Monday, August 15, 2016

BERSATU - Apa Hal Najib, Pemimpin UMNO ‘Jump The Gun’?


"Walaupun BERSATU belum lagi diluluskan ROS, Najib dan pemimpin UMNO memulakan taktik kotor menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkarannya."

Memang tidak ada sesiapa pun bimbang dengan penubuhan Gagasan Sejahtera.

Tidak payahlah pemimpin PAS beri ingatan agar rakyat bimbang dengan penubuhan Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang disertai Pas dan Ikatan.

Yang dibimbangi pemimpin UMNO dan setiap hari diratip ialah kesan penubuhan parti baru – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) -  yang dilihat boleh menggugat mereka dan Barisan Nasional (BN).

Seperti kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini “'BERSATU belum lahir, Najib sudah lompat'”.
  
Muhyiddin melahirkan rasa aneh dengan UMNO, khususnya, presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak kerana serangan bertubi-tubi ke atas parti BERSATU yang belum ditubuhkan lagi.

Walaupun BERSATU belum lagi diluluskan ROS, Najib sdan pemimpin UMNO ecara tergesa-gesa menyerang parti serpihan nyamuk itu dengan mengaitkan kerjasama politik dengan DAP.

Muhyiddin menyifatkan  Najib memulakan taktik kotor untuk menakut-nakutkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkarannya.

Menurut Muhyiddin, tidak sampai seminggu saya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan BERSATU, serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin UMNO.

Gagasan Sejahtera...siapa yang peduli?
Terbaharu ialah daripada Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP.

Kata Najib, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.

 “Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata ‘ jump the gun’. Bagimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP? Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu.

“Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang,” katanya dalam satu posting di Facebook hari ini .

Kebelakangan ini, pemimpin UMNO termasuk  Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti itu selain Umno, di samping menerima kepimpinan Najib yang terpalit dengan skandal rasuah.

Berikutan itu, Muhyiddin menggesa pemimpin UMNO dan Najib, jika  ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, dicadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini.

Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.


Jadi apabila Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak, Abd Qahar Syam berkata rakyat  negara ini tidak seharusnya bimbang dengan gagasan itu, ia tepat dengan keadaan yang sebenarnya.

Abd Qahar menjelaskan pendekatannya gagasan berbeza dengan BN dan Pakatan Harapan dan penubuhannya adalah lebih kepada membentuk penyelesaian terhadap masalah negara yang akan dibentangkan kepada rakyat.

“Ini secara tidak langsung menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di negara ini. Ia juga sejajar dengan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan oleh Pas pada masa kini, katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama politik parti itu bersama Ikatan dan akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Malah, Pemuda Pas Perak menggesa agar rakyat di negara ini untuk bersama-sama mengenali, menyelami, menghayati dan menyokong segala aspirasi Gagasan demi Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Jika PAS yang sudah begitu lama bertapak kini merayu-rayu, sebaliknya BERSATU menampakkan perjuanggannya yang menjurus.
Melalui Facebooknya juga, Muhyiddin menjelaskan : “BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti. Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib.

Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

“Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

“Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana.

“Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 bilion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat.

“Malah seorang yang dinamakan “Malaysian Official Number One” yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi,”

Tegas Muhjyiddin, jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Muhyiddin ingatkan Najib, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri, hendaklah mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya.

Bekas bosnya itu diminta agar tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.

Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.”Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara," kata Muhyiddin pada 13 Ogos lalu.

“Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya," tegas bekas Timbalan Presiden UMNO itu. 

No comments: