"Seorang menteri sepatutnya tidak berkompromi dengan
sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan kenyataan (beliau) itu menampakkan
seolah-olah kepentingan awam tidak terpelihara."
Kenapa ada menteri seperti mempersoalkan tindakan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ‘Datuk Seri’, iaitu pegawai
kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?
Malah menteri berkenaan turut mengingatkan SPRM agar melakukan
siasatan sedalam-dalamnya mengenai kes berkenaan. Dengan kata lain mahu
diadakan siasatan penuh dan adil dijalankan ke atas pegawai itu.
Kenapa bimbang dengan siasatan SPRM?
Seorang menteri menyatakan kebimbangan terhadap siasatan
sebuah suruhanjaya kerajaan sendiri? memang pelik!
Di sebalik peringatan itu, menteri berkenaan berkata
pegawai kanan yang ditahan SPRM itu adalah 'pegawai yang
bagus' sehingga dinaikkan pangkat dua kali dalam tempoh setahun.
Menurut menteri berkenaan, setakat yang diketahuinya, pegawai itu ialah seorang pegawai yang bagus,
komited dengan tugas dan penuh perhatian. Beliau berpindah dari Gred 54 ke Gred
Khas C, dan kini beliau dalam Gred Khas B kerana beliau seorang yang bagus dan
mempunyai potensi.
Malah beliau kenaikan pangkat itu kerana berdedikasi terhadap tugas
dan seorang pembuat keputusan yang baik.
Semalam SPRM mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan
reman suspek sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17
(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM.
SPRM juga merampas pelbagai aset bernilai jutaan ringgit.
Suspek berpangkat Datuk Seri itu adalah pegawai kanan DBKL dan
dia turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Anehnya, pengurusn tertinggi Tenaga Nasional Berhad tidak pula mempertahankan pegawainya dan begitu juga
dengan kerajaan negeri Melaka yang mana pegawainya turut ditahan.
Kerana itu adalah wajar sekiranya seorang pegawai kanan
SPRM pelik dengan sikap menteri berkenaan.
Menteri berkenaan sepatutnya menunjukkan sikap yang berul
dan memberi pujian kepada pegawai yang ditahan dan berdepan dengan siasatan
rasuah.
Menganggap sikap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai "menghairankan" pegawai kanan SPRM
itu berkata, tiada kompromi wajar
ditunjukkan bagi kes rasuah.
Beliau yang enggan namanya dipetik berkata, Menteri
Wilayah Persekutuan itu menampakkan seolah-olah kerajaan tidak melindungi orang
awam.
"Kenyataan menteri berkenaan memang amat
menghairankan!" katanya.
"Seorang menteri sepatutnya tidak berkompromi dengan
sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan kenyataan itu menampakkan
seolah-olah kepentingan awam tidak terpelihara," kata pegawai kanan SPRM
berkenaan.
Laporan media kelmarin (15 Ogos) melaporkan tiga penjawat
awam ditahan oleh pegawai SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penggubahan wang haram.
Seorang daripada mereka berpangkat Datuk Seri, manakala
seorang lagi Datuk.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek
ditahan dalam operasi serentak di tiga tempat iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan
Kelantan.
No comments:
Post a Comment