Kenapa beria-ia meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad menyatakan pendirian sama ada beliau sudah menerima bekas
Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rakan politik susulan pertemuan
mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas?
Juga untuk apa mempertikai kenyataan yang diberikan Dr
Mahathir bahawa kehadirannya di mahkamah bertemu Anwar bagi memberi sokongan kepada Anwar yang
mengemukakan saman kepada kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara
2015?
Sedangkan, walaupun kedua-dua personaliti itu dilihat
‘bermusuhan’ sebelum ini, tindakan berdamai itu bukan perkara luar biasa, memandangkan Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim.
Pemimpin veteran UMNO Tan Sri Rais Yatim berpendapat,
tiada salah bagi seorang bekas timbalan perdana menteri bersalaman semula
dengan bekas ketuanya waima (walaupun) di mahkamah.
“Islam membenarkan silaturahim dan dalam jaringan ukhuwah
islamiyah, kita beri ia pengiktirafan. Jadi kenapa kita persoal banyak sangat
dalam hal ini," kata Rais.
Ramai pemimpin UMNO menganggap tindakan Dr Mahathir itu
sebagai mainan politik murahan, namun hari ini seorang pemimpin tinggi UMNO memberi
ingatan, jangan sesekali beranggapan pakatan mereka tidak menjejaskan parti,
sebaliknya terus bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Kadir berkata pertemuan Dr Mahathir dan Anwar tidak boleh dipandang ringan,
oleh itu UMNO atau Barisan Nasional (BN).
Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Perak yang menyifatkan pertemuan itu sebagai usaha baharu untuk menjatuhkan
Perdana Menteri membuktikan bahawa Dr Mahathir mengamakan matlamat politik
menghalalkan cara. be
"Saya tidak nampak dari segi pendekatan yang
dilakukan sebagai perkara di luar daripada kebiasaan tetapi kemungkinan itu
akan berlaku. Mungkin hari ini berlaku sebegini, esok berlaku pendekatan yang
lain lagi sebab niatnya satu sahaja, ingin menjatuhkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak," kata Dr Zambry.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid
Abdul Samad melihat pertemuan itu akan menambahkan sokongan rakyat terhadap
pembangkang.
"Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan
Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru
kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam,"
katanya.
Azmin...UMNO kini gelisah. |
Khalid berkata, rakyat negara ini tidak boleh menafikan
ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini
sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.
Jadi benarlah tanggapan bahawa pemimpin UMNO kini begitu
gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara n Dr Mahathir dan Anwar yang
dianggap oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa
pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat
Malaysia.
Pada masa yang sama ia mencetuskan suasana panik dalam
kem UMNO. "Sebab itu, UMNO kini panik," kata Azmin kepada pemberita
selepas satu menghadiri forum di Shah
Alam, hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed kelmarin,
mengulas mengenai pertemuan antara bekas
perdana menteri dan ketua umum PKR itu yang boleh menyebabkan ahli-ahli PKR
tidak berpuas hati dan keluar parti.
"Kenapa Nur Jazlan begitu sibuk tentang (pertemuan)
ini? Ini adalah satu permulaan yang baik kerana kita mempunyai satu matlamat
yang sama - selamatkan Malaysia dan memulihkan ekonomi," tambah Azmin.
Walaupun tidak dapat disahkan Dr Mahathir menghulurkan
salam perdamaian dengan Anwar atau sama ada Anwar harus memaafkan Mahathir
namun pertemuan yang dikatakan diatur oleh, Azmin itu menggambar akan wujudnya kemajuan
pesat semasa bagi kerjasama dengan semua pihak dalam pembangkang.
Dr Afif...dibimbangi pemimpin UMNO. |
Bagi Pemuda PKR pula, ia mahu peristiwa berjabat tangan antara
pemimpin de factonya dan bekas perdana menteri.
Timbalan ketuanya Dr Afif Bahardin berkata
pemimpin-pemimpin UMNO yang memberikan pelbagai komen mengenai pertemuan
itu kini bimbang apabila kedua-dua musuh ketat sejak 18 tahun lalu
bertemu.
"Ini adalah peritiwa yang dibimbangi pemimpin UMNO,
mereka tak tahu apa nak buat kerana sukar untuk cari peristiwa lain yang padan
dengan apa yang berlaku pada 5 September," kata Afif.
"Jika semuanya berjalan lancar, UMNO malang,"
kata exco Pulau Pinang itu.
No comments:
Post a Comment