Anak perempuan kedua ketua umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Nurul Nuha berkata kelmarin tuntutan sesetengah pihak supaya Tun Dr
Mahathir Mohamad memohon minta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu
diungkit lagi.
Dengan kata lain, isu itu sepatutnya sudah tutup buku.
Namun hari ini, rakan ‘sepermainan tenis Anwar’ , Tan Sri
S Nallakaruppan bagikan tidak puas hati. Beliau mendesak bekas Perdana Menteri itu memohon maaf secara terbuka
kepada Anwar.
Berita Harian melaporkan,
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu mendesak bekas Perdana
Menteri memohon maaf kepada Anwar dan penyokong yang telah menjadi mangsa
kekejamannya.
Nallakaruppan berkata, permohonan maaf itu juga perlu
disiarkan dalam semua akhbar tempatan dan antarabangsa termasuk Wall Street
Journal (WSJ).
Jika keluarga Anwar sudah 'tutup buku', kenapa pula Nalla beria-ia?
Kenyataannya itu untuk buktikan kepada siapa?
Itu penting, tegas Nurul Nuha.
“Isu itu saya rasa kita terus lihat ke hadapan dan ada
reform agenda yang mereka sama-sama bersetuju antara papa dan Tun Mahathir,
sekarang kita fokus ke hadapan dan apa yang terbaik negara,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan bersama Anwar dan Mahathir,
Isnin lalu yang menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Nurul Nuha sebelum ini menggesa supaya bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan maaf
secara terbuka dan mengakui kesilapan terhadap bapanya yang sedang
meringkuk di penjara.
Nurul Nuha...perlu terus lihat ke hadapan |
Nallakaruppan pula
menegaskan, jika bekas Perdana Menteri
itu enggan memohon maaf, beliau akan melihat sejauh mana boleh menyaman Dr
Mahathir.
Saman itu adalah bagi mendakwa Dr Mahathir yang salah
mengambil tindakan ke atas beliau yang ditahan ISA kerana menjadi penyokong
Anwar.
"Saya juga
ada dihubungi beberapa sahabat dan pihak yang pernah dizalimi Dr Mahathir serta
pernah menjadi tahanan ISA untuk mengambil tindakan yang sama terhadap bekas
pemimpin itu.
"Saya
menjelaskan peguam saya sedang menyemak perkara berkenaan dan selepas itu baru
boleh menentukan sama ada saman akan dikemukakan atau tidak,"
Katanya, Dr Mahathir juga perlu memohon maaf kepada semua
ahli keluarga Anwar dan penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri yang ditahan
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya adalah seorang mangsa yang ditahan mengikut
ISA. Dr Mahathir sudah memasukkan saya dan beberapa lagi orang kerana kami
menyokong Anwar.
"Malah, Dr Mahathir sudah memecat ramai lagi
penyokong Anwar sama ada dalam politik dan kerajaan. Turut jadi mangsa
penganiayaan beliau adalah beberapa ahli perniagaan sehingga ada yang
diisytiharkan muflis," katanya pada sidang media di pejabatnya.
Mengenai tindakan Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan
Anwar awal bulan ini, katanya, beliau tidak menjangkakan perkara itu dan
percaya kedua-dua pihak tidak dapat bekerjasama kerana saling mencurigai.
"Saya mengenali Anwar dan beliau sahabat saya. Saya
percaya beliau mungkin nampak seperti berdamai dengan Dr Mahathir tetapi
sebenarnya sukar bekerjasama dengan orang yang menyebabkan beliau dipenjarakan.
Menurutnya, Dr
Mahathir pula adalah orang yang tiada prinsip dan kini hanya berjuang untuk
menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak kerana mahukan anak beliau, Datuk Seri
Mukhriz dipilih menjadi Perdana Menteri.
Beliau percaya kedua-duanya (Dr Mahathir dan Anwar)
mengambil kesempatan antara satu sama lain.
Tegas Nallakaruppan, Dr Mahathir akan singkirkan Anwar bagi memberi
laluan kepada anaknya.
No comments:
Post a Comment