"UMNO perlu beralih daripada taktik menakut-nakutkan kaum untuk mengelak daripada berlakunya kerenggangan pengundi tradisional BN...Sudah tiba masanya untuk UMNO menyemak dan menukar pelan permainan politiknya..."
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah boleh mendaftar ahli
dan borang akan mula diedar pada 14 September ini melalui wakil-wakil yang
dilantik oleh parti.
Selain itu orang ramai juga boleh membuat pendaftaran
ahli secara online mulai minggu ketiga September 2016 dan akan diumumkan
selepas semuanya sudah bersedia.
Sekretariat parti itu mengucapkan terima kasih di atas segala
sokongan dan dorongan dengan menganggap ia satu fasa baharu dalam menyelamatkan
Malaysia dan membawa Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya.
Kini BERSATU sudah boleh menyatakan wawasan perjuangannya
secara rasmi dan kenapa ia berjuang menentang Barisan Nasional (BN), termasuk
UMNO.
Kebetulan, serentak dengan kelulusan penubuhan parti baru
itu semalam, MCA memberi peringatan kepada UMNO bahawa politik perkauman dan
agama sudah tidak lagi berkesan untuk mendapat sokongan rakyat.
Berikutan itu, UMNO perlu beralih daripada taktik
menakut-nakutkan kaum untuk mengelak daripada berlakunya kerenggangan pengundi
tradisional Barisan Nasional (BN).
"Sudah tiba masanya untuk UMNO menyemak dan menukar
pelan permainan politiknya," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA
Datuk Seri Ti Lian Ker.
Peringatan ini sama ada bersifat nasihat atau sindiran
terhadap UMNO yang berterusan meletakkan kepentingan bangsa dan agama sebagai
strategi perjuangan, membuktikan parti komponen dalam BN kini merasakan perlu
ada pendekatan baru.
Dalam kesibukan pemimpin UMNO menyerang bekas Perdana
Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri serta mereka yang dipecat daripada UMNO
dan penubuhan parti baharu, MCA bagaikan tidak mengendahkan sama sekali
perkembangan itu.
Lian Ker berkata jika bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad boleh berbaik semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di
mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini untuk satu perubahan, mengapa tidak UMNO?
Semalam Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata, pihaknya tidak hairan dengan pertemuan antara Dr
Mahathir dengan Ketua Umum PKR itu.
Malah, beliau berkata, apa yang lebih penting kini ialah UMNO
meneruskan agenda untuk bertemu rakyat berbanding pertemuan antara dua bekas
pemimpin berkenaan.
"Dia bertemu, bertemulah. Kita bertemu rakyat. Apa
salahnya. Dia bertemu dia punya pasal lah.
"(UMNO) tak terjejas," katanya di Kuala Lumpur.
Selasa lalu, Mahathir yang juga bekas perdana menteri
selama 22 tahun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan
terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2016.
Keadaan itu yang jarang-jarang berlaku terutamanya
selepas Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya 18 tahun lalu.
MCA juga mahukan supaya UMNO menghentikan 'strategi
lamanya' kerana cara itu tidak lagi berkesan dalam menyatukan undi Melau.
Dalam satu kenyataan semalam Lian Ker menegaskan jika UMNO
berterusan dengan strategi lamanya, ia akan gagal dalam menyatukan satu undi
Melayu yang kini sudah berpecah-belah.
Undi Melayu kini dibahagikan kepada beberapa parti
termasuk PAS, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu.
Selain itu, taktik menakut-nakutkan kaum boleh 'merenggangkan semua atau sebahagian besar pengundi tradisional kita di kalangan orang Cina, India, Kristian dan lain-lain'.
Beliau berkata zaman ketika UMNO boleh memilih golongan minoriti untuk memaparkan kekuatannya dan sebagai satu seruan untuk orang Melayu atau umat Islam bersatu telah lama berlalu.
Selain itu, taktik menakut-nakutkan kaum boleh 'merenggangkan semua atau sebahagian besar pengundi tradisional kita di kalangan orang Cina, India, Kristian dan lain-lain'.
Beliau berkata zaman ketika UMNO boleh memilih golongan minoriti untuk memaparkan kekuatannya dan sebagai satu seruan untuk orang Melayu atau umat Islam bersatu telah lama berlalu.
Cara dan strategi itu sudah ketinggalan zaman dan tidak
lagi berkesan.
Katanya orang Melayu kini tidak lagi akan 'termakan' dengan seruan itu.
Katanya orang Melayu kini tidak lagi akan 'termakan' dengan seruan itu.
Malah orang Melayu, menurut MCA, sudah melangkah keluar
dari penghadang kaum atau agama untuk memerangkap mereka.
Walaupun ini suatu peringatan tetapi boleh dijadikan
amaran.
1 comment:
Assalamualaikum Wr. Wb.
WhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Post a Comment