Siapa yang hadir bersama pada pertemuan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak
Bukit, Jumaat lalu?
Apakah pertemuan itu turut 'dilihat dan didengar' orang ketiga dan keempat?
Jika tidak bagaimana Raja Petra Kamaruddin boleh memperincikan butiran pertemuan itu?
Apakah bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bertindak melampau apabila mengecam blogger upahan Raja Petra Kamaruddin yang dianggapnya sengaja
mengada-ada cerita?
Cara Raja Petra menulis seperti beliau hadir sama pada
pertemuan Dr Mahathir dan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar itu.
Raja Petra dalam blognya blognya yang bertajuk "Apa yang Khairuddin tidak dedahkan mengenai pertemuan Dr Mahathir bersama Agong" menyedarkan bekas perdana menteri 22 tahun itu bahawa Agong
tidaklah ‘dikenakan tahan dalam rumah’.
Dengan persetujuan Agong itu bermakna tiada ‘tahanan’
sedemikian yang belaku.
Kata Raja Petra, “...Mahathir realised the reason why he
finally managed to get his audience with the Agong when His Majesty asked
whether Mahathir still feels His Majesty is under house arrest. It suddenly
dawned on Mahathir that the Agong agreed to the audience to make a point, which
is His Majesty is not under house arrest.”
Mengenai pertemuan itu, Raja Petra memperincikan apa yang
didakwanya sebagai peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam pertemuan antara
Mahathir dan Tuanku Abdul Halim malah turut memperincikan perbualan mereka.
Penulis blog itu turut mendakwa Tuanku meminta Dr
Mahathir sekiranya dapat memberi jaminan tentang kesahihan kesemua 1.4 juta
tandatangan dalam petisyen Deklarasi Rakyat bagi menggesa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak meletak jawatan.
Menurut Raja Petra, Dr Mahathir dengan jelas tidak
bersedia untuk perkara ini dan tidak memberikan respon kerana beliau agak
terkejut dan senyap untuk beberapa minit.
"Anda dapat melihat bahawa Mahathir sedang mencari
kata-kata dan akhirnya, selepas senyap beberapa ketika, beliau kemudian
membalas bahawa petisyen itu merupakan apa yang telah diberikan padanya.
"Dalam erti kata lain, Mahathir berkata beliau tidak
dapat menjamin apa-apa kerana bukan beliau yang mengumpulkan tandatangan tetapi
orang lain yang lakukan dan ia telah diberikan kepadanya.
Kerana itu, Agong kemudian hanya memberikan senyuman
sinis kerana cara Mahathir menjawab tidak meyakinkan dan sudah tentunya
berdalih.
Baginda kemudian melihat Mahathir hanya memandang ke
bawah dan tidak bercakap lebih tentang Deklarasi Rakyat atau tandatangan
sebanyak 1.4 juta itu.
Persoalannya, kalaupun Raja Petra TIDAK BERADA di istana
itu, apakah beliau mendapat maklumat-maklumat yang dilaporkan ini daripada
pegawai istana yang ada pada pertemuan itu?
Siapa pegawai itu?
Berikutan cerita yang sengaja diada-adakan itu, Khairuddin
menyelar Raja Petra berhubung butiran pertemuan itu.
Dalam kenyataan medianya, Khairuddin mendakwa Raja Petra
sebagai seorang 'pembohong' dan 'mengada-adakan cerita'.
Malah, Khairuddin turut memberitahu, walaupun beliau
mengiringi Mahathir ke Istana Anak Bukit, Kedah namun beliau tidak tahu tentang
butiran pertemuan negarawan itu bersama Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Jadi, kalau tidak tahu mengenai butiran pertemuan,
bagaimana Khairuddin boleh mengatakan Raja Petra BOHONG?
Selain itu jika Raja Petra berbohong atau sengaja
mengada-gadakan cerita ini, apakah beliau boleh mempermainkan kedudukan Agong
dengan cerita yang sengaja diada-adakan?
Apakah boleh Raja Petra sewenang-wenangnya membuat kenyataan
bagi pihak Agong, sedangkan Pejabat Yang Di-Pertuan Agong atau di pihak Dr
Mahathir sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan?
Kita berharap akan ada suatu kenyataan mengenai perkara
ini kerana institusi Di Raja kini semakin dipemainkan demi kepentingan politik
dan kedudukan pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment