Konon nak buat gempak satu Malaysia...
Semalam ‘geger satu Malaya’ kononnya Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia mahu mendedahkan anak tokoh korporat dan proksi sebuah gergasi
korporat membantu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamd mahu
menjatuhkan Perdana Menteri.
Kononnya akan berlaku satu pendedahan besar jam 11 pagi
ini melalui satu laporan polis.
Bagaimanapun, selepas ditunggu hingga tengah hari ini,
tiada apa pun yang berlaku.
Hampeh dan memalukan. Tidak berani pun!
Semalam heboh apabila EXCO pergerakan itu, Datuk
Armand Azha Abu Hanifah menyatakan akan membuat polis terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan
Datuk Seri Najib Razak.
Armand berkata, laporan itu akan dibuat berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua
pihak itu menjadi penaja untuk “gerakan” menyingkirkan Najib.
Walaupun ada media tidak mahu menyebut nama dua individu
berkenaan, namun menyebut bahawa mereka diketahui rapat dengan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi antara pengkritik paling
utama kepimpinan Najib.
Namun hari ini, selepas geger dengan tuduhan ke atas dua
individu didakwa bersekongkol mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Pemuda UMNO membatalkan niat mereka membuat laporan polis untuk mengelak pertubuhan itu
dilihat "bodoh".
Kenapa takut dilihat ‘bodoh’ sedangkan semalam
berdegar-degar?
Armand memberitahu media hari ini, selepas mereka membuat semakan dan akhirnya
mendapat maklumat yang dikatakan mereka itu tidak sahih.
"Apabila ada maklumat yang diberikan tak sahih,
sebagai parti politik (yang membentuk) kerajaan menjadi tanggungjawab kami
sebagai ahli parti untuk tidak melaporkan benda palsu," katanya.
Malah tukang promosi Pemuda UMNO bagi tujuan itu, Raja
Petra Kamarudin turut diperbodohkan.
Nampak sangat beliau turut bodoh apabila dengan yakinnya memaparkan
nama-nama mereka yang dikatakan terbabit.
Jelas, Raja Petra terperangkap dengan sikap gelojoh dan
‘kebencian’ yang amat sangat kepada bekas Perdana Menteri yang akhirnya turut memalukan
dirinya sendiri.
Bukan sekadar promosi, Raja Petra turut mendedahkan namayang dijangka akan dimasukkan dalam laporan polis hari ini.
Armand memberi alasan bahawa mereka mahu menunjukkan
contoh yang baik melalui pembatalan cadangan membuat laporan polis berkenaan.
"Kalau betul, kita lapor (dan) kalau tak betul
(maklumat yang diterima) kita tak lapor. Kita tak mahu mahu jadi macam beri
(kepada polis) dokumen palsu. Selepas tu polis check (semak, didapati
ia adalah) palsu, nanti nampak bodoh.
Contoh yang baik? Tanpa pemeriksaan rapi, membuat
kenyataan akhbar terlebih dahulu?
Bukankah ini juga mendedahkan diri kepada saman malu?
Soal repot polis tidak penting tetapi pihak yang dituduh
sudah dipalitkan.
"Kita tak mahu pemimpin muda yang nampak tak bijak
(sebab) nak jadi pemimpin (kita) kena bijak dan jangan keluarkan kenyataan kurang
bijak," katanya.
Ditanya dari mana mereka memperoleh maklumat itu Armand
Azha berkata dia tidak boleh mendedahkannya namun sekali lagi menegaskan ia
adalah "dokumen palsu".
Namun, bukankah dengan membuat kenyataan semalam, Armand
sudah menggunakan ‘dokumen palsu’ mendakwa seseorang atau dua orang untuk
menjatuhkan Perdana Menteri?
Armand berkata apabila
menerima sebarang maklumat sebagai pemimpin pihaknya perlu menilai dan menyemak
kesahikan 'bukti' tersebut.
Apabila bukti itu tidak sahih, kata Armand menjadi
tanggungjawab untuknya tampil menyatakan dokumen yang diserahkan itu tidak
benar.
"Dan saya juga memohon kepada mana-mana rakan yang
ada berita gerakan tersirat nak jatuhkan presiden parti, sila serahkan kepada
saya untuk saya semak betul atau tak betul," katanya.
Pemuda UMNO sebelum ini, iaitu pada 26 Julai lalu pernah
membuat laporan polis berhubung isu sama membabitkan tiga tokoh berprofil
tinggi.
Ketika itu laporan polis berkenaan dibuat sendiri naib ketuanya Khairul
Azwan Harun.
Menurut Khairul Azwan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul
Gani Patail bersubahat untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan.
Yang nyata, apa yang dibuat oleh Exco Pemuda UMNO kali ini
menggambarkan bahawa pergerakan itu tidak membuat siasatan terlebih dahulu
sebelum membuat kenyataan akhbar semalam.
Tindakan ini menggambarkan berapa Pemuda UMNO hari ini hanya
jenis ‘burung kakak tua’ yang kononnya mahu mempertahakan Najib tetapi tersilap tertelan ‘dedak’.
Akhirnya ia bukan sahaja terbatuk-batuk tetapi muntah!!!
Malah, ini juga menggambarkan bagaimana Ketuanya, Khairy
Jamaluddin tidak dapat mengawal EXCOnya daripada bertindak sesuatu yang boleh
memalukan pergerakan itu sendiri.
Kejadian ini bukan kali pertama dan ia mungkin akan berlaku
lagi di masa hadapan. Apakah kepimpinan Khairy lemah dalam mengawal dan
menerajui pergerakan itu?
Ternyata kini, walaupun mengelakkan untuk dikatakan ‘bodoh’,
Pemuda UMNO sebenarnya bertindak ‘bodoh’ dan bangang.
Atau apakah mereka bimbang fakta yang tidak tepat itu akan
menyebabkan disaman berjuta-juta ringgit?
Amat jelas Pemuda UMNO bukan jenis bermain politik yang
‘berani berumah di tepi pantai’.
Kenyataan ini membersihkan orang yang dituduh - dua individu yang dikatakan funder gerakan menjatuhkan Perdana Menteri adalah Robin
Tan, iaitu anak jutawan Vincent Tan dan Tong Kooi Ong yang menjadi proksi
kepada YTL (YTL Corporation Bhd ialah syarikat konglomerat Malaysia).
Namun, apakah mereka berpuas hati dengan tindakan Pemuda
UMNO yang tidak membuat laporan polis
terhadap mereka?
No comments:
Post a Comment