya boleh
menjelaskan bahawa rang undang-undang yang mahu dibentangkan itu bukan Hudud. Bukan setakat itu.
Beliau sepatutnya punya keberanian politik untuk meminta
maaf kepada pemimpin parti komponen BN kerana dikecam hebat akibat salah faham
ini.
Beliau dan Zahid juga sepatutnya bertanggungjawab untuk
memohon maaf kepada rakyat yang menyebabkan wujudnya kontroversi ini.
Di mana integriti dan maruah Najib dan Zahid dalam isu
ini?
Azalina dan Pandikar Amin ternyata menjadi ‘kambing
hitam’ sedangkan mereka mendapat kebenaran Kabinet sebelum mengemukakan usul
menyegerakan rang undang-undang dibawa Hadi pada hari terakhir sidang parlimen
26 Mei lalu.
Pemimpin UMNO wajar belajar daripada pelbagai kesilapan dan
kontroversi dengan mengambil daya usaha untuk meminta maaf di atas kekecohan
yang berlaku, bukannya menyalahkan pula bukan Melayu dan bukan Islam.
Jika kalangan orang Melayu dan Islam pun ‘bising’
mengenai kontoversi ini, apalagi orang bukan Melayu dan Islam?
No comments:
Post a Comment