Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman yang terkenal dengan jolokan
'Six million Dollar Man' pernah dipecat daripada UMNO pada 1995 oleh Majlis
Tertinggi UMNO.
Dia dituduh terlibat dalam politik wang RM6 juta bagi
merebut jawatan Ketua Bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh
Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut didakwa menerima projek pembinaan UiTM di Tapah yang bernilai RM1.3 bilion menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd walaupun syarikatnya itu tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut didakwa menerima projek pembinaan UiTM di Tapah yang bernilai RM1.3 bilion menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd walaupun syarikatnya itu tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.
Selain itu, Tajuddin juga dikatakan bersikap samseng apabila menampar beberapa individu yang
terdiri dikalangan ahli Umno, pemandunya serta wartawan.
Didalam parlimen pula, keintelektualan beliau sering
diragui dan pada masa sama pendapatnya banyak dipertikaikan ekoran kenyataan
yang keluar dari mulut beliau selalunya bersifat kurang cerdik, jumud, porno
dan seumpama dengannya.
Itu antara kenyataan dan tuduhan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak yang
kini Timbalan Menteri Pertanian dan Asas
Tani melalui beberapa blog.
Ibrahim...Dr Mahathir beri nyawa politik kepada Tajuddin. |
Semalam pula beliau dikritik Datuk Ibrahim Ali yang menurut Ibrahim, Tajuddin tidak payahlah ‘tunjuk
terror’.
Menurut Ibrahim yang juga
Presiden PERKASA, Tun Dr Mahathir Mohamadlah orang yang
memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas tiga kali saya berjumpa beliau
untuk merayu bagi pihaknya.
“Tak payahlah nak tunjuk
hero secara tidak bertempat. Saya juga bangkit tiga kali di mesyuarat Majlis
Tertinggi (MT) UMNO agar Tajuddin diterima kembali menjadi ahli umno selepas
beliau dipecat,: kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu timbalan presiden dan pengerusi pengurusan
UMNO naik radang dengannya kerana
membela Tajudin semasa mesyuarat MT.
“Tidak ada sesiapa yang
menyokong saya waktu membela Tajudin,” tegasnya.
Akhirnya Dr Mahathirlah
yang berkata: "Kita terimalah Tajuddin Rahman" dan semua orang diam.
“Selepas itu menjelang pilihan
raya umum 1999 (kalau tak silap saya), sekali lagi saya berjumpa Dr Mahathir
untuk melobi agar Tajuddin dipilih menjadi calon PRU. Akhirnya Tajuddin dapat
bertanding di DUN Sungai Manik,” kata Ibrahim melalui kenyataannya.
Tajuddin dikritik Ibrahim selepas kenyataan Timbalan
Menteri itu bahawa penafian Dr Mahathir dalam isu menandatangani surat
penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)adalah satu pembohongan.
Ahli Majlis
Tertinggi UMNO itu berkata Dr Mahathir yang cuba membersihkan namanya berhubung
isu berkenaan tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, yang
ketika itu disandang bekas perdana menteri itu, yang berkuasa mengeluarkan
arahan penahanan tersebut.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.
"Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.
"Sebagai tahanan, saya diberitahu selagi Menteri Dalam Negeri tidak menandatangani surat perintah bebas dalam tempoh 60 hari, saya tidak boleh dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang semalam.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.
"Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.
"Sebagai tahanan, saya diberitahu selagi Menteri Dalam Negeri tidak menandatangani surat perintah bebas dalam tempoh 60 hari, saya tidak boleh dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang semalam.
Pada Rabu lepas, Dr Mahathir menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam isu menandatangani surat penahanan ISA.
Mengulas lanjut, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuka fail lama mereka bagi memberi pengesahan kepada isu tersebut sekiranya perkara itu berlarutan.
Merujuk kepada isu siapakan yang menandatangani perintah tahanan ISA, Ibrahim berkata perkara pokok atau asas bagi seseorang yang ditahan di bawah ISA adalah dibuat atas cadangan pihak keselamatan yang membuat pemantaun.
Hasil pemantauan itu
dibincangkan di kalangan angota jawatan kuasa yang terdiri daripada pihak polis
di bawah pengawasan Ketua Polis Negara adan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.
Merekalah yang membuat
cadangan dan secara formaliti, ianya ditandatangani menteri atau timbalannya,
kata Ibrahim.
Sebaliknya Tauddin ]berkata
orang yang menurunkan tanda tangan untuk arahan penahanan adalah Menteri Dalam
Negeri.
“Siapa menurunkan tanda
tangan hanya proses formaliti tetapi pembuat keputusan adalah pihak bertangung
jawab kepada keselamatan.
“Seseorang kena faham,
inilah prosedur atau operasinya. Kepada Tajuddin tak payahlah nak tunjuk terror
atau nak mengutuk Dr Mahathir. Moral apabila saya bangkitkan perkara ini,
biarlah ada rasa hormat Tajuddin pada orang tua yang sebelum ini menolongnya
walaupun wujud perbezaan pendapat,” tegas Ibrahim.
Kerana itu bagi Ibrahim,
Tajuddin tidak payahlah tunjuk hero secara tidak bertempat/
Menurut Ibrahim, kenyataan itu sekadar keluhan dan rasa
terkilannya dengan kenyataan Tajuddin.
Hakikatnya, kalau Ibrahim mahu jawab mereka yang 'tidak berterima kasih' atau lupa jasa Dr Mahathir bukan sekadar Tajuddin semata-mata.
Ramai lagi yang berkedudukan dalam UMNo dan kerajaan adalah kerana Dr Mahathir!
No comments:
Post a Comment